Thursday, January 27, 2011

Your Unique Differential Values

Setiap manusia dijadikan berlainan. Bermula dari struktur genetic yang sememangnya lain, menjadikan kita tidak serupa. Even monozygotic twin yg dikatakan mempunyai identical gene juga, mungkin ada mutation di mana2 or at least getting different intensity of exposure from the environment menjadikan kita adalah kita. Maha suci Allah yang menciptakan kita semua berlainan.

Memandangkan kita adalah kita, tentunya ada kelebihan dan kekurangan. Di situlah adanya " differential values" tersendiri. Orang yang pandai memanipulasikan differential values mereka akan nampak lebih tertonjol dari yang lain. Mungkin kita lebih tahu apa yg kita lemah, apa yang kita pandai.


Skop pemikiran yang terlalu exam oriented menjadikan kita hanya tertumpu kepada hanya beberapa perkara. Orang yang excel exam dikatakan bagus, pandai, terbaik dan segalanya. Hakikatnya, dunia kita lebih luas. Lebih luas dari dunia akademik. Ntahlah, kadang2 kehidupan manusia yang terlalu mementingkan akademik ni menjadikan manusia mementingkan diri semata2 nak score exam. Contoh mudah adalah; time exam ramai mengelat utk nak buat tugasan rumah, taknak buat itu dan ini hanya kerana nak menggeledah buku dari kulit ke kulit. Itu bukanlah sepatutnya yang berlaku. Akademik adalah salah satu cara saja yg diatur oleh manusia untuk kita memperoleh sesuatu, tapi bukan segala2nya.

Berbalik kepada tajuk, (hihi, as always slalu lari topik). Our differential value makes us special, and unique. Find it & polish it. Its all yours.



Sunday, January 23, 2011

Jalan yang boleh dipilih.

Saya boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya bekerja di atas dasar monthly payment yang kononnya agak berbaloi, dapat elaun untuk oncall dan enjoy dengan cuti-cuti sedikit yang disediakan

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya buat kerja dengan bagus semata2 untuk mengelakkan any medicolegal cases. Takut kena saman menjadikan saya buat semua necessary investigations and provide the best treatment for every of my patients.

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang yang workaholic yang hanya memikirkan soal kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya. Saya boleh memilih untuk tidak memperdulikan orang lain, dan memilih untuk melakukan apa sahaja untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Saya juga bole2 h memilih untuk buat lebih kurang terhadap pesakit yang saya temui, jadi doktor yang " garang " supaya pesakit tak naik kepala, kurangkan senyum untuk save my energy .. bla2..

Akhirnya saya boleh memilih untuk memilih sesuatu, namun berbaloikan pilihan saya untuk hanya memilih kehidupan dunia yang hanya sebuah persinggahan? Wallahu a'lam.

Wednesday, January 19, 2011

Mencari Hati yang Hilang

Pencarian
Bukanlah episod indah
Hidup tanpa sejahtera

Hati yang hilang
di tengah lumpur pekat
Tak bisa untuk kugapai

Andai dipinggir
sekeping hati
mungkinkah hambar
sebuah kehidupan

Hati yang meniti hari
Mencanang suka dan duka
Tak pernah bercerita

Hati yang usang
terus hilang
tanpa cahaya.

Thursday, December 2, 2010

Bila ujian tiba

Hmm.. susahnya.


Tuhanku, padaMu selamanya aku bertawakal dan berserah.

Saturday, November 6, 2010

Wahai suami, hargailah pengorbanan isteri2 (?) anda..

Kini sudah genap 3 minggu aku berkomplot dalam dunia psychiatry. Dunia yang jauh berbeza dari duniaku kini ( obviusly la, kalo sama, sure aku dalam ward jugak ). Hari2 yang sukar kujangkakan cuacanya. Kadangkala mendung if aku kene jumpa dengan patient depression, or kadang2 ceria mendengar pembohongan besar yang dilakukan oleh orang2 mania ( gila ). Sungguh tragis.

Mungkin takdir telah mengatakan bahawa aku lebih banyak berjumpa, berbual dan cuba menyelami hati dan perasaan insan2 yang mengalami tekanan dalam hidup mereka. Bila tekanan yang terlalu teruk, mereka sudah hilang kawalan dan pertimbangan diri untuk terus hidup, untuk "enjoy" their own life. Sadis kan.

