Tuesday, March 3, 2009

Antara kita dan anak-anak


Aku tersenyum seorang diri ketika membaca mesej yang dikirimkan oleh kak hah di facebook. Mesejnya berbunyi begini :

Re: maksu

"adib nak rumah mainan. hanan nak anak patung. abang fudhail nak buku matematik dengan bahasa inggeris, dengan sains. kakak nak baju barbie dengan anak patung barbie ."

Adeh, [berpeluh maksu kat sini]. Huhu. Itulah perangai kanak-kanak. Ada saja yang diidamkan. Belilah segunung mainan pun, lagi segunung pasti ada dalam list untuk diminta daripada ibu bapa.

Antara mengikut kehendak dan menghargai

Itulah dilema yang dialami oleh ramai yang bergelar ibu bapa. Mahu diikut kehendak anak-anak tapi kadangkala melampaui batas. Kalau tidak di ikut takut-takut anak rasa dirinya tidak dihargai atau disayangi.

Diri yang belum terjun ke medan yang sebenar sudah tentu tidak dapat memberi perincian yang sebenar.Namun hasil pemerhatian dan garapan pengalaman kukira mampu untuk menggariskan sebuah teori, yang mungkin berguna untuk diri sendiri.

Anak-anak memang patut dihargai, kehadiran mereka tidak patut diabaikan. Cumanya, bagaimana cara kita menghargai anak-anak itu berbeza dari satu sama lain. Jika ibu bapa rasa cara menghargai anak-anak adalah dengan membelikan kehendak mereka, maka itulah yang tertanam pada pemikiran anak-anak.

Taraf sosioekonomi rumahtangga yang semakin meningkat dari semasa ke semasa membolehkan ibu bapa zaman ini membelikan apa sahaja yang dipinta. Tidak kiralah permintaan yang sekecil batu, mahupun sebesar gunung, semuanya sanggup diberikan demi menghargai seorang anak.Biarlah ibu/ayah kurang makan bulan ini, asalkan anak tidur kekenyangan; asalkan anak gembira menatang apa yang mereka idamkan.

Namun kadangkala timbul persoalan dalam diri ini, adakah anak-anak tadi benar-benar menginginkan apa yang dipinta? ataupun mereka hanya mahu meraih perhatian. Perhatian. Itulah satu permata keluarga yang saya rasa semakin hilang dalam banyak keluarga yang saya temui. Ayah dan ibu, sibuk melayan penat kerjaya mereka, tekanan masalah kehidupan seringkali membuatkan mereka mencari jalan pintas untuk mendekati anak anak. Belikan sahaja apa yang mereka mahukan, pasti mereka akan rasa dihargai.

Saya akui, mengikut kehendak anak-anak adalah salah satu cara kita memberikan perhatian kepada mereka. Namun, percayalah, di luar sana ada seribu satu lagi senarai cara-cara memberikan perhatian kepada anak-anak. Perhatian melalui suapan material takkan berkekalan lama. Barangkali mungkin juga pendek jangka hayatnya memandangkan nilai material sentiasa jatuh seiiring masa yang berputar.

Susah sebenarnya untuk mendidik anak-anak, apatah lagi kerja ini bukanlah kerja untuk sehari dua, tetapi hingga ke hari tua biarpun kita sendiri sudah menjadi pesara. Oleh itu, seimbangkanlah approach kita terhadap anak-anak agar tidak pening di hari tua, dan yang paling penting keluarga kita terhindar dari api neraka yang terlalu galak menyala. Seharusnya pentarbiahan anak-anak itu bermula di saat seseorang belum berumahtangga kerana kejayaan tidak akan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya memerlukan garapan usaha, seiring doa dan tawakal kepadaNya.

2 comments:

Anonymous said...

salam sahabat..

sokong paragraph yg last..kalo mahu keluarga bahagia..haruslah dengan didikan agama..dan bakal ibu bapa harus perbaiki diri dan akhlak sebelum mendirikan rumahtangga agar ianya dimulakan dengan redha Allah dan berterusan dengan redhaNya juga..lalu haruslah dicari pasangan yg beriman utk matlamat ini..bagaimana harus mendapatkan pasangan yg beriman sekiranya kita sendiri tidak mempunyai kriteria sebegitu..bukankah Allah berfirman wanita yg baik utk laki2 yg baik n vice versa..: )

ika mioka said...

saya sokong cik noge. bile lagi ? huhu