Monday, May 31, 2010

Counting the Days..


Ini la hasilnya kalo takde keje.. huhu. Kira hari.

2 hari lagi, result medicine & surgery akan keluar [ mode: tawakal ]

12 hari lagi, kakak saya akan kawin dan aku tak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut
[ mode : sedih ]

13 hari lagi, best friend aku akan melangsungkan akad nikah dan aku tak dapat hadir jugak [ mode: pasrah ]

21 hari lagi akan bermula minggu peperiksaan [ mode : gabra ]

29 hari lagi aku InsyaAllah akan ke Egypt dan aku baru tau flight aku telah dianjak tarikh- tu pun sebab aku terpaksa print tiket sebab nak apply visa [ mode : ape2 je la, serabut ]

? hari lagi- aku pasti dijemput menghadap Tuhan yang memiliki segalanya [ mode : bersediakah aku? ]

Allahumma ahyina bihayaatil ulama' wamautina bimautissyuhada'.

Tuesday, May 25, 2010

Roda Usia yang Berputar


Saya ada satu soalan.
Berapakah umur anda sekarang?
20? 25? 30? 35 ?

Tahukah anda bahawa anda mungkin berkesempatan untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak?
Best woo zaman kanak2. Main masak-masak a.k.a pondok-pondok. Main jual beli barang, main anak patung.. Huhu seronoknya
Yang lagi best mengalami kehidupan yang tak berserabut. Mengalami kehidupan yang penuh kejujuran. Penuh kebahagiaan...

Background story :

Hari ni, bersama konco saya pergi untuk berjumpa pesakit di LongStay Ward. Makcik ni ada anak patung comel di tangannya. Ala.. anak patung kecik yang slalu kita main2 tu. Dia kata dia sayang anak patung tu, and dia perlu jaga elok2 daripada dicuri. Comel. Sangat comel.
Oleh sebab mak cik tu tak ingat apa yang berlaku tentang diri dia, kami pun bersetuju untuk membuat Mini Mental State Examination untuk check mental status.

Antara soalan dalam MMSE tu berbunyi :
“Make up and write a sentence about anything.”
Nak tahu apa mak cik tu tulis ? ( sebelum tu makcik tu soh pejam mata, jgn tengok apa dia tulis )

" I think you are very nice to me, thank you"

Wahhh jujurnya makcik tu!!!!!!

[end of story ]

Ish2..ni citer gapo la plak ni. Macam merepek pun ada [ memang merepek pun ]
Tapi kan, percayalah. Semakin kita tua, roda kehidupan kita akan berputar, oleh itu janganlah kita jadi cepat naik angin atau berang jika melihat ibu-bapa kita atau atuk nenek kita bersifat keanak-anakan.

Layanilah mereka seperti mereka pernah layan sifat keanak-anakan kita dahulu.

Hormatilah mereka seperti mereka menghormati semua aspek kehidupan kita sewaktu kita kecil.

Korbankanlah sedikit masa kita untuk mereka sepertimana mereka korbankan seluruh jiwa dan raga mereka untuk membesarkan kita.

tak lupa juga, janganlah pernah berasa jijik untuk menukar lampin mereka sepertimana mereka tak pernah jijik menguruskan kebersihan kita sewaktu kecil.

dan ingatlah walaupun kita dah buat semua yang tadi tu, sebenarnya takkan pernah terbalas sedikit pun segala apa yang pernah mereka korbankan kepada kita.

Insaflah wahai anak yang selalu sahaja melupai jasa ibu bapamu. Wallahu a'lam.

Monday, May 24, 2010

Mak cik oh mak cik


Kalau minggu2 yang lalu, aku obses dengan newborn babies. Minggu ni aku mungkin menjadi obses kepada makcik2 tua plak. ( erk? apakah.. )

Harini, aku start rotation geriatric ( perubatan untuk orang tua2 ). Not too bad la.. Seronok tengok makcik2 membebel. Memang ternyata, pesakit perempuan yang dah berumur memang suka membebel. Banyak la nak komen itu dan ini, sakit situ dan sini. Comel plak aku rasa.

Pesakit lelaki plak, Hepi go lucky je gayanya. Kena cancer pun sempoi sahaja. Paling suka kalo student pompuan senyum kat dia ( amboi pakcik, sempat lagi menggatal )

Hai.. macam2 gaya manusia. Ada yang mudah difahami dan ada yang sukar dimengertikan. Ada yang degil, ada yang tak kesah. apa2 je la..

Tadi aku tengok ada makcik tua ni, jalan sendiri pun dah bersusah payah, kemudian di depannya ada kerusi roda, di atasnya ada seorang makcik yang lagi tua- yang tidak mampu berjalan. Dan makcik tua yang tadinya menolak kerusi roda itu dengan bersusah payah. Terharunya. Itulah namanya kasih sayang yang tak bersempadan. Naseb baik la ada pak cik security cepat2, gi tolong makcik yang tadi tu. Terharunya aku.








