Politik kotor??
Politik tak telus!!
Politik untuk orang gila kuasa saja.
Malaslah aku nak join politik. Asyik-asyik nak kutuk orang. hentam sana hentam sini.
Macam-macam lagi kata-kata yang dikaitkan dengan politik. Kebencian kita terhadap politik mungkin memberi maksud sesuatu. Mahu atau tidak, bagi orang Islam, politik adalah salah satu cabang daripada kehidupan kita yang tidak boleh dipisahkan. Sunnah Rasullullah yang kita ikuti banyak mempamerkan kepentingan politik. Kepentingan negara Islam, kepentingan mempunyai pemimpin yang faham Islam. Bukan zaman nabi Muhammad S.a.w sahaja, namun, kalau kita lihat sirah-sirah nabi yang lain juga begitu.
Tapi kenapa zaman sekarang ramai orang yang membenci dan mencemuh politik? Kenapa nak memisahkan politik daripada kehidupan "islamik" yang kita idamkan. Cuba fikir; makan, tidur, pakaian, rumah adalah keperluan asas manusia. Apa akan jadi kalau kita tak suka tidur dan abaikan tido- tentu akan weng bukan? ( i cant imagine it - huhu). Begitulah kalau kita pisahkan politik dalam kehidupan. Mana mungkin lengkap. Dan sememangnya politik bukanlah sekadar pangkah kertas undi dan balik rumah goyang kaki. Namun ia adalah perjuangan menegakkan hukum Islam sehingga setiap insan merasa manisnya dan agungnya hukum berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah.
Berbalik kepada tajuk, apa akan jadi kalau kita allergic dengan politik? Bagi pendapat saya mungkin..
1- strategi kafir untuk menularkan fahaman sekular sudahpun berjaya dengan jayanya. Semua benda kita nak asingkan dari agama. akhirnya agama hanya tinggal solat,zakat,haji, puasa nikah kawin. tu pun brapa ramai yang confirm kusyu' solat setiap masa??
2-disebabkan peranan media yang melampau2. Saya pun frankly kalau baca akhbar kadang-kadang rasa macam nak muntah hijau..
3- disebabkan politician yang tak tunjukkan contoh yang baik. Tapi sebenarnya bukan politician je yang kene terlibat dalam politik. semua orang Islam ada peranan kita kat situ orait. Mereka hanyalah mengemudi sahaja.
Dan akibatnya...
Bila kita lihat tidak tertegaknya hukum islam, maka hidup, masyarakat, ekonomi segalanya terjejas. Maka tunggulah setiap kita untuk dipertanggungjawabkan kelak atas sikap kita yang menyisihkan keperluan agama.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment