Wednesday, March 23, 2011

Berapa kali nak memperbodoh dan diperbodohkan?

Salam.. fuiyyo tajuk ganaz. tapi tu la hakikatnya. naik mual baca spekulasi2 media ttg politik tanahair yg balik2 memperkenalkan isu-isu seks dan seterusnya memperbodohkan org lain. Dah le sikit2, bosan kot. Naik turun naik turun court- duit rakyat juga yg diperabihkan. Ramai org keja siang malam sampai keluarga terabai, apatah lagi kesihatan - untuk menyara hidup dan berbakti kepada negara terchenta dengan membayar tax- dan akhirnya duit tersebut digunakan utk bayar mahkamah yang tak selesai2. Udah2 ler tu.. perabih boras ja.

Tidak dinafikan- Zina itu haram. itu termaktub dalam al-quran. Tp banyak lagi benda lain yg haram seperti Riba, tidak mengaulakan hukum Islam dan sebagainya yang lagi berleluasa daripada isu sumbang skandal seks yang tak habis2 yang ntah betul entah tidak dan akhirnya menjadikan rakyat jelata terus mahu tutup telinga dan pejam mata kerana "kekotoran" dunia politik.

Bagi yang celik dan nak fikir, motifnya jelas sekali kenapa perkara sebegini terjadi. Jgnlah kita tergolong dalam golongan yang terus diperbodohkan. Masyarakat dunia telah menunjukkan suara rakyat mereka. Malaysia bila lagi? Keluarlah mengundi dan undilah org yg betul. ( hahaha, ala2 ahli politik plak )

p/s: serius nak muntah hijau baca paper. deh

Thursday, March 17, 2011

[ Kisah Seram ] Pronouncing death

Salam.

Seriusly random giler entry aku semenjak dua menjak ni. Stress induced kot. Nak final ni macam2 yang terpikir...

Oklah, sekadar nak share my experience time buat subintern. Time tu ikut intern aku oncall. Dapat bleep dari ward.Sorang patient telah meninggal. Seketika kemudian, kami pun tiba di tempat kejadian. Tugasnya hanyalah untuk mengesahkan kematian.

Time tu dah around pukul 9 mlm. Malam sunyi dah syahdu sebab semua visitors dah balik... Then intern aku tanya. Pernah pronounce death tak sebelum ni? Aku dengan muka letih dah blur cakap. "Tak pernah. macam mana tu?"
Intern aku " come on, take the glove "..
Aku pun ikut dia. Dup dap dup dap.. berdebar2 hatiku. Kami makin menghampiri curtain tempat kejadian. Aku dalam hati berbisik " eh nak baca doa apa ek utk org mati ni, mesti ruh dia tgh tengok apa aku buat.. erk, tapi dia org kafir.."
Kami masuk. Huish, meremang bulu roma aku. Penah ja tgk cadever sebelum ni dan bermandi dgn lemak cadever kat dissection room tu, tapi kali ini perasaan aku agak suspen. Dupdap dupdap..
Mayat tersebut kaku, pucat, seorang tua yang sgt kurus.. "Kullu nafsin zaaiqatul mautt.." aku membisikkan kepada diriku. " Macam mana la agaknya aku mati nanti?" hatiku terus berbisik.
" Ok now, what to do to confirm this?" intern aku memecahkan kesunyian.
Aku dengan sengih kerang busuk menggelengkan kepala - aku ni penakut, dok soh aku plak.
Pastu intern aku dgn pasrahnya tunjuk- check pupil reflex, pastu corneal reflex, pastu auscultate heart, then check pulse.
" Ok, now you do it "
Waaaaa.. hatiku dah mula mcm nak lari. Aku pun start with inspection, pale, stiff, palpate- cold. tgk la pupil dia, mmg dah takdak sinar mcm org hidup, check corneal reflex, takdak jugak. Pastu aku just mention i would like to auscultate the heart ( mengelat utk steteskop aku terkena mayat ), then lastly feel the pulse. And guest what? I can feel the pulse!!! Oh no. aku yang sedia kecut ni tros terkecut.. cuak giler. tapi aku maintain je depan mayat tu...

Kat Nurse Office aku memberanikan diri aku tanya intern aku, manalah tau sebenarnya mayat tu masih hidup ( hahaha, ntah hapa2 la aku ni ).
Aku : "Can u feel the pulse just now?"
Intern : Ofkos not
Aku : I think I could feel the pulse ( sambil buat muka cuak )
Intern : that's because you are nervous and you feel your own pulse.
Aku : <>

Hoho. Malam tu aku balik umah kol 11 mlm tunggu bas sorang2 sampai 1130. Allah saja yang tahu perasaan ini.

P/s: sepatutnya pengajaran yg perlu di ambil adalah, bilakah saat kita pula dan bersediakah kita menghadapi kematian. Bukannya cerita penakot ini. Full stop.