Ditakdirkan juga, ramai di kalangan mereka dari kalangan wanita. Simpati pada setiap titisan air mata yang mereka curahkan kerana penderitaan yang di alami. Simpati pada setiap ucapan "hopeless" mereka pada kehidupan. Namun tiba2 hati ni rasa terbakar- apa taknya setelah mendengar penderitaan mereka disebabkan oleh "suami2 dayus!!" . Oh please la para suami, please be a real Man.

Betapa gamaknya seorang suami untuk berlaku curang kepada isteri. Isteri yang penat lelah bekerja membantu beban suami, pulang ke rumah menjaga dan melayan suami dan anak2. Si isteri plak, setelah perkahwinan menikahkan seluruh kehidupan peribadinya kepada perkahwinan. Hmm.. ntahlah, nak komen lebih2 pun tak tahu sgt. tapi basically rasa sedih la mendengar tingkah laku suami yang selalu menyakiti isteri dan tidak menjaga hati isteri. ..

Sedih. sedih. dan sedih. But I know, bukan semua suami cenggitu. Suami soleh banyak je di muka bumi ni, Alhamdulillah. Anda pula bagaimana?

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)

take home message : kesian patient2 saya kene buli ngan suami mereka. maaflah entry yg lari dari tajuk sikit. biasa la tu.. heheeh


Saturday, September 18, 2010

Apa akan jadi kalo kita berhenti dari memikirkan tentang orang lain??

Kadang-kadang terfikir juga, kenapa kita perlu fikir tentang orang lain. Kita perlu mendahulukan orang lain untuk banyak benda. Kita perlu mengorbankan perasaan, masa n tenaga kita untuk orang lain.

Diri ni kadang-kadang memberontak juga, kenapa perlu untuk itu. Entahlah- mungkin terlalu penat. Biasalah kan, kalau hanya kita memikirkan tentang perasaan orang lain, tapi org lain tak pernah memikirkan perasaan kita- langsung tidak memperdulikan kita; kadang-kadang seperti sudah penat. huhu. Bertepuk sebelah tangan takkan pernah berbunyi.



not in a good mood to write this entry but ..

Tuesday, August 31, 2010

Surat cinta

Sekarang genaplah dua purnama kurang lebih ambo tidak menjenguk2 blog kesayangan ambo ini. Rasa kekok plak nak menulis. ceewah..

Well, tu intro je, as an opening statement- at least boleh menyambung entri2 yang terputus.
Nak tulis pasai apa ek??
Lots of things in my mind, so semuanya berpusu2 dan berebut2 nak keluar dari otak. Makanya otak pun jam la.. Common sense la kan, kalo mcm time balik ofis tu, keta semua nak bergegas keluar dari tempat kerja, makanya berlakulah traffic jam..

7 minggu perantauan saya di bumi anbiya mungkin antara penyebab kenapa saya tidak menulis. Masa yang terbatas serta kemudahan internet yang terhad adalah dua faktor utama yang dikenal pasti penyumbang kepada ketidak aktifan blog ni. Faktor2 lain termasuklah malas, takde idea dan lain2...

Kini sudah seminggu di bumi Shamrock, namun kerinduan pada bumi terhimpunnya para anbiya, rasul dan wali Allah itu masih belum surut2. Seperti kisahnya sungai Nil yang tak pernah kontang yang terus mengalir menyalurkan seteguk kehidupan kepada sekalian makhluk di sekitarnya. Ada terbaca, tentang kisah sungai Nil yang dahulunya pernah kering kontang, namun setelah mendapat surat daripada Saidina Umar R.A, sungai ini tidak pernah lagi kekontangan. [ isi surat Saidina Umar R.A lebih kurang begini ]
"Jika kamu mengalir karena dirimu sendiri, maka jangan mengalir. Namun jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu, maka kami mohon kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir."





Subhanallah.. Kisah ini benar2 menempelak benak saya. Mana taknya, sedangkan sungai Nil, sebagai makhluk Tuhan yang tidak berakal, mampu menunjukkan rasa takut dan takwanya kepada Sang Pencipta dengan hanya sekeping peringatan; Namun kita manusia yang hina ini tak mampu untuk memupuk rasa takut apatah lagi sepicing rasa gerun kepada Al-Khaliq walaupun beribu peringatan dari KalamNya mahupun sabda RasulNya yang kadang-kadang senantiasa meniti dibibir-bibir manusia namun jarang sekali singgah di hati. Wallahu alam. Ramadhan Kareem. Semoga bertemu lagi. Wassalam.