Monday, January 31, 2011

Sesungguhnya Allah bersama kita.

Mulanya sedikit bimbang ( mungkin banyak ) memikirkan keadaan kawan2 saya di Mesir, setelah membaca tulisan2 blog dan sebagainya. Tak dapat dibayangkan betapa risaunya sanak saudara apatah lagi ibu bapa yang mempunyai anak2 yang menetap di bumi Anbiya itu.

Satu demi satu nombor telefon kawan2 saya, saya dial- Alhamdulillah berjaya menembusi 2x. Managed to talk to them, Alhamdulillah to hear bout their condition at the moment, eventhough they themselves don't know what's gonna happen next.

Manusia merancang, tapi perancangan Allah paling aula. From the conversations, I could say nothing much we can contribute physically. Duit pun diorang takleh nak amik kat ATM, kedai tutup, takleh kuar bla2. Pelajar2 rumah sewa telahpun di pindah ke asrama, di mana keadaan di sana lebih terjaga dibandingkan dengan tinggal di rumah masing-masing.

Dari apa yang saya dapat, InsyaAllah keadaan terkawal untuk student Malaysia, yang penting dan mampu untuk semua orang buat adalah berdoa kepada Allah , moga Alllah sejahterakan keadaan mereka dan permudahkan segala urusan mereka untuk dipindahkan sekiranya keadaan memerlukan. Sesungguhnya Allahlah sebaik2 pelindung. Ya Allah selamatkanlah sahabat2 saya di sana.


p/s: tetap merasakan kerajaan yang zalim patut dirobohkan. dengan cara apa? terpulanglah. mungkin rakyat di sana sudah lama menderita di bawah pemerintahan Hosni yg diktator. Berundur sajalah..

Thursday, January 27, 2011

Your Unique Differential Values

Setiap manusia dijadikan berlainan. Bermula dari struktur genetic yang sememangnya lain, menjadikan kita tidak serupa. Even monozygotic twin yg dikatakan mempunyai identical gene juga, mungkin ada mutation di mana2 or at least getting different intensity of exposure from the environment menjadikan kita adalah kita. Maha suci Allah yang menciptakan kita semua berlainan.

Memandangkan kita adalah kita, tentunya ada kelebihan dan kekurangan. Di situlah adanya " differential values" tersendiri. Orang yang pandai memanipulasikan differential values mereka akan nampak lebih tertonjol dari yang lain. Mungkin kita lebih tahu apa yg kita lemah, apa yang kita pandai.


Skop pemikiran yang terlalu exam oriented menjadikan kita hanya tertumpu kepada hanya beberapa perkara. Orang yang excel exam dikatakan bagus, pandai, terbaik dan segalanya. Hakikatnya, dunia kita lebih luas. Lebih luas dari dunia akademik. Ntahlah, kadang2 kehidupan manusia yang terlalu mementingkan akademik ni menjadikan manusia mementingkan diri semata2 nak score exam. Contoh mudah adalah; time exam ramai mengelat utk nak buat tugasan rumah, taknak buat itu dan ini hanya kerana nak menggeledah buku dari kulit ke kulit. Itu bukanlah sepatutnya yang berlaku. Akademik adalah salah satu cara saja yg diatur oleh manusia untuk kita memperoleh sesuatu, tapi bukan segala2nya.

Berbalik kepada tajuk, (hihi, as always slalu lari topik). Our differential value makes us special, and unique. Find it & polish it. Its all yours.



Sunday, January 23, 2011

Jalan yang boleh dipilih.

Saya boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya bekerja di atas dasar monthly payment yang kononnya agak berbaloi, dapat elaun untuk oncall dan enjoy dengan cuti-cuti sedikit yang disediakan

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya buat kerja dengan bagus semata2 untuk mengelakkan any medicolegal cases. Takut kena saman menjadikan saya buat semua necessary investigations and provide the best treatment for every of my patients.

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang yang workaholic yang hanya memikirkan soal kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya. Saya boleh memilih untuk tidak memperdulikan orang lain, dan memilih untuk melakukan apa sahaja untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Saya juga bole2 h memilih untuk buat lebih kurang terhadap pesakit yang saya temui, jadi doktor yang " garang " supaya pesakit tak naik kepala, kurangkan senyum untuk save my energy .. bla2..

Akhirnya saya boleh memilih untuk memilih sesuatu, namun berbaloikan pilihan saya untuk hanya memilih kehidupan dunia yang hanya sebuah persinggahan? Wallahu a'lam.

Wednesday, January 19, 2011

Mencari Hati yang Hilang

Pencarian
Bukanlah episod indah
Hidup tanpa sejahtera

Hati yang hilang
di tengah lumpur pekat
Tak bisa untuk kugapai

Andai dipinggir
sekeping hati
mungkinkah hambar
sebuah kehidupan

Hati yang meniti hari
Mencanang suka dan duka
Tak pernah bercerita

Hati yang usang
terus hilang
tanpa cahaya.