Seorang hamba Allah, menadah tangan lalu berdoa “ Ya Allah , tambahkanlah ilmu di dadaku, berikanlah kefahaman kepadaku, permudahkanlah urusanku sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha mengasihani “ Lalu dia pun memulakan sesi ulangkajinya. Tekun sekali. Terlalu tekun. Namun hati masih berdebar, ragu-ragu, mampukah dijawab semua soalan yang bakal dihadapinya dalam peperiksaan. Semakin singkat masa yang ada, semakin berdebar. Semakin gelisah. Semakin meronta-ronta hatinya.
Yang diceritakan di atas bukanlah cerita rekaan saya, perkara yang benar, yang seringkali berlaku dan mengundang setiap insan terutamanya para pelajar yang berada di dalam musim peperiksaan. Adakah perkara ini normal? Adakah perkara ini positif ? Ya, sehingga ke satu peringkat perkara ini masih normal dan masih positif dan sentiasa mengunjungi sesiapa sahaja di muka bumi ini.
Cumanya diri yang kerdil ini terfikir, sampai bila perlakuan kita untuk belajar bersungguh-sungguh didorong oleh rasa “gelabah” nak exam? Rasa “ takut tak boleh jawab “ ? Rasa perasaan tak sedap hati dan sebagainya? Saya nampak di sini, for long term survival untuk ilmu yang dibaca apabila didorong oleh perkara-perkara tersebut , adalah sangat rendah potensinya. Atau dengan kata lain, ilmu tu pergi bersama helaian kertas peperiksaan. Habis exam, semua dah tak ingat.
Ruginya pada masa yang telah dihabiskan pada benda yang tak kekal lama. Alangkah rugi bila kita terlupa, sebenarnya perasaan yang mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh itu lahir dari pertolongan Allah.Ruginya kalau kita lupa yang kita seringkali minta Allah untuk tolong kita fahami ilmuNya [ dengan doa kita ], tapi kita lupa nak realise yang Allah sedang menolong kita ! Kita lupa yang Allah sebenarnya berikan perasaan dan kesungguhan untuk kita belajar, Ya, definitely itu adalah pertolongan dari Allah.
Kalaupun kita sudah sedar bahawa semua ini tak lain tak bukan pertolongan dari Allah, maka persoalan yang perlu kita timbulkan pula adalah sudahkah kita bersyukur untuk itu. Makin bertambahkah rasa kasih dan keyakinan kita pada Allah yang Maha Pemberi . Janganlah terlalu mementingkan diri, berterima kasihlah kepada Allah yang tidak pernah meminta apa-apa malah memberi nikmat kepada kita tanpa ada putusnya. Bersyukurlah pada pertolonganNya, jadikan setiap usaha kita sebagai ibadah kepadaNYa.
Jangan lekangkan mulut pada ucapan Alhamdulillah, setelah menelaah.
Jangan lewatkan masa kita berjumpa denganNya ( solat ) .
Jangan ada walaupun sedikit rasa kedekut masa untuk menjalankan tanggungjawab atau untuk mengamalkan perkara sunnah kerana takut masa tidak cukup untuk study.
letakkanlah Allah di dalam hatimu.
Kalau kita benar-benar rasa study kita itu sebagai satu ibadah, maka realisasikanlah. Hakikatnya setiap ibadah yang ikhlas yang dilakukan takkan menjauhkan lagi diri kita padaNYa. Jom kita sama-sama muhasabah, adakah study kita membawa kita lebih jauh atau lebih dekat padaNya.
Hari tu mak suruh aku buat karipap. Mak kata dia rasa macam nak demam, tapi kalau maksu datang bagi juadah berbuka nanti takde apa pulak nak bagi. Aku merungut. “ Mana cik gheti buat karipap”. Muncung mulutku beberapa inci. Mak kata takpa, nanti mak ajar, sambil tu mak duduk atas kerusi dan menongkat kepala dengan tangannya. Pening kot. Bisik hati kecilku. Aku pun cuba buat karipap ikut arahan mak, boleh tahan karipap yang aku buat. Tapi mak kata bentuk dia macam dinosaur. Huhu..Ada benarnya juga sebab karipap aku buat besar-besar belaka.
Malam tu mak minta aku tak naik atas surau untuk tarawikh. Mak minta temankan dia. Dia rasa tak sihat. Dia rasa takut. Aku pun temankan mak. Kami sembang-sembang tentang mimpi. Habis segala mimpi diulas.
***
Bila malam hari raya, pukul 3-4 pagi, dengar ayah ketuk pintu. “ Cepat-cepat mai tengok apa jadi kat mak hang ni” . Aku bersama kakak-kakak aku terkebil-kebil berlari ke bilik mak. Kami tengok mak menggigil-gigil sambil mengucap dan berzikir. Tak lekang mak sebut “ Allahu akbar , Allahu Akbar “ .
Semua orang tergamam, kami semua jadi blur. Abang startenjin kereta, bawa mak ke hospital. Kami yang lain ikut dengan kereta satu lagi dari belakang. Masa tu, tak tergambar betapa tergamamnya aku, berdebar pun ada, sedih pun ada. Air mata memang tak henti-henti mengalir. Ditambah pula bila dengar lagu sayu siti nurhaliza. Memang berjurai air mata mengalir.
Bila doktor cakap mak kena serangan angin ahmar, aku cuma berharap satu ja, moga mak cepat sembuh. Masa tu aku memang tiada sebarang idea apa itu angin ahmar.
Mak terpaksa di tahan di wad. Hari raya tahun itu, kami raya di hospital. Mak minta dibawa baju rayanya . Mak nak pakai baju rayanya yang berwarna hijau .Abang bawa baju raya mak ke hospital. Sanak saudara pun datang beraya dengan mak di hospital. Ramai yang nangis-nangis bila bersalam dengan mak. Masa tu mak dah tak boleh cakap dah, dan mak lumpuh sebelah badan.
Mak pernah cerita , katanya dia mimpi orang curi tangan dia. Dua tiga hari lepas tu peristiwa ni berlaku. Lama juga mak di hospital, selepas 20 hari lebih di hospital, mak dah nampak tanda-tanda nak sembuh. Kami gembira, mak pun gembira. Mak dah boleh sebut “ a, e , i, o , u “ walaupun sedikit terpelesong. Mak suruh aku ajar dia baca yassin semula, baca lima ayat, lepas tu mak penat dan minta berhenti.
Aku kagum dengan mak , semangat dia tinggi. Aku yakin mak akan pulih seperti biasa. Aku doa moga-moga mak cepat sembuh.
Petang tu, mak ada cakap sesuatu, “ Malam ni.. malam ni..” aku tanya mak, Malam ni apa mak ? .. Mak diam dan pandang ke tingkap. Aku blur. Mak nampak aku beli shampoo baru. Mak kata mak nak pakai shampoo tu. Mak nak mandi bagi wangi. Katanya dia busuk peluh. Aku basahkan rambut mak dengan shampoo baru, mak suka sebab bau dia wangi.
Ditakdirkan Allah, petang tu, aku tak berapa sihat. Mungkin dah lama tidur tak menentu di hospital. Aku minta kakak datang, ganti tempat aku dan aku balik ke rumah. Lepas aku salam dengan mak, aku balik dengan abang.
Aku tidur di rumah Tok lang malam tu. Tak sempat aku lelapkan mata, terdengar suara lelaki memberi salam. Kami turun dari bilik dan tengok abang tercegat di pintu. Abang kata kakak call dan suruh kami datang ke hospital as soon as possible.
Entah kenapa aku rasa kereta abang bergerak teramat slow . Hati ini meronta-ronta. Cepatlah sampai ..cepatlah sampai. Abang kata don’t worry, mak ok je. Tapi aku teringat dialog mak petang tadi. Dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa, moga Allah berikan yang terbaik buat mak. Seandai ditakdirkan mak meninggalkan kami, permudahkanlah perjalanan sakaratul mautnya.
