Jika kita telah diamanahkan sesuatu tugas, maka laksanakanlah. Jangan biarkan orang lain menanggung tugasan kita.
Jika kita berjanji dengan orang lain, maka tunaikanlah, jangan biarkan orang lain menunggu kita untuk tunaikan janji.
Terlalu banyak perkataan jangan yang saya utarakan. Namun mungkin ramai yang tidak gemar perkataan "jangan" kerana ia seakan2 mengongkong. Tetapi ingat, tidak semua istilah jangan bermaksud mengongkong. Jangan itu mungkin bermaksud istilah tegas, sebagaimana perkataan "la" yang bermaksud jangan dalam Al-quran. Larangan tegas dan keras bagi manusia yang faham.
*********
Manusia, tidak pernah dibiarkan tinggal berseorangan di bumi Tuhan. Kita hidup bermasyarakat. Saling memerlukan. Manusia lebih merasa mereka memerlukan orang lain tanpa rasa mereka diperlukan. Akhirnya, timbullah sifat pentingkan diri sendiri- yang hodoh lagi busuk. Hodoh untuk dipandang dan busuk untuk dihidu. Sifat ini bukan sahaja menyakitkan mata orang yang memandang, malah mencemarkan deria bau manusia lain.
Maka, untuk memudahkan kerja manusia lain di alam sejagat ini, marilah kita berusaha menjadi manusia yang harum dan cantik dengan mengikis daki "pentingkan diri sendiri"
Ayuhlah bermuhasabah dan tingkatkan darjat kita di sisi Tuhan.
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.. Maka orang yang bertakwa sudah pastilah takut untuk menyusahkan hidup orang lain dengan mementingkan diri sendiri.
wallahu a'alam.

2 comments:
ika, mane ruang shoutout kau ni? dah takdek eh? aku baru nak suruh kau report secara specific! :D
hahaha. aku tak benarkan orang menjerit2 kat blog aku
Post a Comment