Wednesday, December 23, 2009

Ucapkanlah kesyukuranmu

Syukur itu luas. Syukur itu indah.
Syukur itu bila kita rasa cukup seadanya.
Syukur itu bila kita rasa berterima kasih padaNya
Syukur itu bila kita tenang pada ujianNya
Syukur itu bila kita sujud menyembahNya.



Tuesday, December 8, 2009

Where , How and What ?

If you dont know where to go, and yet standing still;
If you dont know how to move but never swing your leg;
If you dont know what's happening and you don't bother to find it out;

you might lost in your own way.

Wednesday, November 18, 2009

Thanks!! Maksu kene belajar rajin2.. ;)

Thanks.. maksu terharu sangat. Hopefully maksu lebih bersemangat berkat doa2 kamu semua....
Moga Allah berkati kita semua.. ;)

[ peringatan utk diri sendiri utk lebih fokus huhu]




di copy paste dari blog kakakku.. ;)

Maksu, kamera acik...hmmm tah la..gambar bergerak jadi tak elok..Mak su sempena maksu nak exam ni anak-anak ada buat majlis baca doa. Diketuai UStaz Adib. Ustaz fudhail cakap dia tak mau join sebab dia nak doakan maksu selepas solat.

Ustaz adib ketuai bacaan doa untuk maksu

Ustaz fudhail ganggu kosentrasi
Penampilan khas ustaz Fudhail memberikan gaya semangat untuk mak su
Semua bergambar mengucapkan "Man jada wajada"."Semoga mak su berjaya menjawab dengan tenang dan yang penting kami di sini sentiasa doakan maksu.

Monday, November 16, 2009

Aku kangan sama kamu



[ Exam MoDe ]

Sekarang ni, masanya utk semua umat manusia berstatus student, 4th year di UCD Study. Study untuk exam. Minggu depan exam. Short Answer Question for Surgery, OSCE + MCQ utk medicine. [ Final exam ok]
Cukuplah dengan lambakan bahan bacaan yang ada. Ditambah study leave yang tidak diberikan langsung! [ kejam btol UCD ni ]

Aku pulak? Rasanya banyak plak masa yg aku ada. Main FB la, tulis blog la. Kalo slama ni, aku rasa Bz, tiba2 dekat nak exam ni perasaan Bz tu hilang. Sebabnya asyik rasa cuak n takleh nak study. Tak tahu mana nak mula , mana nak prioritize, mana nak ingat dan mana yang nak lupa. Adeh.. parah ni.

Tapi yang lagi parah, time2 exam ni mengimbas kembali memori lama aku bersama mereka. Kenangan aku menghadapi musim2 exam sebegini bersama mereka. aku rasa kangan sangat, pada mereka2 itu. [ seriusly]

1. pada kak as- time2 exam ni, kak As la cikgu setia aku. bila aku penat dan mengada2, kak As la layan aku. Akak, Pleural Effusion akak tu akan saya ingat sampai bila2 InsyaAllah.. tu baru satu. Banyak lagi ilmu2 akak yang saya pinjam. thanks akak!

2. Kepada wikipedia aku : Puan Ili. Dialah yang slalu bagi maksud term2 yang aku tak tahu. bestnya jadi rumet ili, takyah tekan wikipidia or answers.com .

3. Pada Ezzah: cikgu Peads n O&G aku time osce. Aku kerah tenaga dia malam exam tahun lepas utk ajar semua benda yang aku tak tahu. Kejamnya aku neh..

4. Pada kak Mahirah : Cikgu OsCE aku yang obses dengan ankle reflex. habis ankle kami diketuk2 setiap hari. Dialah yang ajar buat OSCE full system in 5 minutes. [ tapi aku obviusly yang paling susah nak mencapai standard]

5. Pada Kak Fai: Gedung buku2. Bestnya aku takyah beli buku. Semua pinjam buku kak fai. Cool je akakku yang sorang ni.

6. Pada San; Niamh Bambury versi lembut yang berjalan2. Sentiasa dengan ilmu. Walaupun tak sebilik, tapi bila hang mai bilik aku - slalu bagi maklumat2 yang benar2 belaka.

7. Pada Hazirah : Teringat nota2 RCSI yang slalu disponsor olehnya. Tak lupa juga syndromes pelik2 yang digemarinya..

8. Pada Syud : yang sentiasa menjadi teman setia stady grup aku. dialah pembakar semangat belajar bila aku kemalasan. Bukannye apa, syude rajin study, so bila dia study aku terpaksa pura2 study utk hilangkan rasa cuak. Syud, perjuangan kita belum selesai! Gambate !!!

9. Last but not least Pada Sholehah : Slalu memberi dorongan dan kata2 semangat kat aku, siap puji2 lagi walaupun most of the time aku tak dapat menjawab soalan2 yang dia tanya. Slalu buat aku gelabah bila dia tanya subject dulu2 yang aku totally dah lupa. Oh! teruk betoi aku ni..

Oklah....................

Nampaknya terpaksa mengakhiri entry kali ni cenggini je. tapi basically apa yg nak disampaikan adalah aku kangan pada kamu!! Terima kasih kerana pernah menjadi guru aku. Wish korang semua kat pembroke di kala ini.. wuuuuuuhuuuuuuu..


Aku yang merindui :
K.As, K.Mahirah, K.Fai, Ili, San, Ezzah, Hazirah. Tak lupa juga kepada yang still jadi hosmet aku. Shud and Sholehah. Thanks for everyhting. Kangan bangat pada kamu semua :'(

Friday, November 13, 2009

Cinta yang Tak Terbaja

Gelap tanpa cahaya
Suluh hidupku kian gelita
Malam yg menyelimuti siang
Lesu pada kegelapan mayapada
Cengkerik tidak lagi menyanyikan lagu riang
Tiada melodi menemani tarian hati
Sunyi tanpa lagu. sunyi tanpa tamu.
Haruskah aku menunggu?