Bila aku buka pintu kereta sebaik sampai, tiba-tiba handset di tangan berbunyi. Kakak cakap, bila nak sampai, mak dah takda.. Masa tu Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku terus lari. Tak kisah la orang nak pandang macam mana pun time aku lari tu. Aku pun taktau apa tujuan aku lari.
Bila sampai di bilik mak, maksu dan kenalan mak ada di situ. Aku dah tak dapat kawal air mata. Mengalir deras sangat. Mak supeluk aku, dia kata takpa, mak pergi dengan mudah. Tapi aku tetap nak nangis, sebab mulai saat ini aku dak takda seorang insan bergelar ibu. Maksu suruh aku pergi tengok mak, wajah mak tenang, Alhamdulillah. Segala bisa kesakitan yang mak tanggung selama ini sudah diangkat.
Masa tu, barulah aku faham kenapa mak simpan dokumen-dokumen pengurusan jenazah aku yang ikut di sekolah dulu. Masa tu baru aku faham kenapa mak suka paksa aku masak kebelakangan ini, sebab aku memangtak pandai memasak. Masa tu barulah aku faham kenapa mak merungut itu dan ini, berpesan itu dan ini. Barulah aku faham.
Jenazah mak kami mandikan dan selamat dikebumikan. Pokok bunga kesayangan mak kami tanam di tepi pusaranya, moga jadi penanda tu pusara mak kami. Aku kini perlu teruskan hidup aku tanpa mak.
Tapi itu hanyalah pemikiran aku pada waktu itu. Ternyata, aku kini masih hidup dengan kenangan kenangan indah yang mak tinggalkan. Dengan segala macam pengajaran yang mak ajarkan. Subur semua pesanannya. Seringkali menemani aku. Ternyata aku kini lebih menghargai setiap pesanan ibu bilamana ibu dah tiada ! aneh betul kan ?
Hari raya kembali lagi, setiap kali hari raya kembali memori ini pasti menggamit perasaanku. Ibu, tiada apa yang dapat kuberikan kepadamu selain daripada doa dan pengharapanku pada Nya. Ya Allah, Engkau yang menciptakan untukku seorang ibu yang sangat istimewa, Kau jadikanlah dia antara insan yang istimewa di sisi-Mu. Ameen.
p/s : pesanku pada semua sahabat, hargailah ibu bapa selama mana mereka hidup. Anda yang masih ada ibu, masih ada peluang yang saya sudah tidak ada buat selama-lamanya. Jom jadi anak soleh/ solehah !
Entry ini mungkin sedikit awal, namun bahang Eidul Adha atau sinonim dengan Hari Raya Korban / Haji sudah mula terasa. Siapa tak gembira, menunggu hari-hari kemenangan dalam Islam. ;)
Soal manisnya pengorbanan
Korban itu suatu isu yang besar bagi saya. Ya, terlalu besar. Korban memberi maksud kita sanggup menggadaikan kepentingan kita untuk sesuatu tujuan lain. Saya pernah mendengar ceramah mengenai pengorbanan; ada dua persoalan yang ditanya oleh penceramah :
contoh seorang yang mahu berkorban. sekiranya dia ada RM10 , dia memberikan RM2 kepada fakir miskin. Adakah itu namanya pengorbanan? atau itu sumbangan ?
sekiranya dia hanya ada RM 10 dan di sedekahkan kepada fakir miskin tadi kesemua yang ada , adakah itu yang dinamakan pengorbanan?
Saya tidak mahu menjawab soalan tersebut, biarlah pembaca menilaikannya sendiri. Kalau erti pengorbanan seekor lembu adalah sampai tahap dia disembelih dan dilapah dagingnya, maka saya kira sudah tentu kita sebagai manusia, secara logiknya perlu lebih dari itu.
