Friday, November 21, 2008

jalan menuju akhirat : dunia hanya tangan bukan di hati

Masih terngiang2 kata-kata seorang kawan baik saya ketika kami berborak-borak few days ago:

Saya : How’s ur life ?

Kawan : hmm.. teruk sikit la sekarang ni, busy dengan dunia la..

Lebih kurang la bunyinya, maaf lupa nak hafal dialog, tak terpikir la plak nak didokumentasikan , haha. [ renungan: sahabt2 zaman nabi hebat, hafal kata2 nabi sebijik sebijik. ]




Kata-kata tu berlegar-legar di benak saya sampai sekarang. Somehow it makes me to “muhasabah” back on what I did so far ...

Dan, akhirnya saya terpikirlah untuk menulis sesuatu tentang jalan kita menuju akhirat :

Kita sebagai umat islam, tak boleh lari dari urusan dunia. Bumi dihamparkan supaya manusia bertebaran, mencari redha Allah a.k.a beribadat kepadaNYA. It means that, setiap detik- setiap saat, by definition haruslah mempunyai partikel2 ibadat. Dunia tak boleh dipisahkan dengan akhirat. Tetapi dunia boleh dipisahkan dari hati.. ( ermm konfius ka ? )

Sebenarnya inilah konsep yang perlu kita pegang, dunia bukan di hati tetapi di tangan. Jadilah orang yang hebat, belajarlah se “ excellent “ mungkin, berkerjalah segigih mungkin. Tapi tujuannya kena jelas- bukanlah untuk mendapat ganjaran duniawi tapi ganjaran di sana.

Orang yang siang malam bersungguh2, berhempas pulas, menggembeling tenaganya semata-mata untuk mendapat ganjaran duniawi ( i.e : gaji besar, pangkat , kerja bagus ) tak sama dengan orang yg bekerja bersungguh2, berhempas pulas, menggembeling tenaganya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


biarkan dunia terus di tangan, tapi tidak bertakhta di hati


Erm seems complicated plak kan.?? Sapa tak nak redha Allah.. semua orang mengaku dia nak redha Allah, tapi jom kita sama2 muhasabah, sejauh mana kesungguhan kita untuk mendapat redha Allah. Sebagai contoh, orang yang inginkan redha Allah for sure takkan rasa hasil usahanya adalah hak mutlak peribadi. Di sinilah lahirnya keindahan islam, bila manusia yang hebat, kaya, dikagumi- tidak selfish, saling bantu membantu, dan dengan kehebatan yang dia ada menjadikan dia lebih dekat dengan Allah.. subahanallah.. alangkah indahnya teori ini. Tapi ia bukanlah teori yang idealistic tapi ia adalah teori yang realistic n proven .

Begitulah , mulianya Islam, tidak menyisihkan yang lemah and at the same time itulah antara lots of “differential values” yang ada pada muslim berbanding dengan orang yang tidak beragama islam. Alangkah bestnya, kita sama gigih, sama penat, sama tertiarap- tapi ganjaran dan hala tuju kita lebih jauh dari yang diharapkan oleh mereka yang belum diberikan hidayah islam [ orang kafir ] ..

Tuesday, November 18, 2008

Entry baru : Doa itu penghubung hati


Doa penyambung hati.
Kalau saya bagi statement di bawah, rasa2 korang percaya tak? Kalau percaya berapa percent agak-agaknya ?
• Doa tu penghubung hati kita dengan Allah
• Doa tu penghubung hati kita dengan Rasulullah s.a.w
• Doa tu penghubung hati kita dengan orang yang dah meninggal dunia
• Doa itu penghubung Hati kita dengan ibu bapa
• Doa itu penghubung hati kita dengan keluarga
• Doa itu penghubung hati kita dengan sahabat-handai
• Doa itu penghubung hati kita dengan Ummah.


Doa penghubung hati. Berdoalah agar kita tidak rugi atas tawaran yang diberikan . Kalau kita selalu gunakan peluang shopping bila ada “sales “ kenapa kita tak gunakan peluang pada “offer “ yang diberikan Allah.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” [Albaqarah : 186]


Doa itu memerlukan keyakinan. Yakinlah pada doa yang kita ucapkan. Yakinlah Allah Maha Mendengar, Allah itu dekat.. Allah itu Pemberi segalanya. Doa InsyaAllah Allah akan kabulkan sooner or later. Percayalah .



Teringat saya time kecik2 dulu, saya selalu berdoa. Doa saya 3 ja lepas sembahyang,
1. Utk ibu bapa
2. Supaya cikgu tak marah dalam kelas- saya takut kalo kene marah ngan cikgu.
3. Supaya lancar baca Al-Quran.