Wednesday, September 23, 2009

Jalan hidup

Ramadhan pergi lagi. Jauh meninggalkan umat Islam seluruhnya. Lambaian sayu Ramadhan kian hilang. Hilang jauh dari pandangan.
Bumi yang kian ligat berputar. Memberi kesibukan pada manusia. Mengejar peredaran siang dan malam. Siang untuk diri. Malam juga untuk diri.
Angkuh; atau lupa dirikah manusia ini??Ataupun manusia hanya ada satu tujuan hidup. Cinta dunia dan takutkan mati.
Pelik; tapi itulah kebodohan yang menjijikkan kehidupan manusia. Selagimana dia tidak kembali kepada Tuhannya...


" Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang engkau redhai, dalam menempuh ranjau dunia yang fana ini "

Monday, July 13, 2009

Jodoh itu milik siapa?



Musim panas telah tiba. Bagi pelajar2 di benua eropah, bermulalah proses pulang menziarah keluarga tercinta di Malaysia. Selain menjenguk saudara mara dan sahabat handai, tidak kurang juga ramai yang mengambil peluang mendirikan rumah dan tangga. Ada juga yang mendirikan masjid.

Bau nasi minyak semakin hari semakin menusuk lubang hidung. Perut yang mengendong lauk pauk seperti ayam masak merah sehinggalah masakan yang tidak tahu namanya tidak pernah mengeluh kepenatan. Inilah time yang best utk menternak lemak.

Sedih juga rasa hati ni, tidak dapat mengunjungi ke semua majlis kesyukuran kawan2 sendiri. Masa. tempat dan situasi kadang2 tak mengizinkan. Sedey bukan? Kepada kawan2 yang saya tidak berkesempatan utk menghadiri hari bahagia kalian, maaf dipinta. buat la seround lagi, may be time tu bley pi. hihi

Bila bercakap perihal jodoh dan perkahwinan, ada yang sudah menemukan jodohnya ( alhamdulillah ) dan ada juga yang masih terkapai2 menanti siapakah jodoh mereka [ ada unsur2 suspen di situ ] ( alhamdulillah juga).Tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia2. Cepatnya jodoh, lambatnya jodoh itu semuanya urusan Tuhan. Tapi kalo yg dah berpakwe makwe / berpasangan tu elok2 la kahwin, kerana perkahwinan itu adalah satu jalan mendekatkan diri kita pada Tuhan.
Pilihlah jalan yang betul supaya kita tak tersesat. Namun, kita kene ingat, cinta sahaja tidak cukup untuk membina rumah tangga. Pembinaan keluarga itu biarlah terbina atas dasar yang jelas. Dasar islami.

Begitulah kesudahan entry summer saya. tak banyak masa untuk menghadap komputer dan menterjemahkan pemikiran di kala ini. Again, kepada kawan2 yang sudah dan bakal melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru. Semoga Perkahwinan itu mengangkat martabat kalian ke tempat yang lebih mulia di sisiNYA..ameen.


Saturday, June 6, 2009

Berkomunikasikah anda?



Alhamdulillah..

Begitulah permulaan yang paling cantek. permulaan pada sebuah kesudahan. Kesudahan rotation bersama team surgery yang digeruni; oleh saya. Haha. juga oleh sesetengah patient, dan mungkin intern juga. 2 minggu rotation, rasa mcm dua bulan. Penuh dengan cuak. cuak dari segala sudut. Walaupun consultant tu adalah sgt bagus dari segi teaching, namun tak bermakna dia tidak digeruni.

Alhamdulillah, banyak juga belajar secara intrinsic juga extrinsic. Haha. tapi yang top 10 nyer adalah belajar menebalkan muka kene marah even depan patient. Tapi tak kesah sangat coz patient pun tebal muka juga kene marah depan aku. keskes.

Betapa consultant aku digeruni oleh semua sehingga ahli team lain menunjukkan simpati mereka kepada student2 yang bakal dibelasah setiap hari tatkala membuat ward round bersama beliau.
sampai SHO n Reg aku pesan. " kalau dia tunjuk je CT scan nanti, tgk liver-> tgk spleen --> tgk liver --> tgk spleen, pastu tengok pancrease. Kalau dah tak nampak apa-apa sangat, jawab je dilated bile duct" .

Bukanlah tujuannya nak menceritakan kisah Surgeon tu, tapi mahu berkongsi apa intipati yang keep berterbangan melayang2 dalam fikiran ini. Aku belajar betapa pentingnya komunikasi dalam hidup manusia. Kita mungkin seorang yang berbakat dalam berbagai sudut, tapi kalau komunikasi kita out, maka anda hanya membuatkan orang lain susah.

Berapakah pentingnya komunikasi yang berkesan bagi anda?

Bagi sy, mungkin mencapai 80-90%. Hidup ini bukanlah kita sorang-sorang. Kita hidup dengan manusia lain, hidup kita saling memerlukan antara satu sama lain. Seorang doktor memerlukan pertolongan seorang nelayan untuk menangkap ikan untuk keperluan hidupnya manakala seorang nelayan memerlukan doktor apabila sakit.

Tuhan telah menciptakan kehidupan kita yang saling bersangkut paut dengan manusia lain, supaya kita jadi tidak selfish, supaya kita lebih sayangkan orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sini. Tapi malangnya ramai yang terlepas pandang perkara ini. Ramai yang rasa dirinya lebih diperlukan daripada orang lain.
Begitulah seadanya. Manusia selalu lupa. Selalu juga terlepas pandang.

Ok, kembali semula kepada tajuk, Bagaimana nak evaluate adakah kita ni komunikasinya bagus?
lihatlah orang sekeliling anda. Kalau tak tahu, mintalah pendapat atau feedback daripada orang lain. Jangan sampai org lain rasa menyampah / malas untuk berurusan dengan anda.

Sesungguhnya entry saya kali ini mencapah2 , ntah sampai maksud ke ntah tidak. huhu. satu contoh komunikasi tahap nak fail. Tapi apa2 pun, mohon dicari barang secubit dua moral of the story from this entry so that takdelah sia2 ja baca!

