Saturday, November 6, 2010

Wahai suami, hargailah pengorbanan isteri2 (?) anda..

Kini sudah genap 3 minggu aku berkomplot dalam dunia psychiatry. Dunia yang jauh berbeza dari duniaku kini ( obviusly la, kalo sama, sure aku dalam ward jugak ). Hari2 yang sukar kujangkakan cuacanya. Kadangkala mendung if aku kene jumpa dengan patient depression, or kadang2 ceria mendengar pembohongan besar yang dilakukan oleh orang2 mania ( gila ). Sungguh tragis.

Mungkin takdir telah mengatakan bahawa aku lebih banyak berjumpa, berbual dan cuba menyelami hati dan perasaan insan2 yang mengalami tekanan dalam hidup mereka. Bila tekanan yang terlalu teruk, mereka sudah hilang kawalan dan pertimbangan diri untuk terus hidup, untuk "enjoy" their own life. Sadis kan.

Ditakdirkan juga, ramai di kalangan mereka dari kalangan wanita. Simpati pada setiap titisan air mata yang mereka curahkan kerana penderitaan yang di alami. Simpati pada setiap ucapan "hopeless" mereka pada kehidupan. Namun tiba2 hati ni rasa terbakar- apa taknya setelah mendengar penderitaan mereka disebabkan oleh "suami2 dayus!!" . Oh please la para suami, please be a real Man.

Betapa gamaknya seorang suami untuk berlaku curang kepada isteri. Isteri yang penat lelah bekerja membantu beban suami, pulang ke rumah menjaga dan melayan suami dan anak2. Si isteri plak, setelah perkahwinan menikahkan seluruh kehidupan peribadinya kepada perkahwinan. Hmm.. ntahlah, nak komen lebih2 pun tak tahu sgt. tapi basically rasa sedih la mendengar tingkah laku suami yang selalu menyakiti isteri dan tidak menjaga hati isteri. ..

Sedih. sedih. dan sedih. But I know, bukan semua suami cenggitu. Suami soleh banyak je di muka bumi ni, Alhamdulillah. Anda pula bagaimana?

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)

take home message : kesian patient2 saya kene buli ngan suami mereka. maaflah entry yg lari dari tajuk sikit. biasa la tu.. heheeh