Thursday, February 10, 2011

Hidup "kau-kau" dan "aku-aku".

Sekarang, orang dah tak kesah nak lihat orang lain di dalam kesusahan asalkan kehidupannya tidak terjejas. Asal periuk nasi tidak diganggu itu sudah memadai. Asalkan anak isteri dan keluarga selamat; itu sudah memadai. Biar orang lain memperjuangkan nasib mereka sendiri; yang penting hidupnya aman bahagia makmur sentosa.

Hmm.. kenapa masyarakat kita berfikiran begini?

Manusia tak mampu hidup sorang2. Itu adalah hakikat dan fitrahnya. Namun, manusia cepat sangat lupa diri. Kadang2 dengan nikmat yang sedikit; pegangan mula goyah dan rapuh. Bersyukur itu perlu, tapi syukur yang sebenar adalah pada Tuhan bukan pada manusia. Cukuplah berterima kasih; namun terima kasih tidak semestinya perlu mengikut telunjuk sesetengah pihak. Yang salah tetap salah; dan kebenaran sudah semestinya perlu ditegakkan.

Perlukah keadaan kita menjadi seperti di Mesir, baru ramai-ramai bangun menegakkan hak dan kebenaran?Saya masih ingat semasa saya di Mesir. Tiap-tiap pagi on the way ke hospital, saya akan bertembung dengan seorang pakcik di tempat longgokan sampah mencari sesuatu untuk mengisi perut. sedih bukan? Itu tidak di kira dengan anak-anak kecil yang mengutip kotak/ tin dan barangan "recycle" untuk dijual. amat-amat menyedihkan. Di hospital pula, pesakit-pesakit tidak mempunyai wang untuk datang ke hospital apatah lagi membeli ubat dan hanya akan datang dalam keadaan yang sudah end-stage. Inilah kesan apabila kekayaan negara diuruskan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan perut dan periuk ( mungkin kawah ) masing2.

Perlukah negara kita menjadi seperti ini baru rakyat celik dan bangkit menegakkan kebenaran dan membanteras kebatilan? Apakah nilai kehidupan kita hanya pada suapan wang ringgit yang tak seberapa- lalu kita diam dan tunduk mengikut perintah; tanpa mempersoalkan what will happen to the next generation? Apa akan berlaku pada anak cucu kita kalau kita sendiri lembik dengan suapan wang ringgit dan kadang2 hanya dengan gula sekilo dan beras seguni?

Hidup "kau-kau"& dan " aku-aku " ( again lari tajuk hahaha ) sebenarnya hanya merugikan masa depan kita.Setiap daripada kita pastinya ada tanggungjawab kepada ummah ( not only to urself or your family or your country ); kerana kita dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi- dan bukan hanya dijadikan untuk makan-tido-keje-kawin-dan makan lagi dan tido dan keja lagi dan mungkin kawin lagi... renung-renungkanlah, dan carilah peranan anda yang paling sesuai untuk menyelamatkan ummah.

wallahualam.

"Apa hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? [QS Al-Maidah: 50]"

No comments: