Monday, June 7, 2010

Nota Untuk Hati


Kucoretkan tulisan ringkas,
Buat pedomanmu wahai hati,
Suram dunia,
Tak bermakna tiada cahaya,
Jangan kau sedih pada kegelapan,
Kerana siang kan muncul panjang.
Dugamu tak bererti benar,
Dan putusmu tak bererti hakikat.

Wahai hati
Yang sentiasa mundar mandir
Jangan kau kalah
Pada yang bukan takdir

Wahai hati,
Katakanlah,
Kau takkan berubah arah

" Rabbana la tuziq quluubana, ba'da izhadaitana, wahablana min ladunkarahmah. innaka anta al-wahhab. Ya Muqallibal Qulub. thabbits qulubana 'ala diinik, waala tooatik "

[“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.-- Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan pada ketaatan kepadamu ]

2 comments:

Park Chick said...

hati yang kecil terbeban,
dek terisi dunia yang membeban,
yakin dunia mengisi ruang,
yakin Allah hilang terbuang.

ika mioka said...

time kasih pak cik. pesanan yg sangat2 bermakna.