Thursday, May 20, 2010

Sesuatu yang tak disangka.Seperti Burung Kakak Tua



Harini ada session communication skills- dimana aksi kita bercakap dengan patient direkod dan kemudian diperlihatkan semula di dalam kumpulan kecil.

Tak sangka betul, dalam kita tak sedar, kita sebenarnya ada habit tertentu sewaktu berkomunikasi dengan orang lain. What really funny is- I just realized that I keep repeating the patient's answers in 80% of the conversation- just like a parrot.

Contohnya :

Aku : Makcik sakit apa makcik?
Makcik : Makcik sakit kaki.
Aku : ooo. sakit kaki

Aku lagi : kaki kat mana specificnya mak cik
Makcik : tang ni, dekat dengan tumit
Aku : ooo.. dekat dengan tumit..

AKu: dah lama ka makcik?
Makcik : ada kot 5 bulan
Aku: ooo.. 5 bulan..

Memang malu betul bila ditayangkan kepada umum, tapi yang bestnya kita dapat komen from tutor and kawan2.

Bercakap tentang burung kakak tua ni, aku ada satu kata2 yang aku rasa sangat berharga dalam hidup aku. Kata2 ni aku dapat daripada seorang ustazah sewaktu aku menumpang teduh di bumi Darul Quran 7 tahun yang lalu. Katanya :
Kalau kita hafal quran, janganlah jadi seperti burung kakak tua. Lancar dan pandai menyebut, tapi tidak tahu apa yang diperkatakan.

Benarlah. kata-kata itu benar belaka. Bukan setakat Al-Quran sahaja. Apa2 yang dalam hidup kita, apa yang kita perkatakan hendaklah dengan kefahaman bukanlah hanya mengikut2/ mengajuk2 kata-kata orang sahaja.

Berbalik kepada cerita asal, punyalah aku ber "ooo.. " di setiap kalimat yang makcik tu cakapkan, rupa2nya aku sekadar ooo sahaja tapi tak register pun dalam otak. Akhirnya aku lupa apa yang makcik tu dah cakap. ( punyalah nerves sebab tengah di rekod )

p/s: dialog di atas adalah semata2 imiginasi aku yang sedang bercakap dengan makcik dari kedah selepas aku grad nanti insyaAllah. Patient yang sebenar datang dengan epigaastric pain gitu. ( maaf kerana memutarbelitkan fakta- one thing that parrot can't do )

Saturday, May 8, 2010

Kenyataan Rasmi

Assalamualaikum,

Dengan ini saya menyatakan kebanggaan saya yang tidak terhingga kepada kawan2 yang baru sahaja bergelar dokter minggu ini ataupun minggu lepas. Tahniah diucapkan.Terutamanya kepada geng2 pisau malik ( Merville + belgrove ) iaitu; Ili, Era, ,Ayun, San - yang kat PMC tu nanti aku buat statement baru sebab korang tak exam lagi. Didoakan moga Allah permudahkan semua urusan kalian.

Tidak lupa juga kepada kawan2 yang sentiasa bertindak mengikut arahan ( hehe, maaflah sebb aku mmg gila kuasa ); Terima kasih di atas ilmu yang telah korang share- All the best for this coming exam. Moga Allah permudahkan urusan kita semua

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memintapertolongan. (Al-fatihah, 1:5)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (Ali-Imran, 3:160)




Bye..
p/s: berhenti menulis sehingga habis exam. gtg. hahaha

Monday, May 3, 2010

Cerita kecik-kecik




Kecik2 dulu kan, korang pernah tak masuk competition? musti pernah kan??
contohnya mcm singing competition ke, story telling ke, sajak ke.. nasyid ke.. apa2 la..

Dalam hidup aku, ada beberapa competition yang aku masuk di waktu sekolah rendah dulu yang sehingga sekarang mempengaruhi pemikiran aku. Barulah aku rasa, sebenarnya benda ni ada faedah di hari tua.

Kecik2 dulu aku suka masuk story telling competition. Tu pun sebab aku suka Teacher English aku time tu, Teacher Azarian Che Daud. Ada la beberapa tajuk, tapi yang still lekat di kepala otak aku sampai hari ni yang bertajuk " the lion and the mouse " .

Mula2 time kecik2 dulu aku ni jenis yang pemalu ( seriusly ) . Time tadika dulu tak pernah nak lead kawan2 untuk baca ABC ke baca doa ke etc. Sebab aku pemalu dan penakut. Tapi bila Teacher kesayangan aku ajak aku dan beberapa orang rakan lain berlatih utk story telling, aku pun bersetuju.