Sunday, May 31, 2009

Dunia oh Dunia

Sudah lama tidak menulis.
rindu untuk menulis.
masalahnya otak beku,
takdak idea ma..


Dunia oh.. dunia.
Kadang2 manusia ni sibuk bangat..
sibuk memanjang
sibuk dengan dunia..
Siang pegi kelas, balik penat terbongkang. masak. makan. tido. esok pegi kelas semula.
Uih.. bz bebenor.

Begitulah kehidupan dunia. tu baru time blaja.
at least kalo penat sangat leh "tertido" time lecture.
Kalo dah jadi doktot, takkan nak tido time ward round kot.
tak pun pinjam katil patient tido kat situ.
almaklumlah penat..

Orang kata letih dunia ni tak ke mana.
Paling teruk pun jatuh sakit.
pastu samada masuk ward , ataupun sihat semula.
Letih dunia boleh berehat.
letih dunia boleh berhenti bekerja.

Erm.. dunia, oh dunia.
Kenapa ek, kadang2, kita seolah2 mengejar dunia.
Urusan akhirat, semua dimasukkan jadi perihal dunia.
Tak faham statement di atas??
Ok.. sekarang, cuba fikirin,
Kita konon2nya mahu mengejar cita2, mahu menolong Islam kononnya,
tapi along the way.. kita lagi kejar cita2 utk hidup senang di dunia.
tak faham lagi?
Ginilah, contohnya kita sembahyang.
tungging terbalik tungging tebalik. last2, bagi salam.
untuk apa sembahyang? hati jawab : untuk elak malapetaka di tempat kerja.
Haish.. parah2..
tak faham lagi ka?
erm.. ginilah..
tengok cermin, pandang imej sendiri
renung dalam2..
berapa banyak urusan akhirat yang kita duniakannya..
renungkan. dan
kita semua kena ingat, letih dunia tak ke mana.
letih akhirat, siksa neraka.. mana ada jalan keluar!!!
Moga kita semua dilindungkanNya..



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Sunday, May 3, 2009

Berfikir itu lebih baik dari angan-angan..



Fikir. Mudah disebut tapi jarang dilakukan. Hidup yang semuanya sudah tersedia membuatkan manusia malas berfikir. Malas berfikir tentang kehidupan sendiri, apatah lagi berfikir perihal ummah.

Fikir itu teramatlah jauh bezanya dari angan-angan. Kita mungkin rasa diri kita sedang berfikir tapi mungkin apa yg kita fikirkan itu adalah hanya angan-angan.

Bagaimana membezakan fikir dan angan-angan?? itu adalah persoalan yang perlu kita sendiri fikirkan. Apakah anjuran islam tentang berfikir? berapa banyakkah ayat Allah yang menganjurkan secara spesifik kepada manusia supaya berfikir?

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal 'Imraan 3: 190-191]


Alangkah bagusnya kita sekiranya menjadi manusia yang berfikir. Namun, jika kita masih selesa dengan angan-angan seperti mat jenin, maka kesudahannya hanyalah jatuh dari pokok kelapa. Tiada meninggalkan sedikit manfaat kepada sesiapa.


Berfikirlah untuk diri, berfikirlah juga untuk orang lain. Berfikir untuk semua kerana Allah.


Di sini suka saya kongsikan entry dari [ klik sini utk sumbernya ] harap bermanfaat.

Ungkapan ini berusaha menjelaskan bahwa perbedaan utama antara orang sukses dan orang gagal ada pada cara berpikirnya. Mereka yang sukses adalah mereka yang selalu menggunakan kekuatan berpikir untuk terus memperbaiki hidupnya sehingga lebih baik.Orang-orang yang sukses ini adalah mereka yang memiliki tipe berpikir positif. Tipe berpikir orang-orang sukses ini adalah:

1.Big picture thinking bukan small thinking

Cara berpikir ini menjadikan mereka terus belajar, banyak mendengar dan terfokus sehingga
cakrawala mereka menjadi luas.


2.Focused thinking bukan scattered thinking

Sehingga dapat menghemat waktu dan energi, loncatan-loncatan besar dapat mereka raih.


3.Creative thinking bukan restrictive thinking

Proses berpikir kreatif ini meliputi: think-collect-create-correct-connect.


4.Realistic thinking bukan fantasy thinking

Memungkinkan mereka meminimalkan risiko, ada target & plan, security, sebagai Katalis ( catalyst ) dan memiliki Kredibilitas ( credibility ).


5.Strategic thinking bukan random thinking

Sehingga simplifies, customize, antisipatif, reduce error and influence other dapat dilakukan.


6.Possibility thinking bukan limited thinking

Mereka dapat berpikir bebas dan menemukan solusi bagi situasi yang dihadapi.


7.Reflective thinking bukan impulsive thinking

Memungkinkan mereka memiliki integritas, clarify big picture, confident decision making.


8.Innovative thinking bukan popular thinking

Menghindari cara berpikir yang awam untuk meraih sesuatu yang lebih baik.


9.Shared thinking bukan solo thinking

Berbagi pemikiran dengan orang lain untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.


10.Unselfish thinking bukan selfish thinking

Memungkinkan mereka berkolaborasi dengan pemikian orang lain.


11.Bottom line thinking bukan wishful thinking

Berfokus pada hasil sehingga dapat meraih hasil berdasarkan potensi pemikiran yang dimiliki





Sunday, April 5, 2009

Kuntum Sabar

Andai kuntum sabarmu belum mekar,
Bajailah ia
Andai kuntum sabarmu layu terkulai
siramilah ia
Nantikan mekarnya
pada sejuta tawakal
yang memuncak
di gunung munajat

Awan pasti mendengki
pada mentari yang menyinari
Hujan belum pasti kunjung
pada kemarau tak berisi
Tanah takkan pernah setia
untuk teguh menemani
rerambut akar yang mendakap bumi.

