Saturday, March 21, 2009

[ klinik hati ] siapa perlu merawat dan perlu dirawat?




Anda pernah rasa best @ kembang hidung bila dipuji?

Anda pernah buat sesuatu kerana seseorang?

Anda pernah rasa diri anda hebat dari orang lain?

Anda pernah rasa dengki dengan kelebihan orang lain?

atau

anda pernah malas untuk bekerja/ berfikir??

Jika anda menjawab "YA" pada mana2 soalan, jom sama2 kita kita buat "spiritual examination" untuk mengenalpasti bahagian hati kita yang mengalami masalah.

Apa kata Rasulullah tentang hati ?
“ ...Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging, daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak, rosaklah seluruh anggota” Riwayat Bukhari.

Apa pula firman Allah s.w.t tentang orang yang mempunyai penyakit hati?

Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : “ Dalam hati mereka ada penyakit ,lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.

Besar kan peranan hati ni, sampai ada pepatah arab yang mengatakan:

" Hati itu adalah menteri yang menasihati"

Terlalu banyak sebenarnya penyakit-penyakit hati. Diri kita lebih mengenali hati sendiri. Awas, jangan sesekali kita biarkan hati kita berpenyakit, sebab kita akan jadi orang yang hina di sisi Allah kelak. Mahukah kita masuk kategori tersebut? Nauzubillah...

InsyaAllah Jika diberikan kesempatan masa dan kudrat olehNYA, kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit-penyakit hati di entry yang akan datang.

Buat masa ini, saya rasa eloklah sama-sama kita kenal apa itu hati , dan apa fungsinya . kenalpasti symptom2 penyakit hati yang mungkin kita ada. Ingat, penyakit ini perlu segera dirawat, kalau tidak bukan sahaja diri anda sengsara, mungkin juga akan melibatkan perbuatan anda terhadap orang lain.



p/s : Jom sama-sama amik stethoscope dan manual dan sama-sama kita auscultate hati kita + cari sign symptom yang mungkin ada. dan ingat, common things always come first unless u r a complicated person !

2 comments:

Anonymous said...

prevention is better than cure (^^,)

bila nampak ja sindrom tu, perlu cepat2 dapatkan rawatan.
sebab jika dibiarkan.. aduhai... complicated!

penyakit hati adalah antara penyakit yang sukar untuk dirawat..

err... betui ka cik doktor?

ika mioka said...

hehe, bukan doktor. student doktor la. haha. betui apa yang amal ckp tue. kalo kat maahad dulu suka sgt guna "alwiqayatu kharul minal 'ilaj"- sebabnya that is among few peribahasa arab yang kt tau. Gheja dok ulang benda yang sama ja. sure cikgu b.a bosan. haha