Sunday, February 6, 2011

Penuntut ilmu atau sekadar penghafal maklumat?

Ilmu itu sifatnya eksklusif. Hanya untuk mereka yang benar2 layak. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di sisiNya. Jalan ke syurga dipermudahkan oleh Allah bg penuntut ilmu. Seluruh Makhluk di muka bumi memohon keampunan kepadanya. Subhanallah, tingginya nilai penuntut ilmu di sisi Allah.

Ilmu tidaklah sama dengan maklumat.

Ilmu pastinya membuahkan amal yang positif, menjadikan kita lebih tawadduk dan yang pastinya menjadikan kita lebih takut kepada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (Fathir:28)

* ulama membawa maksud orang yang berilmu dalam plural.

Maka aku tertanya2. Apakah aku ini benar2 penuntut ilmu yang dianjurkan oleh agamaku? Ataukah hanya sekadar penghafal maklumat untuk dicatatkan di atas kertas peperiksaan? Atau sekadar membaca maklumat untuk survival kerjaya?

Jika selama ini, "ilmu" yang dituntut tidak dapat mendekatkan diriku dengan Tuhanku, maka- terlalu rugi masa yang aku telah aku habiskan untuknya. Terlalu banyak untuk direfleksikan.

Apakah betul aku study hanya kerana Allah? atau untuk ganjaran dunia? untuk dapat degree? untuk dapat career yang bagus? atau untuk apa?Kalau hanya untuk dunia maka bertambah rugilah aku.

**********

Aku yakin Ilmu itu hak mutlak dari Allah. Ilmu itu cahaya dari Allah, mana mungkin untuk dimiliki oleh individu2 yang sentiasa melakukan maksiat. Sepertimana syair Imam As-Syafie :

“Aku mengadu pada guruku Waqi, mengenai susahnya menghafal. Beliau memperingatkanku agar membersihkan diri dari maksiat, kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang Allah berikan. Dan cahaya itu tidak akan diberikan kepada orang yang ahli maksiat” [ref ]

Mungkin kerana maksiat menjadikan kita jauh dari Ilmu seterusnya tidak dikira sebagai "ulama" disisiNya?

Marilah sama2 bermuhasabah. Di manakah posisi kita sebenarnya. Wallahualam.





2 comments:

Amal Aizad said...

suatu ketika dulu.. diri ni hanyalah penghafal maklumat.

bila dah menginjak ke alam dewasa, barulah terasa RUGI AMAT sebab mensia2kan peluang belajar di lembah ilmu dengan sekadar menjadi penghafal. :'(

Allah..

ika mioka said...

definitely agree with you. feel so sad, tapi sesal kemudian tiada gunanya. Mungkin kesedaran ni perlu ada time kecik2 lagi. barulah tak bazir masa study untuk exam je. huhu.