Andai kuntum sabarmu belum mekar,
jangan kau cantas perdunya
sayangilah pada kudup yang masih muda
kerana di sana ada kuntum sabar
yang bakal mekar

Sabarlah menunggu mekarnya kuntum itu
pastinya kan membawa warna
menjadi corak lukisan peribadi
yang harum
lalu bisa membenihkan
pancaindera cinta
pada Ilahi
yang takkan padam
sampai bila-bila.

Sunday, March 29, 2009

Kenapa Harus Dengki pada Tuhan??

Pelik dan aneh,
muslim zaman sekarang berpolitik untuk menjatuhkan islam.
Pelik dan aneh,
muslim zaman sekarang takutkan kebangkitan islam .
Lagi pelik lagi aneh,
muslim zaman sekarang mendabik dada dengan budaya barat yang berjaya diamalkan.
Lagi pelik lagi aneh,
muslim zaman sekarang menikam pejuang islam dari belakang.


Gerun sangat ke kalau Islam memerintah? Zalim sangat ke hukum Islam? Orang kaya akan terus jatuh miskin ke dengan Islam? Orang pandai akan terus jadi bodoh ke dengan Islam.

Hmm.. pelik. Sungguh pelik. Aneh juga. Muslim takut dengan hukum Tuhannya, sedang dia mengucapkan kesaksiannya pada Tuhan, pada Rasul. Kenapa harus takut untuk dipotong tangan sedang kamu tidak mencuri. Kenapa harus takut untuk direjam sedang kamu tidak pernah berzina?

Sangat hairan, kenapa manusia "intelek" takut dengan Islam. Sedangkan ilmu yang sedikit, dan kekayaan duniawi itu semuanya dari Tuhan. Apakah kamu merasakan ilmu intelek kamu itu lebih hebat dari ilmu Tuhan; undang-undang yang kamu gubal lebih teliti dari undang-undang Tuhan?

Bangunlah wahai semua umat islam. Jangan biarkan perasaan hasad dengkimu melambatkan proses kebangkitan Islam. Dan yang paling buruk, janganlah jadikan perasaan hasad dengkimu menjadi senjata untuk menyerang Tuhanmu. Kerana kamu pasti, dan pasti akan tewas jika kamu tidak berundur diri dan bertaubat. Dan pastinya Islam akan bangun suatu hari nanti tanpa kamu, dan tanpa orang-orang yang dengki kepada Tuhannya.


”Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah : 50)


p/s: Tuhanku, kau ampunkanlah sesiapa sahaja yang tanpa sedar dan tanpa faham menentang hukumMu, Kau berilah hidayah kepada mereka, moga-moga mereka akan menjadi golongan dihadapan, memegang panji-panji Islam.

Sunday, March 22, 2009

[ lirik pilihan ] Mutiara Hati


Mutiara Hati - Novi (New Sakha)\

Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati…

Intro: II

Ku ingin berjumpa denganmu
Bunda t’lah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
‘Tuk menghapus semua rinduku

Reff:

Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
‘Tuk membimbing menuju Ridho-Mu

Back To: Intro II

Pancarkanlah cahaya-Mu pada jiwaku ini
‘Tuk dapat rahmat Karunia-Mu


p/s : lagu yang sangat menyentuh hati dan cukup bermakna ..

Saturday, March 21, 2009

[ klinik hati ] siapa perlu merawat dan perlu dirawat?




Anda pernah rasa best @ kembang hidung bila dipuji?

Anda pernah buat sesuatu kerana seseorang?

Anda pernah rasa diri anda hebat dari orang lain?

Anda pernah rasa dengki dengan kelebihan orang lain?

atau

anda pernah malas untuk bekerja/ berfikir??

Jika anda menjawab "YA" pada mana2 soalan, jom sama2 kita kita buat "spiritual examination" untuk mengenalpasti bahagian hati kita yang mengalami masalah.

Apa kata Rasulullah tentang hati ?
“ ...Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging, daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak, rosaklah seluruh anggota” Riwayat Bukhari.

Apa pula firman Allah s.w.t tentang orang yang mempunyai penyakit hati?

Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : “ Dalam hati mereka ada penyakit ,lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.

Besar kan peranan hati ni, sampai ada pepatah arab yang mengatakan:

" Hati itu adalah menteri yang menasihati"

Terlalu banyak sebenarnya penyakit-penyakit hati. Diri kita lebih mengenali hati sendiri. Awas, jangan sesekali kita biarkan hati kita berpenyakit, sebab kita akan jadi orang yang hina di sisi Allah kelak. Mahukah kita masuk kategori tersebut? Nauzubillah...

InsyaAllah Jika diberikan kesempatan masa dan kudrat olehNYA, kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit-penyakit hati di entry yang akan datang.

Buat masa ini, saya rasa eloklah sama-sama kita kenal apa itu hati , dan apa fungsinya . kenalpasti symptom2 penyakit hati yang mungkin kita ada. Ingat, penyakit ini perlu segera dirawat, kalau tidak bukan sahaja diri anda sengsara, mungkin juga akan melibatkan perbuatan anda terhadap orang lain.



p/s : Jom sama-sama amik stethoscope dan manual dan sama-sama kita auscultate hati kita + cari sign symptom yang mungkin ada. dan ingat, common things always come first unless u r a complicated person !

Wednesday, March 18, 2009

[ entry koleksi ] Izinkan aku menyembahMu


Pada helaan nafasku
Aku ingin menyembahMu.
Biar kontang hawanya
Aku mahu menyembahMu.

Pada degupan jantungku
Aku ingin menyembahMu
Biar terhenti detaknya
Aku mahu menyembahMu

Tiap detik yang berlalu
Tak perlu kubazirkan lagi
Tika dahi mencecah ke bumi
Tidak perlu kubiarkan;
ia hadir tanpa hati menemani

Tuhan,
Roh ini bukan pada kuasaku
Yang bisa kukawal di mana kesudahannya
Tapi engkau adalah Penyelia
pada roh dan jasad yang kerdil lagi hina
Lalu kupohon padaMu
Izinkan aku menyembahMu
Hingga helaan nafas terakhirku.

