Rindu untuk menulis menggamit hati saya untuk menjenguk blog ini; tanpa sedar sudah lama rupanya saya tidak singgah sebentar sambil menukilkan secebis idea juga berkongsi seulas rasa. Terlalu banyak peristiwa dan episod hidup yang seringkali mengisi hari-hari yang berlalu;tanpa disedari menjadi memori yang mungkin mendidik jiwa untuk menjadi lebih matang dan bersangka baik padaNya.
Ujian demi ujian mengisi hari-hari lalu. Kadang-kadang terfikir jua pada reliti diri. Mampukah keredahi setiap ujian yang seringkali bertandang? Mampukah kugalasi bebanan yang datang tanpa kuundang? Sungguh tidak adil bagiku mempertikaikan rencana Tuhan. Namun, itulah yang berlaku pada diri yang penuh alpa lagi penuh hina ini.
Itulah hakikatnya. Bila kita diuji.. barulah kita tahu teori dan praktikaliti. Bila kita diuji, barulah kita sedar pada hakikat diri.
Bukannya mudah untuk mendidik diri menjadi tabah, bukannya mudah mengajar diri pada erti redha.Juga begitu sukar untuk mendidik hati ke arah sabar, apatah lagi mengajar diri pada hakikat keikhlasan.
Tapi, itulah tuntutan di sebalik setiap ujian. Kita diuji supaya kita tabah. Perkataan yang begitu mudah untuk diungkap;namun tabah itu terlalu rapuh- hanya mampu dibimbing oleh keikhlasan kita pada Tuhan, kesabaran dan jua kecekalan.
Ingatlah wahai diri, kamu tidak diuji hanya untuk sia-sia. Renunglah wahai diri, Tuhan sedang berbicara denganmu pada erti redha dan keikhlasanmu padaNya.
Firman Allah Taala:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." Surah Al-Ankabut ayat 2-3 .
Di kesempatan ini, saya panjatkan doa kepada sahabat2 pembaca, yang mungkin dikala ini sedang diuji, yang telah diuji atau bakal diuji; moga kita tergolong dalam golongan yang benar, dan bukanlah dari golongan yang dusta.
Juga khususnya kepada sahabat-sahabat yang pernah mengisi ruangan "poll" di sebelah. Moga perjalanan hidup kita dipermudahkan dan diredhaiNya.

4 comments:
Salam..
Ya ukhti..semoga terus tabah menghadapi ujianNya..bukankah ujian itu bertujuan utk meningkatkan martabat seseorg? hanya jika kita mampu menghadapinya..Sesungguhnya Allah amat menyukai org2 yg sabar =)
ya Ukhtie.. terima kasih banyak2 atas nasihat enti.. ;D
teringt lagu mestica- rahmat ujian..
huhu..besh!!
Assalamualaikum Ika! (^^,)
Kami rindu..
Post a Comment