Mungkin ada persoalan yang saya selalu timbulkan kepada diri sendiri, dan saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabt saya yang membaca entry ini.
apakah definisi pengorbanan harta benda kita kalau kita selalu berfikir-fikir untuk menyumbang kepada sesuatu, takut2 nanti tak cukup untuk ditinggalkan untuk diri.
apakah definisi pengorbanan diri kita kalau kita takut kalau-kalau kita letih untuk keluar untuk menyebarkan ajaran Allah, ataupun kita takut dibenci masyarakat kerana menegur kesalahan orang lain?
apakah definisi pengorbanan masa kita, kalau sejam dua dalam 24 jam, kita rasa lokek utk beribadat kepadaNYA mahupun bangun malam , ataupun berfikir soal kemaslahatan orang lain, ataupun untuk meningkatkan usaha mengenal agama yang sedang kita anuti.
Bagaimana pula pengorbanan harta kita membeli barangan kehendak hati bagai nak rak ketika sales, dan pengorbanan tenaga kita ber " window " shopping sehingga jatuh tersungkur [ shop till u drop huhu ] dan juga pengorbanan masa kita untuk membuat sesuatu yang hanya memuaskan hati kita sahaja ? adakah itu pengorbanan yang dituntut ?? atau kita sedang berkorban untuk melayan sesuatu yang lain i.e nafsu etc ??
Banyak lagi persoalan lain dan saya tidak mahu memanjangkan entry ini dengan seribu satu persoalan. Dan apa yang saya ingin tekankan di sini, pengorbanan itu pada zahirnya bakal menarik kesenangan duniawi yang kita ada, tapi pada hakikatnya, MasyaAllah, kesan pengorbanan itu adalah pada kemanisannya yang terlalu tinggi, dan yang best nya kemanisan itu bukan untuk kita sahaja, tapi untuk orang-orang yang kita sayangi, untuk orang kita cintai, juga untuk semua orang.
Akhir kalam, kalaulah teori saya bahawa seekor lembu itu benar-benar tahu betapa manisnya pengorbanan; maka pada saat itu manusia yang tidak mahu berkorban- adakah lebih bawah tarafnya dari lembu tersebut ? ( jawablah sendiri ;) )
p/s : salam eidul adha kepada semua. Jom cari kemanisan dalam pengorbanan.
bagaikan rerumput yang subur.. menghijau.. menjadi teduhan sang embun.. bahagianya menyerlahkan silauan mentari.. berpusar; bergemerlapan.
bajakan mereka dengan takwamu.. pasti akan merumpun subur..
siramlah mereka dengan keikhlasan.. yang mengalir dari sanubari yang suci, pasti akan hadir kelopak-kelopak kemesraan, yang paling mekar; segar.. sesegar kasih TUHAN
p/s: terima kasih kepada semua sahabat2 saya yang besh!
Masih terngiang2 kata-kata seorang kawan baik saya ketika kami berborak-borak few days ago:
Saya : How’s ur life ?
Kawan : hmm.. teruk sikit la sekarang ni, busy dengan dunia la..
Lebih kurang la bunyinya, maaf lupa nak hafal dialog, tak terpikir la plak nak didokumentasikan , haha. [ renungan: sahabt2 zaman nabi hebat, hafal kata2 nabi sebijik sebijik. ]
Kata-kata tu berlegar-legar di benak saya sampai sekarang. Somehow it makes me to “muhasabah” back on what I did so far ...
Dan, akhirnya saya terpikirlah untuk menulis sesuatu tentang jalan kita menuju akhirat :
Kita sebagai umat islam, tak boleh lari dari urusan dunia. Bumi dihamparkan supaya manusia bertebaran, mencari redha Allah a.k.a beribadat kepadaNYA. It means that, setiap detik- setiap saat, by definition haruslah mempunyai partikel2 ibadat. Dunia tak boleh dipisahkan dengan akhirat. Tetapi dunia boleh dipisahkan dari hati.. ( ermm konfius ka ? )
Sebenarnya inilah konsep yang perlu kita pegang, dunia bukan di hati tetapi di tangan. Jadilah orang yang hebat, belajarlah se “ excellent “ mungkin, berkerjalah segigih mungkin. Tapi tujuannya kena jelas- bukanlah untuk mendapat ganjaran duniawi tapi ganjaran di sana.
