Tak sangka betul, dalam kita tak sedar, kita sebenarnya ada habit tertentu sewaktu berkomunikasi dengan orang lain. What really funny is- I just realized that I keep repeating the patient's answers in 80% of the conversation- just like a parrot.
Contohnya :
Aku : Makcik sakit apa makcik?
Makcik : Makcik sakit kaki.
Aku : ooo. sakit kaki
Aku lagi : kaki kat mana specificnya mak cik
Makcik : tang ni, dekat dengan tumit
Aku : ooo.. dekat dengan tumit..
AKu: dah lama ka makcik?
Makcik : ada kot 5 bulan
Aku: ooo.. 5 bulan..
Memang malu betul bila ditayangkan kepada umum, tapi yang bestnya kita dapat komen from tutor and kawan2.
Bercakap tentang burung kakak tua ni, aku ada satu kata2 yang aku rasa sangat berharga dalam hidup aku. Kata2 ni aku dapat daripada seorang ustazah sewaktu aku menumpang teduh di bumi Darul Quran 7 tahun yang lalu. Katanya :
Kalau kita hafal quran, janganlah jadi seperti burung kakak tua. Lancar dan pandai menyebut, tapi tidak tahu apa yang diperkatakan.
Benarlah. kata-kata itu benar belaka. Bukan setakat Al-Quran sahaja. Apa2 yang dalam hidup kita, apa yang kita perkatakan hendaklah dengan kefahaman bukanlah hanya mengikut2/ mengajuk2 kata-kata orang sahaja.
Berbalik kepada cerita asal, punyalah aku ber "ooo.. " di setiap kalimat yang makcik tu cakapkan, rupa2nya aku sekadar ooo sahaja tapi tak register pun dalam otak. Akhirnya aku lupa apa yang makcik tu dah cakap. ( punyalah nerves sebab tengah di rekod )
p/s: dialog di atas adalah semata2 imiginasi aku yang sedang bercakap dengan makcik dari kedah selepas aku grad nanti insyaAllah. Patient yang sebenar datang dengan epigaastric pain gitu. ( maaf kerana memutarbelitkan fakta- one thing that parrot can't do )
No comments:
Post a Comment