Hari tu mak suruh aku buat karipap. Mak kata dia rasa macam nak demam, tapi kalau maksu datang bagi juadah berbuka nanti takde apa pulak nak bagi. Aku merungut. “ Mana cik gheti buat karipap”. Muncung mulutku beberapa inci. Mak kata takpa, nanti mak ajar, sambil tu mak duduk atas kerusi dan menongkat kepala dengan tangannya. Pening kot. Bisik hati kecilku. Aku pun cuba buat karipap ikut arahan mak, boleh tahan karipap yang aku buat. Tapi mak kata bentuk dia macam dinosaur. Huhu..Ada benarnya juga sebab karipap aku buat besar-besar belaka.
Malam tu mak minta aku tak naik atas surau untuk tarawikh. Mak minta temankan dia. Dia rasa tak sihat. Dia rasa takut. Aku pun temankan mak. Kami sembang-sembang tentang mimpi. Habis segala mimpi diulas.
***
Bila malam hari raya, pukul 3-4 pagi, dengar ayah ketuk pintu. “ Cepat-cepat mai tengok apa jadi kat mak hang ni” . Aku bersama kakak-kakak aku terkebil-kebil berlari ke bilik mak. Kami tengok mak menggigil-gigil sambil mengucap dan berzikir. Tak lekang mak sebut “ Allahu akbar , Allahu Akbar “ .
Semua orang tergamam, kami semua jadi blur. Abang start enjin kereta, bawa mak ke hospital. Kami yang lain ikut dengan kereta satu lagi dari belakang. Masa tu, tak tergambar betapa tergamamnya aku, berdebar pun ada, sedih pun ada. Air mata memang tak henti-henti mengalir. Ditambah pula bila dengar lagu sayu siti nurhaliza. Memang berjurai air mata mengalir.
Bila doktor cakap mak kena serangan angin ahmar, aku cuma berharap satu ja, moga mak cepat sembuh. Masa tu aku memang tiada sebarang idea apa itu angin ahmar.
Mak terpaksa di tahan di wad. Hari raya tahun itu, kami raya di hospital. Mak minta dibawa baju rayanya . Mak nak pakai baju rayanya yang berwarna hijau .Abang bawa baju raya mak ke hospital. Sanak saudara pun datang beraya dengan mak di hospital. Ramai yang nangis-nangis bila bersalam dengan mak. Masa tu mak dah tak boleh cakap dah, dan mak lumpuh sebelah badan.
Mak pernah cerita , katanya dia mimpi orang curi tangan dia. Dua tiga hari lepas tu peristiwa ni berlaku. Lama juga mak di hospital, selepas 20 hari lebih di hospital, mak dah nampak tanda-tanda nak sembuh. Kami gembira, mak pun gembira. Mak dah boleh sebut “ a, e , i, o , u “ walaupun sedikit terpelesong. Mak suruh aku ajar dia baca yassin semula, baca lima ayat, lepas tu mak penat dan minta berhenti.
Aku kagum dengan mak , semangat dia tinggi. Aku yakin mak akan pulih seperti biasa. Aku doa moga-moga mak cepat sembuh.
Petang tu, mak ada cakap sesuatu, “ Malam ni.. malam ni..” aku tanya mak, Malam ni apa mak ? .. Mak diam dan pandang ke tingkap. Aku blur. Mak nampak aku beli shampoo baru. Mak kata mak nak pakai shampoo tu. Mak nak mandi bagi wangi. Katanya dia busuk peluh. Aku basahkan rambut mak dengan shampoo baru, mak suka sebab bau dia wangi.
Ditakdirkan Allah, petang tu, aku tak berapa sihat. Mungkin dah lama tidur tak menentu di hospital. Aku minta kakak datang, ganti tempat aku dan aku balik ke rumah. Lepas aku salam dengan mak, aku balik dengan abang.
Aku tidur di rumah Tok lang malam tu. Tak sempat aku lelapkan mata, terdengar suara lelaki memberi salam. Kami turun dari bilik dan tengok abang tercegat di pintu. Abang kata kakak call dan suruh kami datang ke hospital as soon as possible.
Entah kenapa aku rasa kereta abang bergerak teramat slow . Hati ini meronta-ronta. Cepatlah sampai ..cepatlah sampai. Abang kata don’t worry, mak ok je. Tapi aku teringat dialog mak petang tadi. Dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa, moga Allah berikan yang terbaik buat mak. Seandai ditakdirkan mak meninggalkan kami, permudahkanlah perjalanan sakaratul mautnya.
Bila aku buka pintu kereta sebaik sampai, tiba-tiba handset di tangan berbunyi. Kakak cakap, bila nak sampai, mak dah takda.. Masa tu Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku terus lari. Tak kisah la orang nak pandang macam mana pun time aku lari tu. Aku pun taktau apa tujuan aku lari.