Orang yang siang malam bersungguh2, berhempas pulas, menggembeling tenaganya semata-mata untuk mendapat ganjaran duniawi ( i.e : gaji besar, pangkat , kerja bagus ) tak sama dengan orang yg bekerja bersungguh2, berhempas pulas, menggembeling tenaganya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
biarkan dunia terus di tangan, tapi tidak bertakhta di hati
Erm seems complicated plak kan.?? Sapa tak nak redha Allah.. semua orang mengaku dia nak redha Allah, tapi jom kita sama2 muhasabah, sejauh mana kesungguhan kita untuk mendapat redha Allah. Sebagai contoh, orang yang inginkan redha Allah for sure takkan rasa hasil usahanya adalah hak mutlak peribadi. Di sinilah lahirnya keindahan islam, bila manusia yang hebat, kaya, dikagumi- tidak selfish, saling bantu membantu, dan dengan kehebatan yang dia ada menjadikan dia lebih dekat dengan Allah.. subahanallah.. alangkah indahnya teori ini. Tapi ia bukanlah teori yang idealistic tapi ia adalah teori yang realistic n proven .
Begitulah , mulianya Islam, tidak menyisihkan yang lemah and at the same time itulah antara lots of “differential values” yang ada pada muslim berbanding dengan orang yang tidak beragama islam. Alangkah bestnya, kita sama gigih, sama penat, sama tertiarap- tapi ganjaran dan hala tuju kita lebih jauh dari yang diharapkan oleh mereka yang belum diberikan hidayah islam [ orang kafir ] ..
Doa penyambung hati. Kalau saya bagi statement di bawah, rasa2 korang percaya tak? Kalau percaya berapa percent agak-agaknya ? • Doa tu penghubung hati kita dengan Allah • Doa tu penghubung hati kita dengan Rasulullah s.a.w • Doa tu penghubung hati kita dengan orang yang dah meninggal dunia • Doa itu penghubung Hati kita dengan ibu bapa • Doa itu penghubung hati kita dengan keluarga • Doa itu penghubung hati kita dengan sahabat-handai • Doa itu penghubung hati kita dengan Ummah.
Doa penghubung hati. Berdoalah agar kita tidak rugi atas tawaran yang diberikan . Kalau kita selalu gunakan peluang shopping bila ada “sales “ kenapa kita tak gunakan peluang pada “offer “ yang diberikan Allah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” [Albaqarah : 186]
Doa itu memerlukan keyakinan. Yakinlah pada doa yang kita ucapkan. Yakinlah Allah Maha Mendengar, Allah itu dekat.. Allah itu Pemberi segalanya. Doa InsyaAllah Allah akan kabulkan sooner or later. Percayalah .
Teringat saya time kecik2 dulu, saya selalu berdoa. Doa saya 3 ja lepas sembahyang, 1. Utk ibu bapa 2. Supaya cikgu tak marah dalam kelas- saya takut kalo kene marah ngan cikgu. 3. Supaya lancar baca Al-Quran.
Terkenang doa saya supaya Allah lancarkan saya baca Al-Quran : sebabnya saya among yang tak lancar baca Al-Quran dalam kelas. N even sampai sekolah menengah pun gagap-gagap kalo baca. But Alhamdulillah, betapa Allah itu Maha Mendengar, Allah takdirkan saya masuk Darul Quran( I was 17 at that time ), Allah takdirkan saya dapat Ustaz yang banyak membantu saya untuk melancarkan bacaan. Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah..
Tu baru satu citer, hehe, takkan nak citer semua kot. Privacy ma .. Doa ni kita boleh doa apa saja. Antara kita dan Dia. Yakinlah usaha kita tak ke mana tanpa pemberianNya. Jadi berdoalah dan berusahalah, kerana usaha itu adalah wasilah ( jalan ) doa kita dimakbulkan. Dan ingatlah pesan Allah pada terjemahan di bawah:
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, berdoalah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” [ Yunus : 12 ]
p/s: thanks to sholehah coz share cerita dia ttg doa . Esok saya exam aural japanese. Doakan saya ek ( moga doa kalian menghubungkan hati-hati kita ( sweet kan ? ;)))
Suatu hari yang dingin, kira-kira time winter la waktu tu. Akal dan hati berjalan bersama-sama ke Dunnes Stores ( nama kedai http://www.dunnesstores.ie/ ) . Akal dan hati sama-sama naik bas guna rambler 30 days. Boleh jimat duit kalau pakai rambler, kata akal. Sebab akal dah kira, boleh jimat beberapa puluh sen kalau pakai rambler untuk ke Dunnes Store. Hati membiarkan sahaja akal membebel . malaslah nak layan , fikir hati.
