Friday, April 30, 2010

Kenapa perempuan takut kepada lemak??

" Oh no! dah naik 2 kg la.. nak kene start diet ni"
"aku berazam, mulai hari ni dah taknak makan banyak dah, aku nak diet.."

Biasa la kan kita dengar pengakuan2 sebegini, dari semasa ke semasa.
Lemak bukanlah sesuatu yang disukai oleh wanita, walaupun asal usul perkataan emak adalah daripada lemak yang lama kelamaan hilang pronounciation "l" di hadapan kerana kewujudan L menjadikan baby yang mula nak belajar bercakap sukar nak pronounce.( tak percaya ka? silalah percaya fakta ini )

Kenapa tiba2 aku ter bercerita tentang lemak?
Begini, tadi kami student2 telah di offer secara percuma utk ukur berapa berat lemak yang ada dalam badan ni. Pengukuran dilakukan melalui Bioelectrical impedance analyser. Basically dia sukat flow elektrik yang melalui badan kita yang kita tahu setiap bahan mempunyai tahap resistance elektrik yang berbeza.

Jadinya, lepas ukur tu, kami pun dapat la result. Berapa berat lemak, berat muscle, lemak kat kaki berapa kilo, kat tngan berapa kilo etc..

Ok berbalik kepada tajuk entry, kenapa perempuan takut kepada lemak? itu adalah satu naluri yang wajar. Kalau nak tau.. terlalu banyak lemak ( means obesity- not for those yang rasa gemuk tapi sebenarnya tinggal tulang je lagi ) boleh memberi banyak masalah. Especially kepada yang ingin mendapat cahaya mata. Perempuan yang obese, selalunya akan mempunyai masalah untuk mengandung dan lebih banyak terdedah kepada penyakit semasa mengandung seperti kencing manis, darah tinggi, masalah kepada kandungan dan banyak lagi.

Jadi I would conclude that perempuan yg takutkan lemak adalah satu naluri keibuan yang positif. Keep it up!


p/s: gud luck for my frens with summer project diet. Jangan tinggai tulang sudah.

Thursday, April 29, 2010

Hey Little Twin!



Harini entry ttg twin.
Harini ada tutorial ttg twin pregnancy.
Time tutorial tentang twin tadi, sempat lagi aku berangan ( as usual )..
Bukannya apa, aku teringat beberapa orang kawan aku pernah menyatakan hasrat mereka untuk mendapat anak twin. Katanya senang la kalo anak twin, beranak sekali- dah cukup korum. hehe.

Pastu aku pun mulalah berangan nak buka klinik twin- ala2 clinic IVF la. Motifnya utk cater org2 yang nak anak twin macam member2 aku tu.
Charge mahal2 sket.. baru cepat kaya. Hehe. Sbbnya chances of twin increase with assisted reproduction- mcm IVF or amik Clomid ke..

Time tutorial tu jugak, sempat lagi aku flashback zaman dulu2. pengalaman aku takde la banyak pun dengan pasangan2 twin ni . Sekolah rendah ada Ku wan ngan Ku Up, pastu sekolah menengah Che Ana n Che Ina pastu dah masuk KMB ada Iwa ngan Ima.

Haish, lama la plak berangan. hehe. sapa soh consultant tu cakap je tak tanya soalan.. hehe

*******

Memanglah kan, kalau kita tgk baby2 twin ni- comel2 je- selalunya mereka kecik je time dilahirkan. Baju sama kaler, kasut sama size. so-cute. Tabik spring patut diberikan kepada mak2 yang melahirkan anak2 twin ni. Bukannya senang woo.. bebannya dua kali ganda. complicationnya dua kali ganda.

Kalau seorang anak je sekalipun- bayangkanlah jerih payah ibu2 ketika mengandungkan kita, kemudian bertarung separuh nyawa untuk melahirkan kita; kemudian dia tak pernah berehat utk menyusukan kita, jaga makan pakai kita; bekerja pula untuk kesenangan kita;
silap2 kita suruh plak dia jaga anak2 kita bila dia dah tua.. hmm.. renung2kanlah..






Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ( Al-isra' 24 )





Wednesday, April 28, 2010

CV oh CV..



Sejak kebelakangan ni, asyik2 consultant cakap tentang CV asyik2, CV.Bosan jugak la.. Cv ni penting sangat ke?
Owh sebelum aku melalut eloklah di definisikan CV ni. CV di sini bukanlah bermaksud cardiovascular, tapi Curriculum Vitea a.k.a resume.

