Sejak kebelakangan ni, asyik2 consultant cakap tentang CV asyik2, CV.Bosan jugak la.. Cv ni penting sangat ke?
Owh sebelum aku melalut eloklah di definisikan CV ni. CV di sini bukanlah bermaksud cardiovascular, tapi Curriculum Vitea a.k.a resume.
Mungkin sekarang ni musim interview kot.. so banyakla doctor2 senior bercakap tentang benda ni. Ye la kan, semakin zaman berubah, semakin banyak perubahan generasi muda. Makanya kalau dulu, orang boleh je survive dapat keje without banyak "extra" effort, but now semakin susah. Masing2 nak menonjolkan diri utk dipilih, makanya sesiapa yang masih dalam selimut akan terus dibungkus dan dijadikan pulut panggang..
Yang lawaknya, bila buka ja topik CV ni, semua orang [ termasuk aku ] mula la mencuakkan diri kerana takde apa2 yang best utk ditulis di dalam CV. Huhu. Medal pun tak pernah dapat, ni kan pula nak publish paper etc..
Teringat mula2 time aku buat CV dulu. I was in 1st year- trying to apply a summer job including cleaner, childminder aka nanny, admin, care assistant dan banyak lagi. Time tu tergapai2 menulis CV yang penuh dengan lobang2 kosong. Kak ana ( my previous housmate ) banyak membantu aku utk tulis CV ni.
Satu yang menarik tentang CV ni, adalah kita akan tahu apa yang kita dah buat sepanjang perjalanan career kita ni. Ala2 konsep muhasabah la jugak kiranya.. Dengan benda tu kita leh plan apa yang kita nak buat in future.. Bila kita tgk perfomance kita, kita ada a basic idea on how we can polish our CV supaya tidaklah hambar sangat- Frankly speaking it will help you to move forward.
Mungkin CV ni, setakat nak jadi intern tu kita takde la compete sangat, tapi utk masa depan, time nak apply for master, specialist, or apa2 yg lagi tinggi- mungkin masa tu lebih bernilai bila kita diketepikan oleh mereka yang CV nya bagus.
Teori sosiology ada mengatakan " mereka yang tidak bergerak ke hadapan, akan sendirinya bakal tertolak ke belakang "
Jadi kesimpulannya untuk memudahkan kerja kita di masa hadapan, penting utk ada CV di usia muda ini (semasa student ). Mudah saja, banyak template kat internet, kalau nak upah orang pun ada service sebegitu. Then from time to time, top-up la CV kita seadanya.
Tapi apa-apa pun kene ingat, CV-cv juga, yang lagi penting CV kita di akhirat sebagaimana firman Allah ;
“Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Jatsiah:28).
wallahu a'alam
p/s: mahu minta CV dari calon suami/ isteri pun boleh.. barulah professenel namanya.. hehe ;)
No comments:
Post a Comment