Terkenang doa saya supaya Allah lancarkan saya baca Al-Quran : sebabnya saya among yang tak lancar baca Al-Quran dalam kelas. N even sampai sekolah menengah pun gagap-gagap kalo baca. But Alhamdulillah, betapa Allah itu Maha Mendengar, Allah takdirkan saya masuk Darul Quran( I was 17 at that time ), Allah takdirkan saya dapat Ustaz yang banyak membantu saya untuk melancarkan bacaan. Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah..


Tu baru satu citer, hehe, takkan nak citer semua kot. Privacy ma .. Doa ni kita boleh doa apa saja. Antara kita dan Dia. Yakinlah usaha kita tak ke mana tanpa pemberianNya. Jadi berdoalah dan berusahalah, kerana usaha itu adalah wasilah ( jalan ) doa kita dimakbulkan. Dan ingatlah pesan Allah pada terjemahan di bawah:

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, berdoalah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” [ Yunus : 12 ]

p/s: thanks to sholehah coz share cerita dia ttg doa . Esok saya exam aural japanese. Doakan saya ek ( moga doa kalian menghubungkan hati-hati kita ( sweet kan ? ;)))

Sunday, November 16, 2008

entry cerpen : Kisah Akal dan Hati


Suatu hari yang dingin, kira-kira time winter la waktu tu. Akal dan hati berjalan bersama-sama ke Dunnes Stores ( nama kedai http://www.dunnesstores.ie/ ) . Akal dan hati sama-sama naik bas guna rambler 30 days. Boleh jimat duit kalau pakai rambler, kata akal. Sebab akal dah kira, boleh jimat beberapa puluh sen kalau pakai rambler untuk ke Dunnes Store. Hati membiarkan sahaja akal membebel . malaslah nak layan , fikir hati.

( gambar : rambler 30 days )

Bila sampai di Dunnes Stores, erm.. meliarlah mata-mata akal dan hati mencari barangan kesukaan masing-masing. Akal nak yang sihat-sihat sahaja sebab akal pernah belajar dengan lecturer Food Science di universiti nya , makanan seimbang ni diperlukan untuk kesihatan akal.

Malangnya hati suka makanan2 yang lebih memuaskan dirinya seperti Ais krim Haagen-Dazs dan beberapa makanan yang creamy dan banyak kalori. Lantaklah akal tu, aku nak ikut hati aku.. bisik hati lagi.


( gambar : aiskrim pilihan hati )

Tapi akal berdegil, nak juga barang2 yang diidamkan, hati pun sama. Malangnya duit mereka hanya ada tiga euro, tak cukup untuk membeli barang-barang yang diingini. Apa lagi, bergaduh la kedua-dua mereka sehinggalah mereka letih dan balik begitu sahaja. Pening akal dengan perangai hati. Hati pula merajuk teruk dengan perbuatan akal..

Hmm.. kesian mereka kan? Itu baru satu je yang diceritakan, banyak lagi cerita-cerita pergaduhan mereka.. Hati ni bukanlah tak baik, cumanya hati ni suka tidur dalam kelas. Ceramah pun tidur, gi mana-mana pun tidur. Walaupun akal dan hati selalu bersama-sama, akal ni selfish sikit. Akal pelajar cemerlang, tak pernah tidur . Tapi malangnya akal tak pernah kejutkan hati bila tengok hati tidur di majlis ilmu.. kesiannya hati..

Kisah pergaduhan mereka tak henti-henti, sehinggalah pada suatu hari akal berkata kepada hati.

“Hati-hati, takkan lah kita nak terus begini. Takkanlah sampai ke tua kita asyik nak bergaduh? “

erm.. logik juga ek kata akal tu. Bijak la akal ni.. monolog hati ...

Jadi dipendekkan cerita mereka pun pergilah berjumpa dengan murobbi ( pendidik ) mereka. Lalu berkatalah murobbi tersebut dengan penuh berhikmah :

“ wahai akal dan hati, kamu berdua tak boleh macam ni. Kamu faham maksud synergy? Kamu faham maksud kerjasama dan tolong menolong? “

Hati dan akal mengganggukkan kepala. Ya, mereka faham perkataan itu.

“ kenapa dengan perkataan2 tersebut ustaz? “ Tanya hati kepada murobbi mereka. Hati ni bila tanya soalan memang main belasah je, walaupun soalan tu agak menunjukkan dirinya lurus bendul.

“Hmm.. beginilah.. jika kamu saling tolong menolong, InsyaAllah masalah ni boleh selesai. Akal, bila kamu Nampak hati tidur dalam majlis ilmu, kejutkan dia. Kalau hati tak faham, ajar dia. Kamu orang bijak, akal. Jangan sia-siakan apa yang Allah dah beri kepada kamu. “

“ kamu hati, kamu ada keyakinan yang tinggi yang akal takde. Hati , kamu belajar betul-betul dari akal, bila kamu betul-betul tahu, InsyaAllah kamu akan jadi hebat dengan keyakinan kamu. Keyakinan kamu akan membuatkan akal lebih hebat dan terus maju. “

Hati dan akal saling berpandangan. Mereka senyum. Satu formula yang hebat. Ya, mereka akan cuba formula itu. Chaiyok hati dan akal.. semoga Berjaya .