Bila sampai di bilik mak, maksu dan kenalan mak ada di situ. Aku dah tak dapat kawal air mata. Mengalir deras sangat. Mak su peluk aku, dia kata takpa, mak pergi dengan mudah. Tapi aku tetap nak nangis, sebab mulai saat ini aku dak takda seorang insan bergelar ibu. Maksu suruh aku pergi tengok mak, wajah mak tenang, Alhamdulillah. Segala bisa kesakitan yang mak tanggung selama ini sudah diangkat.
Masa tu, barulah aku faham kenapa mak simpan dokumen-dokumen pengurusan jenazah aku yang ikut di sekolah dulu. Masa tu baru aku faham kenapa mak suka paksa aku masak kebelakangan ini, sebab aku memang tak pandai memasak. Masa tu barulah aku faham kenapa mak merungut itu dan ini, berpesan itu dan ini. Barulah aku faham.
Jenazah mak kami mandikan dan selamat dikebumikan. Pokok bunga kesayangan mak kami tanam di tepi pusaranya, moga jadi penanda tu pusara mak kami. Aku kini perlu teruskan hidup aku tanpa mak.
Tapi itu hanyalah pemikiran aku pada waktu itu. Ternyata, aku kini masih hidup dengan kenangan kenangan indah yang mak tinggalkan. Dengan segala macam pengajaran yang mak ajarkan. Subur semua pesanannya. Seringkali menemani aku. Ternyata aku kini lebih menghargai setiap pesanan ibu bilamana ibu dah tiada ! aneh betul kan ?
Hari raya kembali lagi, setiap kali hari raya kembali memori ini pasti menggamit perasaanku. Ibu, tiada apa yang dapat kuberikan kepadamu selain daripada doa dan pengharapanku pada Nya. Ya Allah, Engkau yang menciptakan untukku seorang ibu yang sangat istimewa, Kau jadikanlah dia antara insan yang istimewa di sisi-Mu. Ameen.
10 comments:
Salam
Syahdu dan sayu betul kisah saudari... Moga Allah merahmati dan memberikan ganjaran Syurga buat ibu saudari dan seisi keluarga...
Berlinangan air mata ini mambaca kisah ini tetapi Allah Maha Mengetahi hikmah segala apa yg dikurniakan olehNya dan dikembalikan kepadaNya...
Betapa tabahnya saudari... Alhamdulillah... Moga-moga diri ini mendapat perlindungan, kasih sayang dan kekuatan olehNya seperti mana saudari dan mereka-mereka yg dekat disisiNya... InsyaAllah...
Pesanan saudari akan saya pegang... Terima kasih...
Doa saya buat saudari dan ibu saudari akan kekal dimulut dan dihati InsyaAllah...
Salam
"Musafir di Taman Mawar" (mengharap pedoman, didikan dan ditunjukkan jalanNya... dengan keindahan dan haruman sekuntum mawar... Ciptaan Allah Yang Maha Esa...)
Jazakillah cik Rosa, atas sokongan kata-kata semangat yang diberikan. moga Allah memberkati kehidupan cik Rosa sekeluarga. Jzk again.
salam ..
saudari ika,antara orang yang saya kagumi..
tabahnya anda tak semungkin saya setabah itu..
seperti cik rosa, air mata juga menemani saya,
salam dr Malaysia...
Masih ada lagi bende yg ko boleh beri pada arwah mak kau which is doa. Teruskan semua amalan baik/amal jariah yang arwah mak kau pernah buat dulu,semoga pahalanya berterusan. Everything yg happen comes with a hikmah. So don't worry ye cek.Terima kasih kongsi cerita ngan kami. - xoxo-
salam.
kak ika, sy speechless. subhanallah. dh lama sy terasa mcm nk berkongsi pengalaman sndiri tapi masih tak berupaya nak mengarang. rasa cm perit bile recall the past.tp yela, it's for us all to learn. blaja dari kematian tu mmg dituntut kan.
dan sy sgt terharu dgn perkongsian akak ni. terima kasih yeh. teruskn menulis tau akak. moga Allah pelihara ibu bapa kita & menempatkan mereka di jannahNya. amin..jom jadi anak solehah!
wallahualam.
salam syg dari,
adik usrahmu =)
thanks to cik mon mon, adik usrahku, dan sahabatku atas doa dan support kalian. tak terhitung nilainya tu. moga Allah memberkatinya
deeply from my heart : thanks so much.
it is beyond words, ika.
Allah sayang Ika dan arwah ibu, selalu selalu.
sayang ibu ,syg terhebat didunia...kasih syg ibu kasih yg tepu tapi kasih syg Allah 70kali kasih syg seorang ibu.xtergambar hebatnya kasih syg Allah pada makhluk-Nya.
Salam,
Dear atika, ur story mmg touching. Hasilnya, kau memang sangat pandai masak sekrang!! oh,inilah rahsianya Bibik Suria! hehe:)
Take care!!
* Bilala lagi aku dpt rasa masakan kau...
huhu, rindu sama bibik yati dan bibik2 yang lain. bila kita bakalan ketemu.. hahah
Post a Comment