Saturday, June 6, 2009

Berkomunikasikah anda?



Alhamdulillah..

Begitulah permulaan yang paling cantek. permulaan pada sebuah kesudahan. Kesudahan rotation bersama team surgery yang digeruni; oleh saya. Haha. juga oleh sesetengah patient, dan mungkin intern juga. 2 minggu rotation, rasa mcm dua bulan. Penuh dengan cuak. cuak dari segala sudut. Walaupun consultant tu adalah sgt bagus dari segi teaching, namun tak bermakna dia tidak digeruni.

Alhamdulillah, banyak juga belajar secara intrinsic juga extrinsic. Haha. tapi yang top 10 nyer adalah belajar menebalkan muka kene marah even depan patient. Tapi tak kesah sangat coz patient pun tebal muka juga kene marah depan aku. keskes.

Betapa consultant aku digeruni oleh semua sehingga ahli team lain menunjukkan simpati mereka kepada student2 yang bakal dibelasah setiap hari tatkala membuat ward round bersama beliau.
sampai SHO n Reg aku pesan. " kalau dia tunjuk je CT scan nanti, tgk liver-> tgk spleen --> tgk liver --> tgk spleen, pastu tengok pancrease. Kalau dah tak nampak apa-apa sangat, jawab je dilated bile duct" .

Bukanlah tujuannya nak menceritakan kisah Surgeon tu, tapi mahu berkongsi apa intipati yang keep berterbangan melayang2 dalam fikiran ini. Aku belajar betapa pentingnya komunikasi dalam hidup manusia. Kita mungkin seorang yang berbakat dalam berbagai sudut, tapi kalau komunikasi kita out, maka anda hanya membuatkan orang lain susah.

Berapakah pentingnya komunikasi yang berkesan bagi anda?

Bagi sy, mungkin mencapai 80-90%. Hidup ini bukanlah kita sorang-sorang. Kita hidup dengan manusia lain, hidup kita saling memerlukan antara satu sama lain. Seorang doktor memerlukan pertolongan seorang nelayan untuk menangkap ikan untuk keperluan hidupnya manakala seorang nelayan memerlukan doktor apabila sakit.

Tuhan telah menciptakan kehidupan kita yang saling bersangkut paut dengan manusia lain, supaya kita jadi tidak selfish, supaya kita lebih sayangkan orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sini. Tapi malangnya ramai yang terlepas pandang perkara ini. Ramai yang rasa dirinya lebih diperlukan daripada orang lain.
Begitulah seadanya. Manusia selalu lupa. Selalu juga terlepas pandang.

Ok, kembali semula kepada tajuk, Bagaimana nak evaluate adakah kita ni komunikasinya bagus?
lihatlah orang sekeliling anda. Kalau tak tahu, mintalah pendapat atau feedback daripada orang lain. Jangan sampai org lain rasa menyampah / malas untuk berurusan dengan anda.

Sesungguhnya entry saya kali ini mencapah2 , ntah sampai maksud ke ntah tidak. huhu. satu contoh komunikasi tahap nak fail. Tapi apa2 pun, mohon dicari barang secubit dua moral of the story from this entry so that takdelah sia2 ja baca!

6 comments:

Park Chick said...

moral yang pakcik dapat;
1-marah bukan tandanya benci
2-diam bukan tandanya tak berisi
3-bercakap biaqlah berisi
4-bekerjalah seikhlas dan sepenuh ati
5-berkomunikasilah dengan pekerti
6-hidup tak perlu susah ati
7-hebat orang yang suka merendah diri

pck-banyak pengajaran ceghita ni

naja tun said...

ramai manusia boleh bercakap, tapi xramai yg boleh berkomunikasi..termasuklah aku..huhu..

ika mioka said...

Park Chick :

sure dapat markah penuh kalo dalam peksa. haha. banyak plak point nyer


Naja Tun:

practice make perfect! kesediaan utk kita berubah tu sgt penting jika mahu berjaya.

Unknown said...

power ah tu hang still bleh bernafas sampai skarang...baguih ah dia garang, hg skarang sure paham pasal hepatobiliary kan kan?

ika mioka said...

haha. hapai soalan lazim dia ja

Farid Rashidi said...

Assalamualaikum,

Antara faktor keberkesanan dakwah ialah komunikasi..ya, berhikmah.

Oleh itu, saya menjemput anda ke rumah saya agar boleh membaca, menjawab soalan dan bertukar link.