Sunday, June 27, 2010

Entri tentang kahwin!


[Tujuan entry kali ini bukanlah untuk menensionkan golongan yang semakin menua, tetapi hanya untuk sesuatu yang perlu difikirkan. Juga sedikit tidak sesuai kepada remaja bawah umur seperti penulis sendiri. enjoy~]

" Noor, what do you wanna do after graduate? " Tanya Adrian, kawan sekumpulanku yang berasal dari Canada.
" Yeah.. tell us, tell us. we are excited to know.." tambah Aiofe dengan nada riang ceria. Kami tiga sekawan, sudah menjadi rutin harian untuk minun di cafe pepagi lama2 selepas ward round. Mana tak lama nya, dua2 kawan aku ni kaki gossip. Lepas satu satu citer kuaq.Aku ni tadah telinga je la- and kadang2 tak faham pun gosip diorng tu sebab tak kenal insan2 yang diorang sembang. Disebabkan aku selalu diam bila diorang hangat bergossip, menjadikan diorang excited nak dengar citer aku. hahaha
" Hmm.. let me think first " aku saja melambatkan jawapan sambil senyum kambing. Muka dua2 orang tu terbeliak2 excited nak tahu.
" Owh, its a secret " aku sambung lagi.
" Come on Noor, we wont tell anybody.. " balas Aiofe dengan nada berbisik.
" Owh yea, I wanna get married and have my own family " aku sambung..
"What????????????????????!!!!!!" tersedak-sedak kawan-kawan aku tu bila aku cakap aku nak kawin. Hemo-hemo. end of story.

Tu mukadimah je, bukannya nak cerita detail gosip2 yang telah kami cipta. Huhu. Kata pun "we wont tell anybody" and " its a secret" makanya takleh la aku sambung story tu..
Ok mari ke entry sebenar yang nak disampaikan.

Dewasa ini ( dah lame la tak guna perkataan ni after SPM , ni perkataan feveret aku untuk karangan BM ) sudah menjadi lumrah golongan barat untuk berkahwin di usia yang agak lanjut. Setelah segala urusan kerjaya dah mencapai tahap yang memuaskan hati, barulah mereka memikirkan tentang perkahwinan. Menurut consultant aku di one of the fertility clinic, ramai orang Irish sekarang kawin dalam lingkungan usia 35 ke atas dek mengejar tangga kerjaya masing-masing.

Apa yang membimbangkan aku, budaya ini semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam. Tak dinafikan, suatu hari nanti, negara kita mungkin menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara maju yang lain. Kerjaya dijadikan kayu ukur untuk membolehkan seseorang itu berkeluarga- menjadikan seolah2 hidup ini hanya untuk bekerja dan bekerja ( untuk makan minum beli rumah kereta baju baru enjoy ) tanpa memikirkan tujuan asal penciptaan kita sebagai hamba Tuhan yang Maha Kaya.

Makanya- muncullah masalah-masalah baru berkaitan hal-hal kekeluargaan seperti masalah infertility- depression dan sebagainya. Menurut consultant aku, kalo dulu orang Irish senang-senang je beranak 12-13orang, tapi sekarang masalah couple yang tertekan kerana tak ada anak semakin hari semakin meningkat. Dulu-dulu mana ada lagi teknologi IVF dan sebagainya, tapi orang dulu-dulu kawin awal dan ada value yang tinggi terhadap pembinaan famili. Syabbas atuk2 dan nenek2 serta moyang2 di luar sana dan di mana jua anda berada. ( peace..)

Masalah kemandulan disebabkan oleh faktor umur adalah sesuatu yang boleh dikawal. Lainlah kalau seseorang tu ditakdirkan tuhan tidak mendapat anak melalui masalah-masalah kesihatan yang lain. Tu la ye manusia, takde penyakit nak cari penyakit. Pastu depress.( Pastu taknak cakap ngan student sebab depress, huhu kesian student2 medic ni ). Yang kesiannya aku pernah jumpa couple yang kawin pompuan tu umur 35 , pastu tak disangka-sangka perempuan tu dapat premature menopause. Nangis dia bila tahu sebab dia nak ada anak sendiri mcm kawan2 dia yang lain.

Itulah ye,kalo cakap bab perkahwinan ni, ramai yang ada pendapat dan idea sendiri. Tak salah semua tu selagi tak melanggar syara'. Tak salah untuk kawin lambat, tak salah untuk nak buat apa yang tidak ditegah oleh agama. Tapi, risikonya- perlulah difikirkan sebelum berbuat sesuatu.

Dan bila kita bercakap soal jodoh, anak semua ni- benda basic yang perlu diingat semuanya berbalik kepada apa yang telah tertulis kepada kita di lauh Mahfuz. seperti firmanNYa

“ Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [57:22]

Tapi at the same time kene ingat juga firman Allah yang berbunyi:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [ 13;11 ]

Wallahu alam.

No comments: