Dalam kerja seharian kita, banyak benda yang seringkali berlegar2 di fikiran. Ada benda yang kita boleh control, dan ada benda yang kita tak mampu berbuat apa2.
Contohnya seperti pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya( takde la lebat sangat, saja nak bagi dramatik sket ), dan aku kene g study grup. Aku risau buku aku basah terkena hujan time on the way ke study grup- makanya aku pun susah hati.
Ada dua benda yang aku risau di sini. Satu hujan dan satu lagi buku basah.
Hujan? definitely I cant control
Buku yang akan basah? definitely I can do something about it.
Jadi inilah yang dinamakan bulatan2 ajaib dalam hidup. Kalau aku - aku klasifikasikan sebagai bulatan kerisauan. Walaupun tak sedap nama tu, tapi aku rasa itu yang paling tepat menggambarkan perasaan seseorang. Sebenarnya idea sebenar bulatan2 ini adalah daripada seorang penulis barat, yang dia klasifikasikan "circle of concern" and "circle of influence".
Kalo bahasa aku yang tak belajar falsafah ni, aku namakan " bulatan kerisauan dan bulatan kemampuan"
Dalam kehidupan kita seharian, memang macam2 yang kita risau. Dari sekecik2 benda sehinggalah sebesar2 benda. Ada benda yang mampu kita ubah, ada benda yang kita tak mampu untuk berbuat apa2.
Kalau kita rujuk balik diagram yang di atas tu- sebenarnya ada rahsia ajaib untuk mengecilkan bulatan kerisauan kita. Iaitu dengan saling bekerjasama- saling tolong menolong dan bantu membantu. Anda bukanlah superHero( eventhough u think u r ) untuk melakukan kerja seorang diri. Dan mungkin dengan sharing ur concern, anda bakal memberi makna baru dalam hidup kawan anda kerana dia dapat menghilangkan kerisauan anda.
Kesimpulannya- ingatlah; Banyak benda yang berlaku di dalam kehidupan kita; dan semuanya terjadi dengan ada sebab musababnya. Carilah hikmah di sebalik semua kejadian- Uruslah kerisauan anda sebaiknya dan selebihnya bertawakkallah kepada Tuhan. Dan sentiasalah ingat, kawan anda juga mungkin memerlukan anda untuk mengubati hatinya..
p/s: ada seorang lelaki bertanya kepada saya. " kenapa ek orang perempuan ni cepat risau sangat, sikit2 nak risau ".. mungkin saya perlu jawab " kalau seorang ibu hilang rasa risau, ramailah baby2 yang akan mati kerana tidak diberi makan apabila menangis kelaparan.."
2 comments:
apa-apa pun, lakukan something pada benda yang kita boleh control, yang tak boleh kawal tu nak buat macam mana.....
Confirm Kena Bayar Cukai Kad Kredit
hehe. btol2. kadang2 rase geram dgn apa yg kita takleh control walhal it wont make any differences
Post a Comment