Pada suatu hari: seperti biasa, aku ni kuat membebel dan mengeluh. Time tu aku agak tertekan dengan keadaan diri aku. Banyak problem. Busy. Serabut. Segala2nya stuck dalam otak aku yang kecik ni. Bermula daripada masalah personal, famili, study, komitmen lain- sampai ada tahap yang aku rasa macam aku ni orang G.I.L.A.
Jadi sahabat aku pun memberikan kata-kata yang sampai sekarang amat2 terkesan dalam hidup aku. Apa yang dia kata??
"aku hrp ko xlah terlalu negative dgn diri ko sendiri smpai nk kata diri sendiri gila. cume ko perlu take time utk settle down n trima qada' qadar Allah dgn rasa terbuka n pasrah"Waktu tu ia bagaikan masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Masuk otak kanan- tak keluar2 dah lepas tu. Huu..
Betapa degilnya hati ini.
Tapi beberapa hari selepas kejadian- kata2 tersebut kembali terngiang2 di kepala. Adakah ini satu peringatan??
Aku mula akur, mungkin aku terlalu negative dengan diri aku. Aku tidak adil kepada diri sendiri.
Kemudian, aku berazam untuk jadi seorang yang positif. Aku berazam nak hidup dalam keadaan yang sentiasa positif walau dalam apa jua keadaanku.
Alhamdulillah- walaupun pada mulanya AMAT2 sukar, aku semakin rasa otak ni 80% lebih ringan dari biasa.
Masalah ada ja, tapi simpan kat tempat yang susah nak dicapai. Jadinya takde la serabut otak.
Namun, ini adalah permulaan- terlalu jauh lagi perjalanan untuk aku jadi insan yang positif.
Aku ada banyak aset masa lalu yang aku simpan, kalau aku gunakan secara positif, maka positiflah ia, tapi kalo aku gunakan secara negatif, maka negatiflah ia.
Jadi kuncinya senang sahaja iaitu dengan be POSITIVE.
Be positive to yourself and be positive to others as well.Again, itulah sebenarnya yang Islam dah terlebih dahulu ajar kepada kita. Sekian.
2 comments:
Teringat kata2 ayah aku... :)
nasihat yg bernas takkan dilupa.
Post a Comment