Seronok sebenarnya, hafal, hayati dan buat gaya yang sama. Pastu,teacher decide untuk pilih aku masuk story telling n kawan2 aku yang lain masuk singing competition ( sebab aku pernah spoilkan kumpulan nasyid sekolah aku sebab tergelak di atas pentas sewaktu menyanyikan nasyid hehe)

Sejak aku masuk competition tu, aku rasa aku dah kurang segan untuk ke depan utk cakap ke apa ke, tapi with prepared material la.
N benda tu sampai sekarang masih terkesan. Tak segan bukan bermaksud tak ketaq/gelabah. Cumanya aku rasa this is one of the best way how to build confidence untuk bercakap di depan.

p/s: consequencenya aku pernah ke depan kelas untuk menyanyi lagu kumpulan IKLIM/MEGA ke ape ntah. liriknya " C. I.N.T.A K.i.t.a... Cinta kita... "
pastu cikgu hasnah pun kata kat aku : bagus sebab berani, tapi.. kamu ni kecik lagi nak nyanyi lagu2 cinta mcm tu..
Pastu aku pun rasa tak puas hati sebab cikgu puji lagu musfirah yang ala2 gini liriknya " kring kring kring ada speda, speda ku roda tiga, ku dapat dari ayah, kerna rajin membaca"
hmm...

Sunday, May 2, 2010

R.I.S.A.U

Dalam kerja seharian kita, banyak benda yang seringkali berlegar2 di fikiran. Ada benda yang kita boleh control, dan ada benda yang kita tak mampu berbuat apa2.

Contohnya seperti pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya( takde la lebat sangat, saja nak bagi dramatik sket ), dan aku kene g study grup. Aku risau buku aku basah terkena hujan time on the way ke study grup- makanya aku pun susah hati.
Ada dua benda yang aku risau di sini. Satu hujan dan satu lagi buku basah.
Hujan? definitely I cant control
Buku yang akan basah? definitely I can do something about it.

Jadi inilah yang dinamakan bulatan2 ajaib dalam hidup. Kalau aku - aku klasifikasikan sebagai bulatan kerisauan. Walaupun tak sedap nama tu, tapi aku rasa itu yang paling tepat menggambarkan perasaan seseorang. Sebenarnya idea sebenar bulatan2 ini adalah daripada seorang penulis barat, yang dia klasifikasikan "circle of concern" and "circle of influence".
Kalo bahasa aku yang tak belajar falsafah ni, aku namakan " bulatan kerisauan dan bulatan kemampuan"

Dalam kehidupan kita seharian, memang macam2 yang kita risau. Dari sekecik2 benda sehinggalah sebesar2 benda. Ada benda yang mampu kita ubah, ada benda yang kita tak mampu untuk berbuat apa2.

Kalau kita rujuk balik diagram yang di atas tu- sebenarnya ada rahsia ajaib untuk mengecilkan bulatan kerisauan kita. Iaitu dengan saling bekerjasama- saling tolong menolong dan bantu membantu. Anda bukanlah superHero( eventhough u think u r ) untuk melakukan kerja seorang diri. Dan mungkin dengan sharing ur concern, anda bakal memberi makna baru dalam hidup kawan anda kerana dia dapat menghilangkan kerisauan anda.

Kesimpulannya- ingatlah; Banyak benda yang berlaku di dalam kehidupan kita; dan semuanya terjadi dengan ada sebab musababnya. Carilah hikmah di sebalik semua kejadian- Uruslah kerisauan anda sebaiknya dan selebihnya bertawakkallah kepada Tuhan. Dan sentiasalah ingat, kawan anda juga mungkin memerlukan anda untuk mengubati hatinya..


p/s: ada seorang lelaki bertanya kepada saya. " kenapa ek orang perempuan ni cepat risau sangat, sikit2 nak risau ".. mungkin saya perlu jawab " kalau seorang ibu hilang rasa risau, ramailah baby2 yang akan mati kerana tidak diberi makan apabila menangis kelaparan.."

Saturday, May 1, 2010

Stay in Focus


Hey, fokus2.

Ni la kejenya kalo dah takleh fokus study. Haha. Dah la tak study sangat pun, pastu nak claim takleh fokus. Camne tu??
Susah sebenarnya nak didik diri untuk fokus ni. Kadang2 kagum melihat kawan2 yang boleh stay 24 jam atau sedikit kurang daripada itu untuk membuat sesuatu perkara yang mereka suka. Syabbas diucapkan.
Aku ni, lima minit pertama ja semangat, 5 minit kedua rasa rimas, 5 minit ketiga.. zzzz.. tahap disiplin diri yang kurang.

Mcm biasa, di saat kurang daya fokus ni aku pun mulalah google. so skrg ni ada semangat baru.. memperkenalkan...

FIve More Rules...

Read FIVE MORE pages. Finish FIVE MORE topics. Work FIVE MORE minutes.


All the best