Allah berfirman:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنْ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang dingingi oleh nafsu iaitu perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)Ali Imran /14.
dan
Imam Ahmad berkata: Zuhud ialah tidak bergembira dengan kedatangan dunia dan tidak bersedih dengan pemergiannya.
Beliau telah ditanya tentang seorang lelaki yang mempunyai 1000 dirham, adakah dia seorang yang zuhud? Beliau menjawab.: "Ya, dengan syarat dia tidak bergembira apabila ia bertambah dan tidak bersedih apabila ia berkurangan."
p/s: nak jadi yang mana satu, pilihan di tangan kita
No comments:
Post a Comment