Monday, June 21, 2010

Unta


Ramai orang tanya, kenapa taknak balik summer? Kenapa nak ke Egypt? Ada sesiapa ke kat sana? Siap yang soh aku cari jodoh dan mencari cinta pun ada. Haii.. macam2 komer ni.

Well, sebagai sorang yang glemer, I terpaksa menampias gosip-gosip liar yang berkeliaran di sekitar daerah Dublin ni. Pandai no hampa nak soh aku kawin kat Egypt la gapo nya.. huhu

Kenapa beriya sangat aku ke egypt?

Jawapan aku mudah je. Kalo artist selalu bagi jawapan " no komen" as jawapan standard, dan aku bukannya artist pun- so aku slalu la buat gosip untuk diri sendiri. hehe. weng~

Well, kalo orang tanya kenapa- jawapan skema aku adalah nak pergi mencari unta. Betoi, seumuq hidup aku tak pernah tengok unta life- so kalau aku pergi Egypt hopefully aku bleh tengok unta yang ternyata menjadi brand "camel" yang agak mahal untuk barangan kulit.

Taknak cari cinta ke? seorang kawan karib aku pernah tanya. Katanya alang2 gi sana ngoratla ustaz ka apa ka ( aku tambah skrip dia mengikut kefahaman sendiri)
Well, sebagai orang glemer yang bukan artis- jawpan skema aku adalah " well, cinta tu dah sentiasa ada di dalam hati- buat apa nak cari "

laa.. apsal aku dok tulis benda merepek ni. ni la namanya syndrom nak exam tapi malas stadi. weng mode. tapi satu benda besar yang penting untuk aku harus pegang sampai mati- Innamal a'malu binniah.. Niat tu penting- Sangat2 penting. ingin dikongsikan hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Dear Atika ( ni tulis surat untuk diri sendiri ),

Moga Hijrahmu ke bumi anbiya bakal mencerahkan jalanmu ke akhirat sana. Aku harap dapat bertemu untaku yang hilang. wallahu a'alam.




yang benar,
Aku yang mengharap redha dariMU.

Kawan2- doakan saya tau!

5 comments:

Anonymous said...

hahahahaha...lawak la wei....hahahaha...dan hahahaha lg. ika..ika...huhuhu.

-org bilik sebelah-

safiah said...

takpe kak.. cari cinta sambil cari unta.. bak kata orang jawa, '2 in 1'.. hehe..

best kak gi mesir, bnyk sirah nabi.. insyallah jadi medan muhasabah diri..
Enjoy your trip~

-yang juga pernah pergi mesir-
(tapi bukan kerana mencari cinta atau unta) =P

ika mioka said...

@anonymous- sila check suhu badan, mungkin demam.

@safiah- countdown, countdown.

Anonymous said...

hihihihi,kak ika..good job la g mesir nu..jln2 mencari ilmu smbl mencari cinta..hihiii

Leq said...

atika, berjaya tak jumpa semua unta2 liar tu?
kita pun sedih baca entry awak pasal unta ni. :(

takpa, sama2 kita cari unta yg hilang walau di mana kita berada~~