Friday, December 5, 2008

Entry Aidul Adha : Manisnya pengorbanan.


Entry ini mungkin sedikit awal, namun bahang Eidul Adha atau sinonim dengan Hari Raya Korban / Haji sudah mula terasa. Siapa tak gembira, menunggu hari-hari kemenangan dalam Islam. ;)

Soal manisnya pengorbanan

Korban itu suatu isu yang besar bagi saya. Ya, terlalu besar. Korban memberi maksud kita sanggup menggadaikan kepentingan kita untuk sesuatu tujuan lain. Saya pernah mendengar ceramah mengenai pengorbanan; ada dua persoalan yang ditanya oleh penceramah :
  1. contoh seorang yang mahu berkorban. sekiranya dia ada RM10 , dia memberikan RM2 kepada fakir miskin. Adakah itu namanya pengorbanan? atau itu sumbangan ?
  2. sekiranya dia hanya ada RM 10 dan di sedekahkan kepada fakir miskin tadi kesemua yang ada , adakah itu yang dinamakan pengorbanan?
Saya tidak mahu menjawab soalan tersebut, biarlah pembaca menilaikannya sendiri. Kalau erti pengorbanan seekor lembu adalah sampai tahap dia disembelih dan dilapah dagingnya, maka saya kira sudah tentu kita sebagai manusia, secara logiknya perlu lebih dari itu.

Mungkin ada persoalan yang saya selalu timbulkan kepada diri sendiri, dan saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabt saya yang membaca entry ini.

  • apakah definisi pengorbanan harta benda kita kalau kita selalu berfikir-fikir untuk menyumbang kepada sesuatu, takut2 nanti tak cukup untuk ditinggalkan untuk diri.
  • apakah definisi pengorbanan diri kita kalau kita takut kalau-kalau kita letih untuk keluar untuk menyebarkan ajaran Allah, ataupun kita takut dibenci masyarakat kerana menegur kesalahan orang lain?
  • apakah definisi pengorbanan masa kita, kalau sejam dua dalam 24 jam, kita rasa lokek utk beribadat kepadaNYA mahupun bangun malam , ataupun berfikir soal kemaslahatan orang lain, ataupun untuk meningkatkan usaha mengenal agama yang sedang kita anuti.
  • Bagaimana pula pengorbanan harta kita membeli barangan kehendak hati bagai nak rak ketika sales, dan pengorbanan tenaga kita ber " window " shopping sehingga jatuh tersungkur [ shop till u drop huhu ] dan juga pengorbanan masa kita untuk membuat sesuatu yang hanya memuaskan hati kita sahaja ? adakah itu pengorbanan yang dituntut ?? atau kita sedang berkorban untuk melayan sesuatu yang lain i.e nafsu etc ??
Banyak lagi persoalan lain dan saya tidak mahu memanjangkan entry ini dengan seribu satu persoalan. Dan apa yang saya ingin tekankan di sini, pengorbanan itu pada zahirnya bakal menarik kesenangan duniawi yang kita ada, tapi pada hakikatnya, MasyaAllah, kesan pengorbanan itu adalah pada kemanisannya yang terlalu tinggi, dan yang best nya kemanisan itu bukan untuk kita sahaja, tapi untuk orang-orang yang kita sayangi, untuk orang kita cintai, juga untuk semua orang.



Akhir kalam, kalaulah teori saya bahawa seekor lembu itu benar-benar tahu betapa manisnya pengorbanan; maka pada saat itu manusia yang tidak mahu berkorban- adakah lebih bawah tarafnya dari lembu tersebut ? ( jawablah sendiri ;) )

p/s : salam eidul adha kepada semua. Jom cari kemanisan dalam pengorbanan.




No comments: