Sunday, June 27, 2010

Entri tentang kahwin!


[Tujuan entry kali ini bukanlah untuk menensionkan golongan yang semakin menua, tetapi hanya untuk sesuatu yang perlu difikirkan. Juga sedikit tidak sesuai kepada remaja bawah umur seperti penulis sendiri. enjoy~]

" Noor, what do you wanna do after graduate? " Tanya Adrian, kawan sekumpulanku yang berasal dari Canada.
" Yeah.. tell us, tell us. we are excited to know.." tambah Aiofe dengan nada riang ceria. Kami tiga sekawan, sudah menjadi rutin harian untuk minun di cafe pepagi lama2 selepas ward round. Mana tak lama nya, dua2 kawan aku ni kaki gossip. Lepas satu satu citer kuaq.Aku ni tadah telinga je la- and kadang2 tak faham pun gosip diorng tu sebab tak kenal insan2 yang diorang sembang. Disebabkan aku selalu diam bila diorang hangat bergossip, menjadikan diorang excited nak dengar citer aku. hahaha
" Hmm.. let me think first " aku saja melambatkan jawapan sambil senyum kambing. Muka dua2 orang tu terbeliak2 excited nak tahu.
" Owh, its a secret " aku sambung lagi.
" Come on Noor, we wont tell anybody.. " balas Aiofe dengan nada berbisik.
" Owh yea, I wanna get married and have my own family " aku sambung..
"What????????????????????!!!!!!" tersedak-sedak kawan-kawan aku tu bila aku cakap aku nak kawin. Hemo-hemo. end of story.

Tu mukadimah je, bukannya nak cerita detail gosip2 yang telah kami cipta. Huhu. Kata pun "we wont tell anybody" and " its a secret" makanya takleh la aku sambung story tu..
Ok mari ke entry sebenar yang nak disampaikan.

Dewasa ini ( dah lame la tak guna perkataan ni after SPM , ni perkataan feveret aku untuk karangan BM ) sudah menjadi lumrah golongan barat untuk berkahwin di usia yang agak lanjut. Setelah segala urusan kerjaya dah mencapai tahap yang memuaskan hati, barulah mereka memikirkan tentang perkahwinan. Menurut consultant aku di one of the fertility clinic, ramai orang Irish sekarang kawin dalam lingkungan usia 35 ke atas dek mengejar tangga kerjaya masing-masing.

Apa yang membimbangkan aku, budaya ini semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam. Tak dinafikan, suatu hari nanti, negara kita mungkin menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara maju yang lain. Kerjaya dijadikan kayu ukur untuk membolehkan seseorang itu berkeluarga- menjadikan seolah2 hidup ini hanya untuk bekerja dan bekerja ( untuk makan minum beli rumah kereta baju baru enjoy ) tanpa memikirkan tujuan asal penciptaan kita sebagai hamba Tuhan yang Maha Kaya.

Makanya- muncullah masalah-masalah baru berkaitan hal-hal kekeluargaan seperti masalah infertility- depression dan sebagainya. Menurut consultant aku, kalo dulu orang Irish senang-senang je beranak 12-13orang, tapi sekarang masalah couple yang tertekan kerana tak ada anak semakin hari semakin meningkat. Dulu-dulu mana ada lagi teknologi IVF dan sebagainya, tapi orang dulu-dulu kawin awal dan ada value yang tinggi terhadap pembinaan famili. Syabbas atuk2 dan nenek2 serta moyang2 di luar sana dan di mana jua anda berada. ( peace..)

Masalah kemandulan disebabkan oleh faktor umur adalah sesuatu yang boleh dikawal. Lainlah kalau seseorang tu ditakdirkan tuhan tidak mendapat anak melalui masalah-masalah kesihatan yang lain. Tu la ye manusia, takde penyakit nak cari penyakit. Pastu depress.( Pastu taknak cakap ngan student sebab depress, huhu kesian student2 medic ni ). Yang kesiannya aku pernah jumpa couple yang kawin pompuan tu umur 35 , pastu tak disangka-sangka perempuan tu dapat premature menopause. Nangis dia bila tahu sebab dia nak ada anak sendiri mcm kawan2 dia yang lain.

Itulah ye,kalo cakap bab perkahwinan ni, ramai yang ada pendapat dan idea sendiri. Tak salah semua tu selagi tak melanggar syara'. Tak salah untuk kawin lambat, tak salah untuk nak buat apa yang tidak ditegah oleh agama. Tapi, risikonya- perlulah difikirkan sebelum berbuat sesuatu.

Dan bila kita bercakap soal jodoh, anak semua ni- benda basic yang perlu diingat semuanya berbalik kepada apa yang telah tertulis kepada kita di lauh Mahfuz. seperti firmanNYa

“ Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [57:22]

Tapi at the same time kene ingat juga firman Allah yang berbunyi:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [ 13;11 ]

Wallahu alam.

Monday, June 21, 2010

Unta


Ramai orang tanya, kenapa taknak balik summer? Kenapa nak ke Egypt? Ada sesiapa ke kat sana? Siap yang soh aku cari jodoh dan mencari cinta pun ada. Haii.. macam2 komer ni.

Well, sebagai sorang yang glemer, I terpaksa menampias gosip-gosip liar yang berkeliaran di sekitar daerah Dublin ni. Pandai no hampa nak soh aku kawin kat Egypt la gapo nya.. huhu

Kenapa beriya sangat aku ke egypt?

Jawapan aku mudah je. Kalo artist selalu bagi jawapan " no komen" as jawapan standard, dan aku bukannya artist pun- so aku slalu la buat gosip untuk diri sendiri. hehe. weng~

Well, kalo orang tanya kenapa- jawapan skema aku adalah nak pergi mencari unta. Betoi, seumuq hidup aku tak pernah tengok unta life- so kalau aku pergi Egypt hopefully aku bleh tengok unta yang ternyata menjadi brand "camel" yang agak mahal untuk barangan kulit.

Taknak cari cinta ke? seorang kawan karib aku pernah tanya. Katanya alang2 gi sana ngoratla ustaz ka apa ka ( aku tambah skrip dia mengikut kefahaman sendiri)
Well, sebagai orang glemer yang bukan artis- jawpan skema aku adalah " well, cinta tu dah sentiasa ada di dalam hati- buat apa nak cari "

laa.. apsal aku dok tulis benda merepek ni. ni la namanya syndrom nak exam tapi malas stadi. weng mode. tapi satu benda besar yang penting untuk aku harus pegang sampai mati- Innamal a'malu binniah.. Niat tu penting- Sangat2 penting. ingin dikongsikan hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Dear Atika ( ni tulis surat untuk diri sendiri ),

Moga Hijrahmu ke bumi anbiya bakal mencerahkan jalanmu ke akhirat sana. Aku harap dapat bertemu untaku yang hilang. wallahu a'alam.




yang benar,
Aku yang mengharap redha dariMU.

Kawan2- doakan saya tau!

Wednesday, June 16, 2010

cerita


" I dont think you can manage yourself, unless you have lots of money to pay a carer" kata si doktor- nada sedikit perli.

" I don't care whatever it takes as long as I get back my sister, I am going to sell my house for her. I don't want her to die in nursing home" Balas makcik tua, umurnya 90-an. Terketar2 dia menjawab. Dia menangis dan terus menangis.

Aku dan doktor perpandangan. Kesian...

Itulah kisah seorang makcik tua. Kasih sayang kepada kakaknya yang terlantar di hospital amat menginsafkan aku. Manakan tidak, sanggup jual rumah nak bawak kakak tinggal sebumbung dengan dia. Hebatnya "ukhuwah" mereka.
Makcik ni pun sebenarnya bukannya sihat sangat, tapi dia berusaha pergi jumpa family doctor dia untuk meminta sokongan supaya dibenarkan kakaknya balik..


sekian. cerita pendek.semoga dapat iktibar

Sunday, June 13, 2010

Melukut di tepi gantang

Jauh di mata, jauh lagi di hati. Itulah hakikat yang harus ditelan. Hakikat seorang perantau, yang menagih secebis harapan
Diri ini hanya secebis melukut - tidak ada guna, apatah lagi memberikan manfaat.
Mujurlah ada yang Maha Esa, Dia Maha Mengerti di atas segalanya..

Monday, June 7, 2010

Nota Untuk Hati


Kucoretkan tulisan ringkas,
Buat pedomanmu wahai hati,
Suram dunia,
Tak bermakna tiada cahaya,
Jangan kau sedih pada kegelapan,
Kerana siang kan muncul panjang.
Dugamu tak bererti benar,
Dan putusmu tak bererti hakikat.

Wahai hati
Yang sentiasa mundar mandir
Jangan kau kalah
Pada yang bukan takdir

Wahai hati,
Katakanlah,
Kau takkan berubah arah

" Rabbana la tuziq quluubana, ba'da izhadaitana, wahablana min ladunkarahmah. innaka anta al-wahhab. Ya Muqallibal Qulub. thabbits qulubana 'ala diinik, waala tooatik "

[“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.-- Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan pada ketaatan kepadamu ]

Wednesday, June 2, 2010

Positif dan postif.

Aku mau kongsi satu cerita. Kisah aku dan seorang sahabat aku yang baik hati.

Pada suatu hari: seperti biasa, aku ni kuat membebel dan mengeluh. Time tu aku agak tertekan dengan keadaan diri aku. Banyak problem. Busy. Serabut. Segala2nya stuck dalam otak aku yang kecik ni. Bermula daripada masalah personal, famili, study, komitmen lain- sampai ada tahap yang aku rasa macam aku ni orang G.I.L.A.

Jadi sahabat aku pun memberikan kata-kata yang sampai sekarang amat2 terkesan dalam hidup aku. Apa yang dia kata??
"aku hrp ko xlah terlalu negative dgn diri ko sendiri smpai nk kata diri sendiri gila. cume ko perlu take time utk settle down n trima qada' qadar Allah dgn rasa terbuka n pasrah"
Waktu tu ia bagaikan masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Masuk otak kanan- tak keluar2 dah lepas tu. Huu..
Betapa degilnya hati ini.
Tapi beberapa hari selepas kejadian- kata2 tersebut kembali terngiang2 di kepala. Adakah ini satu peringatan??
Aku mula akur, mungkin aku terlalu negative dengan diri aku. Aku tidak adil kepada diri sendiri.
Kemudian, aku berazam untuk jadi seorang yang positif. Aku berazam nak hidup dalam keadaan yang sentiasa positif walau dalam apa jua keadaanku.
Alhamdulillah- walaupun pada mulanya AMAT2 sukar, aku semakin rasa otak ni 80% lebih ringan dari biasa.
Masalah ada ja, tapi simpan kat tempat yang susah nak dicapai. Jadinya takde la serabut otak.
Namun, ini adalah permulaan- terlalu jauh lagi perjalanan untuk aku jadi insan yang positif.
Aku ada banyak aset masa lalu yang aku simpan, kalau aku gunakan secara positif, maka positiflah ia, tapi kalo aku gunakan secara negatif, maka negatiflah ia.
Jadi kuncinya senang sahaja iaitu dengan be POSITIVE.

Be positive to yourself and be positive to others as well.
Again, itulah sebenarnya yang Islam dah terlebih dahulu ajar kepada kita. Sekian.