Sunday, December 21, 2008

Entry koleksi : pulangnya seorang pedagang


Pulangnya seorang pedagang…

Pulang ke negeri asing,

Seorang diri,

Dia; tiada berteman..

Pulangnya seorang pedagang..

Pada hari yang tak pernah difikirkannya..

Mahu sahaja terus dirinya berdagang..

Mencari emas, intan dan permata,

Buat isteri dan keluarga tercinta..

Pulangnya seorang pedagang..

Pada bumi asing..

Di sana,

Tiada sanak saudara,

Tiada keluarga tercinta..

Pulangnya seorang pedagang..

Ke bumi itu..

Dia tahu kisah bumi itu..

Tapi seringkali dia terlupa…

Leka pada untung dan laba..

Pulangnya seorang pedagang,

Hatinya sepi..

Hartanya tiada lagi di sisi..

Dia tidak punya apa-apa lagi..

Kini dia sedar,

Dia bukanlah pedagang yang kaya..

Dirinya hanyalah seorang hamba,

Hamba yang tak punya apa-apa..

Kini dia sedar,

Tuannya memiliki segala..

Dia terlalu leka pada kemanisan dunia..

Kini dia sedar,

Seribu satu penyesalan mencengkam..

Dia meraung, meminta-minta..

Supaya dicampakkan semula,

Dirinya ke dunia..

Dia mahu berdagang, kerana Tuannya..

Alangkah malangnya..



komen : ingatlah, setiap saat yang berlalu pasti mendekatkan diri kita pada kematian. bersediakah kita?



No comments: