Seorang hamba Allah, menadah tangan lalu berdoa
“ Ya Allah , tambahkanlah ilmu di dadaku, berikanlah kefahaman kepadaku, permudahkanlah urusanku sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha mengasihani “
Lalu dia pun memulakan sesi ulangkajinya. Tekun sekali. Terlalu tekun. Namun hati masih berdebar, ragu-ragu, mampukah dijawab semua soalan yang bakal dihadapinya dalam peperiksaan. Semakin singkat masa yang ada, semakin berdebar. Semakin gelisah. Semakin meronta-ronta hatinya.
Yang diceritakan di atas bukanlah cerita rekaan saya, perkara yang benar, yang seringkali berlaku dan mengundang setiap insan terutamanya para pelajar yang berada di dalam musim peperiksaan. Adakah perkara ini normal? Adakah perkara ini positif ? Ya, sehingga ke satu peringkat perkara ini masih normal dan masih positif dan sentiasa mengunjungi sesiapa sahaja di muka bumi ini.
Cumanya diri yang kerdil ini terfikir, sampai bila perlakuan kita untuk belajar bersungguh-sungguh didorong oleh rasa “gelabah” nak exam? Rasa “ takut tak boleh jawab “ ? Rasa perasaan tak sedap hati dan sebagainya? Saya nampak di sini, for long term survival untuk ilmu yang dibaca apabila didorong oleh perkara-perkara tersebut , adalah sangat rendah potensinya. Atau dengan kata lain, ilmu tu pergi bersama helaian kertas peperiksaan. Habis exam, semua dah tak ingat.
Ruginya pada masa yang telah dihabiskan pada benda yang tak kekal lama. Alangkah rugi bila kita terlupa, sebenarnya perasaan yang mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh itu lahir dari pertolongan Allah.Ruginya kalau kita lupa yang kita seringkali minta Allah untuk tolong kita fahami ilmuNya [ dengan doa kita ], tapi kita lupa nak realise yang Allah sedang menolong kita ! Kita lupa yang Allah sebenarnya berikan perasaan dan kesungguhan untuk kita belajar, Ya, definitely itu adalah pertolongan dari Allah.
Kalaupun kita sudah sedar bahawa semua ini tak lain tak bukan pertolongan dari Allah, maka persoalan yang perlu kita timbulkan pula adalah sudahkah kita bersyukur untuk itu. Makin bertambahkah rasa kasih dan keyakinan kita pada Allah yang Maha Pemberi . Janganlah terlalu mementingkan diri, berterima kasihlah kepada Allah yang tidak pernah meminta apa-apa malah memberi nikmat kepada kita tanpa ada putusnya. Bersyukurlah pada pertolonganNya, jadikan setiap usaha kita sebagai ibadah kepadaNYa.
- Jangan lekangkan mulut pada ucapan Alhamdulillah, setelah menelaah.
- Jangan lewatkan masa kita berjumpa denganNya ( solat ) .
- Jangan ada walaupun sedikit rasa kedekut masa untuk menjalankan tanggungjawab atau untuk mengamalkan perkara sunnah kerana takut masa tidak cukup untuk study.
Kalau kita benar-benar rasa study kita itu sebagai satu ibadah, maka realisasikanlah. Hakikatnya setiap ibadah yang ikhlas yang dilakukan takkan menjauhkan lagi diri kita padaNYa. Jom kita sama-sama muhasabah, adakah study kita membawa kita lebih jauh atau lebih dekat padaNya.
