Bukan mudah, utk hati yang sekeras batu ini untuk jatuh cinta. Tapi kali ini, aku kalah pada mainan perasaan. Perasaan benci yang selama ini menjadi tembok kebal yang membutakan padangan ku pada cinta kini bagaikan pecah berkecai.
"Jatuh cinta lagi, lagi2 jatuh cinta..." tengiang2 lagu nyanyian anak buahku Adib yang baru mencecah 4 tahun.Ceewah.. kecik2 pun dah jatuh cinta ( mak bapak, sila awasi anak2 kecil anda )
Benar, aku tak menafikan yang aku kini sudah temui cintaku. Jika dahulu aku tidak nampak jalan- di hadapanku- kini persepsiku sedikit teranjak. Alhamdulillah- I think I definitely in love with O&G.. its not Owen or Gerry, but its Obstetric and Gyneacology.
Ntah kenapa, rasa rotation kali ini sangat dekat dengan jiwaku .At least, ia menjadi semangat utk aku teruskan sisa2 sebagai medical student yang sangat mencabar ni... Walaupun schedule yg agak pack dan memenatkan, but lots of things i learn from time to time- that makes me seriously think about the value of life.
[190]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Sekian, tak berniat menulis panjang. wassalam..
2 comments:
alhamdulillah..selamat bercinta! doakan aku akan cinta cases final aku ye. Best of luck with the rest of the rotation!
ikhlas : peminat setia kau.
ingat janji2 kita di pinggiran sungai nil- atiqah raihana. hahaha. AKu doakan terbaek utk peminat setiaku.Bittaufiq wannajah.
Post a Comment