( gambar : rambler 30 days )
Bila sampai di Dunnes Stores, erm.. meliarlah mata-mata akal dan hati mencari barangan kesukaan masing-masing. Akal nak yang sihat-sihat sahaja sebab akal pernah belajar dengan lecturer Food Science di universiti nya , makanan seimbang ni diperlukan untuk kesihatan akal.
Malangnya hati suka makanan2 yang lebih memuaskan dirinya seperti Ais krim Haagen-Dazs dan beberapa makanan yang creamy dan banyak kalori. Lantaklah akal tu, aku nak ikut hati aku.. bisik hati lagi.
( gambar : aiskrim pilihan hati )
Tapi akal berdegil, nak juga barang2 yang diidamkan, hati pun sama. Malangnya duit mereka hanya ada tiga euro, tak cukup untuk membeli barang-barangyang diingini. Apa lagi, bergaduh la kedua-dua mereka sehinggalah mereka letih dan balik begitu sahaja. Pening akal dengan perangai hati. Hati pula merajuk teruk dengan perbuatan akal..
Hmm.. kesian mereka kan? Itu baru satu je yang diceritakan, banyak lagi cerita-cerita pergaduhan mereka..Hati ni bukanlah tak baik, cumanya hati ni suka tidur dalam kelas. Ceramah pun tidur, gi mana-mana pun tidur. Walaupun akal dan hati selalu bersama-sama, akal ni selfish sikit. Akal pelajar cemerlang, tak pernah tidur . Tapi malangnya akal tak pernah kejutkan hati bila tengok hati tidur di majlis ilmu.. kesiannya hati..
Kisah pergaduhan mereka tak henti-henti, sehinggalah pada suatu hari akal berkata kepada hati.
“Hati-hati, takkan lah kita nak terus begini. Takkanlah sampai ke tua kita asyik nak bergaduh? “
erm.. logik juga ek kata akal tu. Bijak la akal ni.. monolog hati ...
Jadi dipendekkan cerita mereka pun pergilah berjumpa dengan murobbi ( pendidik ) mereka. Lalu berkatalah murobbi tersebut dengan penuh berhikmah :
“ wahai akal dan hati, kamu berdua tak boleh macam ni. Kamu faham maksud synergy?Kamu faham maksud kerjasama dan tolong menolong? “
Hati dan akal mengganggukkan kepala. Ya, mereka faham perkataan itu.
“ kenapa dengan perkataan2 tersebut ustaz? “ Tanya hati kepada murobbi mereka. Hati ni bila tanya soalan memang main belasah je, walaupun soalan tu agak menunjukkan dirinya lurus bendul.
“Hmm.. beginilah.. jika kamu saling tolong menolong, InsyaAllah masalah ni boleh selesai. Akal, bila kamu Nampak hati tidur dalam majlis ilmu, kejutkan dia. Kalau hati tak faham, ajar dia. Kamu orang bijak, akal. Jangan sia-siakan apa yang Allah dah beri kepada kamu. “
“ kamu hati, kamu ada keyakinan yang tinggi yang akal takde. Hati , kamu belajar betul-betul dari akal, bila kamu betul-betul tahu, InsyaAllah kamu akan jadi hebat dengan keyakinan kamu. Keyakinan kamu akan membuatkan akal lebih hebat dan terus maju. “
Hati dan akal saling berpandangan. Mereka senyum. Satu formula yang hebat.Ya, mereka akan cuba formula itu. Chaiyok hati dan akal..semoga Berjaya .