P/s : sajak ini adalah rentetan daripada tazkirah from my housemate tentang "solat" . Tazkirah yang sungguh bermakna bagi diri ini. Tazkirah yang mengingatkan kita bahawa kita menyembah Allah bukanlah hanya pada solat, tapi pada setiap apa yang kita kerjakan, setiap waktu dan ketika. Maka, beringatlah atas apa yang kita lakukan agar kita tidak sesekali "menyembah" selain dari Allah e.g Nafsu, Harta, etc.. Wallahu a'alam.
Moga kita semua tergolong dari golongan yang dibimbingNya, moga hidup dan mati kita hanya keranaNya.

Sunday, March 15, 2009

[ Lirik pilihan ] SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid


Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul Nya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga


Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang



Klik Sini untuk mendengar nasyid

Thursday, March 12, 2009

[ entry urgent !]Saat terakhirku...




SITUASI 1

Bayangkan anda di dalam dewan peperiksaan. Satu peperiksaan yang paling susah yang anda pernah duduki. Dah baca dah.. tapi cuma kurang ingat. Lagipun soalan dia semua melibatkan aplikasi terhadap teori yang dipelajari...
"Hmm.. susahnya la soalan ni. Skip dulu la.." Penuh tanda bulat pada nombor soalan. Dari soalan 1-20, baru 7 soalan dapat dijawab, tu pun hasil "gorengan" yang mantap. Soalan keseluruhannya ada 100..
Tiba-tiba anda terdengar " Perhatian, peperiksaan akan tamat dalam masa 5 minit lagi, sila pastikan angka giliran ditulis di setiap helaian kertas, sila akhiri ayat-ayat terakhir anda.."
Rasa-rasanya, apa respon kita ketika itu ek ? Kalau saya, secara jujurnya memang tak tergambar la tahap cuak tu. Tahap adrenaline mungkin selaju bullet menuju ke receptor . Gelabah. Cemas. Cuak. Berpeluh. Takut. Bimbang. Sedih. Menyesal. Semua ada. Pendek kata, aku sedang cemas!!!!

SITUASI 2

Sekarang cuba bayangkan anda sedang mendengar lagu-lagu yang anda minat daripada ipod anda. Orang kata tengah mendengar "halwa telinga" la. Rentak dan irama dia, memang buat anda rasa best . Anda jadi bersemangat, best giler lagu ni.. anda memuji-muji sendirian.
Tiba-tiba, ada pop-up message, "Battery is low . 5% remaining". Geram tak rasa dihati? Pasti ada di antara kita yang pernah menyumpah-nyumpah. "Ish, time ni la plak nak habis bateri... tadi kat rumah taknak habis.. bila orang kuar rumah nak buat hal plak.."
Geram. Rasa menyesal tak charge bateri tadi. Banyak lagi la perasaan yang menyucuk hati..

SITUASI 3

Sekarang, mari bayangkan lagi. Kita di tikar sembahyang. Cuba untuk khusyu'.. tapi susah la jugak. Banyak benda berlaku hari ni.. Tiba-tiba ada suara bisik, " [ nama kita ] , awak ada 5 minit lagi ja untuk hidup" Rasa-rasanya apa perasaan kita time tu ek? Gelabah kah kita? Cool kah kita? Berdebar kah kita? atau...?

SITUASI 4

Cuba bayangkan lagi, kita tengah ber outing dengan kekasih hati. Best la kuar ngan dia, dah la caring pastu selalu buat aku happy.. Pendek kata, that is a meaningful moment untuk kedua-duanya .. Tiba-tiba , tengah melintas jalan ada kereta laju, tak sempat brek, langgar kita. Rasa-rasanya apakah perkataan first and the last yang bakal kita ungkapkan ek? mana yang lebih menguasai kita? Kesakitan yang sesaat atau keseronokan sepanjang hari??

*********************
Ok.. sekarang habislah sesi bayangan a.k.a berangan kita.. Kalau ikut pengkelasannya, situasi 1 dan 2, sangat common berlaku.. situasi 3 , wallahu a'lam.. situasi 4, boleh je berlaku..
Kalau nak diikutkan setiap daripada kita pernah melalui, saat-saat terakhir. orang kata waktu-waktu kecemasan la.. tak kiralah samada kita sedang membuat sesuatu yang kita suka ataupun tidak. Tapi pernahkan kita [ atau selalukah kita ] terfikir tentang bagaimanakah rupanya "waktu kecemasan " yang dari nas dan dalil, dari segi logik akal, serta hukum alamnya wajib terjadi terhadap diri kita. Adakah saat itu kita sudah bersedia, ataupun kita masih sibuk dibuai alunan dunia, atau bagaimana? Jom sama-sama kita renungkan...

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Dan ingatlah :

"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Wallahu a'alam...



Monday, March 9, 2009

Ikhlaskah kita dalam persahabatan??


Tajuk entry kali ini saya kira sangat "common", tapi itulah yang bermain-main di fikiran saya kebelakangan ini. Peristiwa yang berlaku sehari-hari membuatkan saya semakin terfikir, sejauh manakah diri ini ikhlas dalam persahabatan. Memang saya tidak menafikan, saya amat menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya, walaupun hanya dengan satu perkenalan.

Persahabatan memang menuntut keikhlasan, kadangkala persahabat menuntut kepada pengorbanan. Malunya diri ini bila memikirkan keikhlasan Saidina Abu Bakar , seorang sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan seluruh hartanya kerana sahabatnya yang dicintai. Terlalu kerdil diri ini jika mahu dibandingkan dengan keihklasan insan-insan yang telah dijanjikan syurga.

Saya percaya, setiap orang mesti ada kisah persahabatan masing-masing; dan semestinya ada kisah suka, kisah duka, kisah pahit mahupun manis. Tidak kurang juga kisah-kisah "sengal" juga kisah-kisah merepek.

Tidak kiralah berapa juta kisah yang kita pernah alami, tapi saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan juga sesiapa sahaja untuk kembali bermuhasabah;
adakah kita ikhlas dalam persahabatan kita?
Adakah kita bersahabat sekadar untuk memenuhi keperluan kita?
ataupun kita bersahabat kerana ingin menumpang kelebihannya?
Ataupun kita bersahabat kerana kita takut diri kita kesunyian?
Ataupun kita bersahabat kerana kita ada certain expectation terhadap sahabat kita?

