Friday, February 27, 2009

Malaysia is a journey , not a destination


Cuti Musim panas bakal tiba tak lama lagi. Berbondong-bondonglah student Malaysia di sini men"survey" tiket. Mahu pulang ke kampung halaman, menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara. Tidak kurang juga pada mereka yang masih dalam dilema , mahu pulang ataupun stay sahaja di sini menimba pengalaman di negeri orang.

Malaysia, sebuah negara kecil di benua Asia. Negara yang dulunya indah permai, terkenal dengan kisah Parameswara dan anjingnya. Terkenal dengan tradisinya, sopan santun dan tulus masyarakat Melayu menggamit seribu satu pintu rezeki.

Kini, Malaysia juga masih ada kisah popularnya. Menara KLCC, menjadi kebanggaan jua tempat berteduh pasangan-pasangan yang sedang mabuk dilamun cinta. Pantai yang bersih , biru menghening namun seringkali dikotori najis maksiat ciptaan manusia.

Oh Malaysiaku, tempat di mana aku mengenal erti Islam, menelaah erti hidup, jua belajar erti perjuangan. Terlalu banyak yang boleh kubanggakan denganmu , namun lagi banyak yang kukesali atas apa telah yang berlaku. Kekesalan bukanlah untuk meratapi kejadian yang telah berlaku, sebaliknya kekesalan yang harus hadir bersama roh perjuangan.

Perjuangan yang kugambarkan tiada kesudahan, biar mati, tukar silih berganti tujuh generasiku.
Oh Malaysiaku, di sana masih banyak lompong kekosongan, pada pemikiran manusia, pada sistem kehidupan jua. Sistem yang harus dan seharusnya selari mengikut kehendak Penciptamu, oh Malaysiaku.

Cinta pada tanah air ini tidak pernah lekang, biar berjuta batu kulangkah. Bukan untuk aku menggarap "asabiyah" tetapi aku yakin, itulah tempat bakal bermulanya sebuah harapan. Kuharapkan titisan keringat dan doa yang sekelumit pasir di pantai mampu kuhimpun menjadi sebuah bangunan yang kukuh dan utuh, menjadi benteng jua tempat berteduh buat orang-orang beriman.

p/s: penulis sedang berkira2 utk pulang atau tidak summer ni. adeh

6 comments:

Anonymous said...

ika, sila pulang.. lama tak jumpa (^^,)

ika mioka said...

kalau balik nak soh amal buat kek coklet spesel ok.

Anonymous said...

Assalamualaikum. ika... balik lah malaysia summer ni k....
Ada rezqi, kita jumpa, Murah rezqi, dapat makan free =)

P/s: Muhammad al-Athiq bin Marzuki

ika mioka said...

yey, dapat makan free. :D

HANIS NASA said...

salam..
kak ika,,sehat??kalo balik msia jemput la dtg umah hehehe

btw:setju yg msia masih banyak lompang2 kosong.as new generation,,we have to be prepared to fill that.kene berfikir scr kritikal dan kurang kn mende2 lagha (nasihat utk diri sendiri jua).may Allah gives us the strength.. ameenn...

Anonymous said...

Atika,
Jika dulu kita bersummer di Kuantan, jomla kali ini bersummer di Penang. (kerana kita xde cuti, huwaaaa).
Mehla balik, manela tahu ada kawan kita belanja nasi minyak nanti.hehe :D..windu padamu..