Friday, November 14, 2008

entry random : tolak menolak. kisah kura-kura


" ada teori mengatakan masyarakat yang tidak bergerak ke depan, secara automatiknya akan tertolak ke belakang "
sama-samalah kita renungkan. sekiranya kita tidak berusaha untuk menggerakkan masyarakat islam kita, mungkin sahaja kita akan semakin tertolak ke belakang dan terus ke belakang ( mundur )
marilah kita sama-sama menghayati ( mentadabbur) ayat di bawah, ,moga2 beroleh sesuatua daripadanya :

13:11 For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: They guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, any to protect.


Entry ini khas untuk mereka




















Khas untuk anak-anak buah saya yang jauh di mata tapi dekat di hati ;)

ain
afiqah
faiz
faris
fudhail
bushra
adib
hanan
asyraff
umi


"jadilah anak2 yang soleh dan musleh "

p/s : soleh maksudnya yg baik
musleh maksudnya yang membuat kebaikan

Thursday, November 13, 2008

Antidepressants yang paling berkesan.


Kalau bercakap tentang stress saya lebih suka mendefinisikan stress sebagai masalah yang lahir dari hati yang kemudiannya mengganggu keseimbangan biochemical system dalam badan kita. Ternyatalah , pengambilan ubat2 seperti anti-depressant bukanlah jalan penyelesaian masalah ini disebabkan kesan sampingan ( side effects ) yang terlalu banyak dan terlalu complicated. Bolehlah di taip di answers.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang anti depressant [ terutamanya kepada kawan2 sekelas ;) ]

(gambar : antidepressant drugs )


Bagi saya, mudah sahaja, Allah telah bagi kita formula, yang mudah, tanpa sebarang kos, dan tanpa kesan sampingan. formula yang hanya menagih keyakinan yang tinggi. Maknanya , formula ini hanya khas untuk orang -orang yang beriman yakni yakin seratus peratus dengan kitab Al-Quran.

Adalah bagus sekiranya ada pakar-pakar pengkaji yang membuat research terhadap perkara ini, namun yang lebih penting ialah kita harus pastikan diri kita tidak terpengaruh untuk mempercayai bukti scientific dahulu sebelum mempercayai dalil-dalil Allah. Bagi orang yang tidak percaya hujahnya ialah : it is impossible for us to trust or believe in something yang kita sendiri tak nampak. Scientific finding is not the ultimate truth n rulenya apabila ada penemuan baru yang bercanggah dengan yang lama, maka yang lama boleh dimansuhkan. Alamak termerepek la pulak [ kesan pembelajaran Theory of knowledge di Kolej mara Banting ]

Makanya [ cikgu BM akan marah kalo guna ayat ni : dia kata kuno sgt ] apa yang saya nak cakap kat sini adalah sebagai seorang muslim , kita seharusnya dan semestinya percaya dahulu Dalil Allah walaupun buktinya belum dijumpai. Sekiranya ada sedikit keraguan pada statement saya, mungkin kita boleh ajukan kembali soalan kepada diri kita , adakah kita lebih percaya kepada ahli saintis ataupun kita lebih percaya kepada Allah .

Oklah , tujuan saya menulis ni sebenarnya nak kongsikan formula menangani stress. Ayat yang sangat bermakna dipetik dari Al-Quranul karim. banyak lagi ayat lain tapi hari ini saya hanya ingin mengingatkan pada yang lupa atau berkongsi kepada yang tidak terperasan wujudnya formula ini :

Allah berfirman : Alaa bizikrillahi tathmainnul qulub'' maksudnya: ''Ketahuilah bahawa dengan mengingati (zikir) kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang.'' (Ar Raad:28 )

begitulah kisahnya antidepressants yg paling mustajab. jangan lupa amalkan :)

wallahu a'lam.

Monday, November 10, 2008

Sunday, November 9, 2008

hati yang mati

hati ini bila dikotori, akan terus mati, hitam, dan beku. Moga hati-hati kita dijernihkan dengan zikrullah.

istilahku pada mawar putih


wardatul baido' a.k.a. mawar putih. erm, mengapa mawar putih yang dipilih ek ?

bagi aku,

aku ada istilahku sendiri pada mawar putih.
pengertiannya mungkin berbeza , dan mungkin juga sama dengan orang lain.
kunamakan blog ini wardatul baido' kerana aku kagum pada mawar putih ciptaan Allah;Tuhanku yang kusembah siang dan malam.
Mawar yang warnanya terlalu suci, sedap dipandang. padanya ada warna kelembutan- setulus warna putih yang sinonim dengan bersih dan suci.
Kuidamkan segumpal hati yang suci, yang mekar dan tak pernah layu ...
walaupun ku tahu mawar putih tidak sesempurna itu..

kini kembaraku mencari kejernihan hati bermula...