Beberapa persoalan lagi yang saya tujukan khas buat diri saya, dan moga-moga boleh bermanfaat kepada orang lain juga :

  • adakah kita orang yang pertama approach sahabat kita di kala dia di dalam kesusahan?
  • adakah kita peduli tentang kesengsaraan sahabat kita?
  • adakah kita sentiasa doakan mereka di dalam doa kita?
  • adakah kita sentiasa menginginkan yang terbaik utk mereka?
Banyak lagi persoalan yang boleh ditujukan kepada diri sendiri, sebagai satu cara untuk bermuhasabah dan memperbaiki segala kekurangan. Yang paling penting, ingatlah, Ikhlas itu adalah sesuatu yang dituntut dalam ibadah, selain daripada menurut syariat Allah. Moga-moga setiap persahabatan yang pernah dibina menjadi titian kita ke syurga Allah..

p/s : Terima kasih kepada sahabat2 yang banyak menyerikan hidup saya dan mengajar saya erti kehidupan. Maaf di atas segala kekurangan diri ini dalam persahabatan. Moga Persahabatan kita semua dibawah RedhaNya.

Tuesday, March 3, 2009

Antara kita dan anak-anak


Aku tersenyum seorang diri ketika membaca mesej yang dikirimkan oleh kak hah di facebook. Mesejnya berbunyi begini :

Re: maksu

"adib nak rumah mainan. hanan nak anak patung. abang fudhail nak buku matematik dengan bahasa inggeris, dengan sains. kakak nak baju barbie dengan anak patung barbie ."

Adeh, [berpeluh maksu kat sini]. Huhu. Itulah perangai kanak-kanak. Ada saja yang diidamkan. Belilah segunung mainan pun, lagi segunung pasti ada dalam list untuk diminta daripada ibu bapa.

Antara mengikut kehendak dan menghargai

Itulah dilema yang dialami oleh ramai yang bergelar ibu bapa. Mahu diikut kehendak anak-anak tapi kadangkala melampaui batas. Kalau tidak di ikut takut-takut anak rasa dirinya tidak dihargai atau disayangi.

Diri yang belum terjun ke medan yang sebenar sudah tentu tidak dapat memberi perincian yang sebenar.Namun hasil pemerhatian dan garapan pengalaman kukira mampu untuk menggariskan sebuah teori, yang mungkin berguna untuk diri sendiri.

Anak-anak memang patut dihargai, kehadiran mereka tidak patut diabaikan. Cumanya, bagaimana cara kita menghargai anak-anak itu berbeza dari satu sama lain. Jika ibu bapa rasa cara menghargai anak-anak adalah dengan membelikan kehendak mereka, maka itulah yang tertanam pada pemikiran anak-anak.

Taraf sosioekonomi rumahtangga yang semakin meningkat dari semasa ke semasa membolehkan ibu bapa zaman ini membelikan apa sahaja yang dipinta. Tidak kiralah permintaan yang sekecil batu, mahupun sebesar gunung, semuanya sanggup diberikan demi menghargai seorang anak.Biarlah ibu/ayah kurang makan bulan ini, asalkan anak tidur kekenyangan; asalkan anak gembira menatang apa yang mereka idamkan.

Namun kadangkala timbul persoalan dalam diri ini, adakah anak-anak tadi benar-benar menginginkan apa yang dipinta? ataupun mereka hanya mahu meraih perhatian. Perhatian. Itulah satu permata keluarga yang saya rasa semakin hilang dalam banyak keluarga yang saya temui. Ayah dan ibu, sibuk melayan penat kerjaya mereka, tekanan masalah kehidupan seringkali membuatkan mereka mencari jalan pintas untuk mendekati anak anak. Belikan sahaja apa yang mereka mahukan, pasti mereka akan rasa dihargai.

Saya akui, mengikut kehendak anak-anak adalah salah satu cara kita memberikan perhatian kepada mereka. Namun, percayalah, di luar sana ada seribu satu lagi senarai cara-cara memberikan perhatian kepada anak-anak. Perhatian melalui suapan material takkan berkekalan lama. Barangkali mungkin juga pendek jangka hayatnya memandangkan nilai material sentiasa jatuh seiiring masa yang berputar.

Susah sebenarnya untuk mendidik anak-anak, apatah lagi kerja ini bukanlah kerja untuk sehari dua, tetapi hingga ke hari tua biarpun kita sendiri sudah menjadi pesara. Oleh itu, seimbangkanlah approach kita terhadap anak-anak agar tidak pening di hari tua, dan yang paling penting keluarga kita terhindar dari api neraka yang terlalu galak menyala. Seharusnya pentarbiahan anak-anak itu bermula di saat seseorang belum berumahtangga kerana kejayaan tidak akan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya memerlukan garapan usaha, seiring doa dan tawakal kepadaNya.

Sunday, March 1, 2009

[ entry cerpen ] Jendela Kehidupan

Titisan air jernih, tiba-tiba mengalir, melintasi kelopak matanya yang tampak sembab itu. Tasik air mata yang bergenang sejak tadi lagi, kini sudah mula melimpah, mencurahkan runtunan perasaan yang selama ini ditahannya. Perasaan berdosa yang setiap saat menghantui dirinya. Berdosa pada Tuhan yang menciptanya. Berdosa pada jasad yang tidak mengerti apa-apa.

Pandangannya dilemparkan jauh , meneliti pada pepohon sakura yang mekar, tersusun indah, menghiasi jalan utama di kota kecil itu. Jendela georgian house dilungsurkan sedikit ke atas, berasak bayu dingin masuk mengisi ruangan bilik yang panas itu. Hatinya tersentuh pada warna ungu lembut sakura yang menghiasi pandangan pancainderanya.



