Suatu hari yang dingin, kira-kira time winter la waktu tu. Akal dan hati berjalan bersama-sama ke Dunnes Stores ( nama kedai http://www.dunnesstores.ie/ ) . Akal dan hati sama-sama naik bas guna rambler 30 days. Boleh jimat duit kalau pakai rambler, kata akal. Sebab akal dah kira, boleh jimat beberapa puluh sen kalau pakai rambler untuk ke Dunnes Store. Hati membiarkan sahaja akal membebel . malaslah nak layan , fikir hati.
( gambar : rambler 30 days )
Bila sampai di Dunnes Stores, erm.. meliarlah mata-mata akal dan hati mencari barangan kesukaan masing-masing. Akal nak yang sihat-sihat sahaja sebab akal pernah belajar dengan lecturer Food Science di universiti nya , makanan seimbang ni diperlukan untuk kesihatan akal.
Malangnya hati suka makanan2 yang lebih memuaskan dirinya seperti Ais krim Haagen-Dazs dan beberapa makanan yang creamy dan banyak kalori. Lantaklah akal tu, aku nak ikut hati aku.. bisik hati lagi.
( gambar : aiskrim pilihan hati )
Tapi akal berdegil, nak juga barang2 yang diidamkan, hati pun sama. Malangnya duit mereka hanya ada tiga euro, tak cukup untuk membeli barang-barang yang diingini. Apa lagi, bergaduh la kedua-dua mereka sehinggalah mereka letih dan balik begitu sahaja. Pening akal dengan perangai hati. Hati pula merajuk teruk dengan perbuatan akal..
Hmm.. kesian mereka kan? Itu baru satu je yang diceritakan, banyak lagi cerita-cerita pergaduhan mereka.. Hati ni bukanlah tak baik, cumanya hati ni suka tidur dalam kelas. Ceramah pun tidur, gi mana-mana pun tidur. Walaupun akal dan hati selalu bersama-sama, akal ni selfish sikit. Akal pelajar cemerlang, tak pernah tidur . Tapi malangnya akal tak pernah kejutkan hati bila tengok hati tidur di majlis ilmu.. kesiannya hati..
Kisah pergaduhan mereka tak henti-henti, sehinggalah pada suatu hari akal berkata kepada hati.
“Hati-hati, takkan lah kita nak terus begini. Takkanlah sampai ke tua kita asyik nak bergaduh? “
erm.. logik juga ek kata akal tu. Bijak la akal ni.. monolog hati ...
Jadi dipendekkan cerita mereka pun pergilah berjumpa dengan murobbi ( pendidik ) mereka. Lalu berkatalah murobbi tersebut dengan penuh berhikmah :
“ wahai akal dan hati, kamu berdua tak boleh macam ni. Kamu faham maksud synergy? Kamu faham maksud kerjasama dan tolong menolong? “
Hati dan akal mengganggukkan kepala. Ya, mereka faham perkataan itu.
“ kenapa dengan perkataan2 tersebut ustaz? “ Tanya hati kepada murobbi mereka. Hati ni bila tanya soalan memang main belasah je, walaupun soalan tu agak menunjukkan dirinya lurus bendul.
“Hmm.. beginilah.. jika kamu saling tolong menolong, InsyaAllah masalah ni boleh selesai. Akal, bila kamu Nampak hati tidur dalam majlis ilmu, kejutkan dia. Kalau hati tak faham, ajar dia. Kamu orang bijak, akal. Jangan sia-siakan apa yang Allah dah beri kepada kamu. “
“ kamu hati, kamu ada keyakinan yang tinggi yang akal takde. Hati , kamu belajar betul-betul dari akal, bila kamu betul-betul tahu, InsyaAllah kamu akan jadi hebat dengan keyakinan kamu. Keyakinan kamu akan membuatkan akal lebih hebat dan terus maju. “
Hati dan akal saling berpandangan. Mereka senyum. Satu formula yang hebat. Ya, mereka akan cuba formula itu. Chaiyok hati dan akal.. semoga Berjaya .
7 comments:
Salam
Menarik ceritera tuan hamba!!! Moga Hati dan Akal akan terus bersahabat!
terima kasih rosa, Doakan mereka bersahabat. Mereka akan menjadi insan hebat InsyaAllah
Hahaha...
Nanti aku kejutkan hati kalau dia tiduq kat lecture hall naa ;D
seronoknyer nak tgk hati dan akal bersahabat...mesti duit yg 3 euro tu cukup kan kalau g Dunnes? (safe budget:p)
best2!! ape a g dunnes bwk 3 euro je..
skrg ni recession la aja.. xleh bawa duit banyak2, kene jimat.. 3 euro bleh bl barang hape.. huhu
in da beginnin', 'ati' slalu menang kan?! tp, towards d end, baru kite rase 'akal' yg tul.. manusia2..
Post a Comment