Dia: nak tanya pendapat sikit boleh tak?
Saya: tanya je la
Dia: Awak rasa kat mesir tu JIHAD ke tak?
Saya * menggaru kepala yang tidak gatal.
Usaha Menggulingkan Kerajaan Zalim. Adakah itu satu jihad, atau sekadar demo semata?
Honestly, saya tak tahu apa jawapannya.
Para Ulama' Mesir; saya pasti terlebih dahulu telah memberikan fatwa mereka tentang ini.
Saya sangat sempit ilmu pengetahuan tentang perkara ini, tp saya rasa ada baca tentang penglibatan Ikhwanul Muslimin juga dalam rusuhan ini. adakah ia sekadar DEMO? atau apa?
Wallahu alam, saya tak tahu.
Kawan saya menyambung lagi : dah kalo jihad, sepatutnya orang yang kononnya berjuang nak tegakkan Islam sepatutnya join IM di sana utk jihad?
Dan andai ia Jihad, maka peluang menjadi syahid terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang menginginkannya.
p/s:diharapkan entry ini tak menimbulkan controversi apa2.ia dibuat tanpa asas hukum yg dikeluarkan oleh alim ulama'. entry ini adalah semata2 untuk difikirkan oleh semua yang merasakan diri mereka jundullah/hisbullah/pejuang agama Allah dan sebagainya. Di mana posisi sebenar anda.fikir2kanlah.
No comments:
Post a Comment