Dia termenung panjang, mengenangkan nasib hidup yang berliku. Hidup yang dianugerahkan kepadanya adalah kehidupan yang nyata. Bukanlah satu percubaan apatah lagi sebuah lakonan.Namun hidup itu adalah satu perjuangan. Perjuangan yang bakal membawanya menghadapi Tuhan. Pada hari yang dijanjikan.

Dia terus membiarkan nostalgia kisah kehidupannya menari-nari di fikiran. Sesekali , tangannya mengesat titisan air mata yang semakin laju jatuh berguguran. Nostalgia itu benar-benar membangkitkan sebuah penyesalan; dirinya terlalu hina dipalit dosa silam; apatah lagi mengenangkan dirinya yang semakin jauh dari Tuhan.

Sampai bilakah aku harus menangis meratapi kekesalan? Hatinya berhujah tegas. Ya, hatinya kini yakin, dia perlu berubah demi menagih keberkatan. Keberkatan yang hanya bakal hadir dari ehsan Tuhan. Tuhan yang menciptakan segala kejadian.

Sejadah biru laut dihamparkannya di lantai. Dia lalu tekad menyembah Tuhan, seikhlas mungkin mendambakan sejuta keampunan. Keampunan dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat setiap insan.

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Friday, February 27, 2009

Malaysia is a journey , not a destination


Cuti Musim panas bakal tiba tak lama lagi. Berbondong-bondonglah student Malaysia di sini men"survey" tiket. Mahu pulang ke kampung halaman, menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara. Tidak kurang juga pada mereka yang masih dalam dilema , mahu pulang ataupun stay sahaja di sini menimba pengalaman di negeri orang.

Malaysia, sebuah negara kecil di benua Asia. Negara yang dulunya indah permai, terkenal dengan kisah Parameswara dan anjingnya. Terkenal dengan tradisinya, sopan santun dan tulus masyarakat Melayu menggamit seribu satu pintu rezeki.

Kini, Malaysia juga masih ada kisah popularnya. Menara KLCC, menjadi kebanggaan jua tempat berteduh pasangan-pasangan yang sedang mabuk dilamun cinta. Pantai yang bersih , biru menghening namun seringkali dikotori najis maksiat ciptaan manusia.

Oh Malaysiaku, tempat di mana aku mengenal erti Islam, menelaah erti hidup, jua belajar erti perjuangan. Terlalu banyak yang boleh kubanggakan denganmu , namun lagi banyak yang kukesali atas apa telah yang berlaku. Kekesalan bukanlah untuk meratapi kejadian yang telah berlaku, sebaliknya kekesalan yang harus hadir bersama roh perjuangan.

Perjuangan yang kugambarkan tiada kesudahan, biar mati, tukar silih berganti tujuh generasiku.
Oh Malaysiaku, di sana masih banyak lompong kekosongan, pada pemikiran manusia, pada sistem kehidupan jua. Sistem yang harus dan seharusnya selari mengikut kehendak Penciptamu, oh Malaysiaku.

Cinta pada tanah air ini tidak pernah lekang, biar berjuta batu kulangkah. Bukan untuk aku menggarap "asabiyah" tetapi aku yakin, itulah tempat bakal bermulanya sebuah harapan. Kuharapkan titisan keringat dan doa yang sekelumit pasir di pantai mampu kuhimpun menjadi sebuah bangunan yang kukuh dan utuh, menjadi benteng jua tempat berteduh buat orang-orang beriman.

p/s: penulis sedang berkira2 utk pulang atau tidak summer ni. adeh

Wednesday, February 25, 2009

[ entry hati ] erti sabar dan redha

Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal sabar apatah lagi berbicara tentang hati yang redha. Sabar itu meruntun komitmen hati yang berpanjangan, manakala redha membuatkan komponen hati menjadi damai, indah jua tenang tanpa sebarang kekesalan.

Sabar dan redha, adalah dua komponen yang harus bersinergi, mampu membuahkan minda hamba yang sentiasa positif. Perjuangan mana yang tidak pernah dilanda badai, kehidupan mana yang tidak pernah ditimpa gelora .

Aku teringat pada kisah Rasulullah, seorang anak yatim piatu yang terlalu tabah menghadapi ujian duniawi. Rasul adalah kekasih Allah, dipelihara peribadinya, namun tetap jua diuji. Begitu jua orang-orang beriman yang terdahulu. Mereka ditimpa ujian , sehingga mereka mengatakan bilakah pertolongan Allah akan tiba. sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu dekat.

Oleh itu, kunukilkan pada hati yang kerdil ini;
Wahai diri, bangunlah. kerana pertolongan Allah itu terlalu dekat denganmu. perjuangan hidup perlu diteruskan biarpun terlalu berkecamuk dan bersimpang siur.

Saturday, February 7, 2009

bila kita diuji...

Rindu untuk menulis menggamit hati saya untuk menjenguk blog ini; tanpa sedar sudah lama rupanya saya tidak singgah sebentar sambil menukilkan secebis idea juga berkongsi seulas rasa. Terlalu banyak peristiwa dan episod hidup yang seringkali mengisi hari-hari yang berlalu;tanpa disedari menjadi memori yang mungkin mendidik jiwa untuk menjadi lebih matang dan bersangka baik padaNya.

Ujian demi ujian mengisi hari-hari lalu. Kadang-kadang terfikir jua pada reliti diri. Mampukah keredahi setiap ujian yang seringkali bertandang? Mampukah kugalasi bebanan yang datang tanpa kuundang? Sungguh tidak adil bagiku mempertikaikan rencana Tuhan. Namun, itulah yang berlaku pada diri yang penuh alpa lagi penuh hina ini.

Itulah hakikatnya. Bila kita diuji.. barulah kita tahu teori dan praktikaliti. Bila kita diuji, barulah kita sedar pada hakikat diri.

Bukannya mudah untuk mendidik diri menjadi tabah, bukannya mudah mengajar diri pada erti redha.Juga begitu sukar untuk mendidik hati ke arah sabar, apatah lagi mengajar diri pada hakikat keikhlasan.