Mungkin sekarang ni musim interview kot.. so banyakla doctor2 senior bercakap tentang benda ni. Ye la kan, semakin zaman berubah, semakin banyak perubahan generasi muda. Makanya kalau dulu, orang boleh je survive dapat keje without banyak "extra" effort, but now semakin susah. Masing2 nak menonjolkan diri utk dipilih, makanya sesiapa yang masih dalam selimut akan terus dibungkus dan dijadikan pulut panggang..

Yang lawaknya, bila buka ja topik CV ni, semua orang [ termasuk aku ] mula la mencuakkan diri kerana takde apa2 yang best utk ditulis di dalam CV. Huhu. Medal pun tak pernah dapat, ni kan pula nak publish paper etc..

Teringat mula2 time aku buat CV dulu. I was in 1st year- trying to apply a summer job including cleaner, childminder aka nanny, admin, care assistant dan banyak lagi. Time tu tergapai2 menulis CV yang penuh dengan lobang2 kosong. Kak ana ( my previous housmate ) banyak membantu aku utk tulis CV ni.

Satu yang menarik tentang CV ni, adalah kita akan tahu apa yang kita dah buat sepanjang perjalanan career kita ni. Ala2 konsep muhasabah la jugak kiranya.. Dengan benda tu kita leh plan apa yang kita nak buat in future.. Bila kita tgk perfomance kita, kita ada a basic idea on how we can polish our CV supaya tidaklah hambar sangat- Frankly speaking it will help you to move forward.

Mungkin CV ni, setakat nak jadi intern tu kita takde la compete sangat, tapi utk masa depan, time nak apply for master, specialist, or apa2 yg lagi tinggi- mungkin masa tu lebih bernilai bila kita diketepikan oleh mereka yang CV nya bagus.

Teori sosiology ada mengatakan " mereka yang tidak bergerak ke hadapan, akan sendirinya bakal tertolak ke belakang "

Jadi kesimpulannya untuk memudahkan kerja kita di masa hadapan, penting utk ada CV di usia muda ini (semasa student ). Mudah saja, banyak template kat internet, kalau nak upah orang pun ada service sebegitu. Then from time to time, top-up la CV kita seadanya.

Tapi apa-apa pun kene ingat, CV-cv juga, yang lagi penting CV kita di akhirat sebagaimana firman Allah ;

“Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Jatsiah:28).

wallahu a'alam

p/s: mahu minta CV dari calon suami/ isteri pun boleh.. barulah professenel namanya.. hehe ;)

Tuesday, April 27, 2010

World of Cuteness. Subahanallah..

Harini kat postnatal ward- tengok baby2 comel dan juga jumpa mak baby yang hepi dengan baby2 mereka. Alhamdulillah.. seronok tengok orang hepi2 ni.

Then dapat tutorial on neonatal exam- was really good; cumanya baby tu pegang sikit nangis. sikit2 nangis. mcm la org nak kidnap dia..

Disebabkan curiosity yang tinggi utk mencari tips mcmana nak senyapkan kanak2 rebina ni, maka mulalah diri ini menggoogle.. and I found a really good and easy to remember tips from medscape..

Ada 5 S semuanya..

swaddling

side/stomach positioning in the parents' arms,



shushing,





swinging,



and sucking
Cute huh?
[14]
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [ al-mukminun ]

Monday, April 26, 2010

Alhamdulillah...Kutemui cintaku di sini


Bukan mudah, utk hati yang sekeras batu ini untuk jatuh cinta. Tapi kali ini, aku kalah pada mainan perasaan. Perasaan benci yang selama ini menjadi tembok kebal yang membutakan padangan ku pada cinta kini bagaikan pecah berkecai.

"Jatuh cinta lagi, lagi2 jatuh cinta..." tengiang2 lagu nyanyian anak buahku Adib yang baru mencecah 4 tahun.Ceewah.. kecik2 pun dah jatuh cinta ( mak bapak, sila awasi anak2 kecil anda )

Benar, aku tak menafikan yang aku kini sudah temui cintaku. Jika dahulu aku tidak nampak jalan- di hadapanku- kini persepsiku sedikit teranjak. Alhamdulillah- I think I definitely in love with O&G.. its not Owen or Gerry, but its Obstetric and Gyneacology.

Ntah kenapa, rasa rotation kali ini sangat dekat dengan jiwaku .At least, ia menjadi semangat utk aku teruskan sisa2 sebagai medical student yang sangat mencabar ni... Walaupun schedule yg agak pack dan memenatkan, but lots of things i learn from time to time- that makes me seriously think about the value of life.

[190]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Sekian, tak berniat menulis panjang. wassalam..