Tapi, itulah tuntutan di sebalik setiap ujian. Kita diuji supaya kita tabah. Perkataan yang begitu mudah untuk diungkap;namun tabah itu terlalu rapuh- hanya mampu dibimbing oleh keikhlasan kita pada Tuhan, kesabaran dan jua kecekalan.

Ingatlah wahai diri, kamu tidak diuji hanya untuk sia-sia. Renunglah wahai diri, Tuhan sedang berbicara denganmu pada erti redha dan keikhlasanmu padaNya.

Firman Allah Taala:
Justify Full
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." Surah Al-Ankabut ayat 2-3 .

Di kesempatan ini, saya panjatkan doa kepada sahabat2 pembaca, yang mungkin dikala ini sedang diuji, yang telah diuji atau bakal diuji; moga kita tergolong dalam golongan yang benar, dan bukanlah dari golongan yang dusta.

Juga khususnya kepada sahabat-sahabat yang pernah mengisi ruangan "poll" di sebelah. Moga perjalanan hidup kita dipermudahkan dan diredhaiNya.

Tuesday, January 27, 2009

Kidung Bumi


Kidung Bumi - Fully Feat.Vagabond

Yang kelabu hening telaga biru
Berubah menjadi ungu senja
Tak terkikis batu hitam kelam
Di atas tegak tebing yang bersahaja

Semburat warna-warni cakrawala
Adalah lukisan terindah
Rindu air pada muara
Setelah lelah berliku

Chorus
Kepada-Nya embun-embun pagi dan kabut malam hari berdoa
Memohonkan ampun bagi siapa saja dan bersimpuh lantunkan rasa
Hidup pada-Nya

Yang setia cahaya nan agung
Menebar pijar hangati mayapada
Belai angin pada dedaunan
Ingatkan kembang untuk tetap merekah

Manjakan penghuni perebut karunia
patuhi titah-Nya Sang Perkasa
Rangkuli kicau jagat raya
Sampai masa tak berdegup

Tak pernah bumi ini mengadu
Walau terinjak bertapak
Namun tetap tumbuh
Gempita puja-puji semesta
Selaraskan pengakuan pada Dia Yang Esa

Sunday, January 11, 2009

Entry cerpen : Monolog Seorang Hamba

Dia bergegas-gegas mengikuti segerombolan manusia di situ. Lantas, banner bertulis “free Palestine “ dipegang erat-erat, kadang-kadang diangkat tanda protes dan marah pada rejim Israel laknatullah.

“Hey Hey Olmert Hey! “ “how many children you kill today!!”
“Hey Hey Olmert Hey! “ “how many children you kill today!!

Berkobar-kobar mereka melaungkan sorakan, melepaskan rasa benci dan marah. Kasut di baling pada pepohonan yang membentengi bangunan kedutaan Israel. Benci. Geram. Marah. Kata- kata ini tidak dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar.

Suasana petang itu sangat gamat. Gamat dengan sorakan protes. Kedinginan kota Dublin yang mencecah suhu 7 darjah selsius, bukanlah alasan untuk dia tidak bersama kumpulan tersebut. Baginya ini adalah jalan untuk mendesak kerajaan, mendesak EU, memberi kesedaran kepada masyarakat awam tentang kekejaman Israel. Israel tidak patut diterima di bumi ini! Jerit hatinya.

Terkenang dia seketika pada kanak-kanak palestin yang berlari-larian demi mendapatkan sekeping roti. Juga pada lumuran darah merah, membaluti tubuh kecil yang terlalu suci, jelas terpampang pada foto-foto yang dipamerkan. Dia kagum, dia hairan pada semangat golongan berkulit putih, berbangsa Irish yang bertungkus lumus menjayakan protes tersebut. Mereka tiada talian persaudaraan, mereka tiada talian agama, cuma talian kemanusiaan sahajalah yang menghubungkan mereka dengan rakyat palestin.
Terdetik di hatinya, “kalau mereka yang hanya dihubungkan dengan tali kemanusiaan ; sanggup berhempas pulas, mahu melenyapkan keganasan Israel . maka, haruskah aku lebih daripada itu? Atau cukup aku sekadar selaras dengan mereka? Padahal aku ada satu lagi tali yang erat. Talian yang menghubungkan mereka dengan Allah, dan aku dengan Allah?
Mereka berdemonstrasi, aku juga mahu sebaris dengan mereka
Mereka memboikot barangan Israel , aku juga mahu turut serta.

Lamunannya tersentak dengan laungan takbir yang bergema.

“takbir !!”... “ Allahu akbar !!”
“takbir !!”... “ Allahu akbar !!”

Dia terpinga-pinga mencari punca suara-suara tersebut. Ternyata ramai umat islam yang datang menunjukkan bantahan mereka. Namun apa yang lebih menarik perhatiannya adalah apabila dia melihat sekumpulan wanita Irish, yang sama-sama melaungkan takbir, walaupun susah untuk diperincikan pegangan agama mereka. Subhanallah...

Sejenak dia terfikir kembali, laungan takbir tadi mengingatkan dia pada para mujahidin yang sedang atau telah berjuang. Mujahidin yang harga darahnya hanya mampu dibayar oleh syurga ;Mujahidin yang nyawanya hanya untuk diserahkan di jalan Allah.
“ Tuhanku, pilihlah kami semua , sebagai tentera mujahidinMu ya Allah..”dia bermonolog lagi, dengan harapan, monolognya itu diterima yang Esa.




Saturday, January 3, 2009

entry koleksi : tahniah buat mereka yang bukan di gaza


Mereka bergelumang gelita,
Menumpang teduh pada capahan pelita,
Tahniah buat kita,
Malam kita tidak pernah sepi tanpa cahaya.

Mereka merintih derita,
Perut menahan, tiada apa untuk dicerna.
Tahniah buat kita,
kita ada kuasa,
menjamah produk Israel dan sekutunya.

Mereka gundah gulana;
Tentang erti berjuta nyawa.
Tahniah kepada kita,
Kita masih selesa,
Tidak perlu kita fikirkan tentang nasib mereka.