Tuesday, May 25, 2010

Roda Usia yang Berputar


Saya ada satu soalan.
Berapakah umur anda sekarang?
20? 25? 30? 35 ?

Tahukah anda bahawa anda mungkin berkesempatan untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak?
Best woo zaman kanak2. Main masak-masak a.k.a pondok-pondok. Main jual beli barang, main anak patung.. Huhu seronoknya
Yang lagi best mengalami kehidupan yang tak berserabut. Mengalami kehidupan yang penuh kejujuran. Penuh kebahagiaan...

Background story :

Hari ni, bersama konco saya pergi untuk berjumpa pesakit di LongStay Ward. Makcik ni ada anak patung comel di tangannya. Ala.. anak patung kecik yang slalu kita main2 tu. Dia kata dia sayang anak patung tu, and dia perlu jaga elok2 daripada dicuri. Comel. Sangat comel.
Oleh sebab mak cik tu tak ingat apa yang berlaku tentang diri dia, kami pun bersetuju untuk membuat Mini Mental State Examination untuk check mental status.

Antara soalan dalam MMSE tu berbunyi :
“Make up and write a sentence about anything.”
Nak tahu apa mak cik tu tulis ? ( sebelum tu makcik tu soh pejam mata, jgn tengok apa dia tulis )

" I think you are very nice to me, thank you"

Wahhh jujurnya makcik tu!!!!!!

[end of story ]

Ish2..ni citer gapo la plak ni. Macam merepek pun ada [ memang merepek pun ]
Tapi kan, percayalah. Semakin kita tua, roda kehidupan kita akan berputar, oleh itu janganlah kita jadi cepat naik angin atau berang jika melihat ibu-bapa kita atau atuk nenek kita bersifat keanak-anakan.

Layanilah mereka seperti mereka pernah layan sifat keanak-anakan kita dahulu.

Hormatilah mereka seperti mereka menghormati semua aspek kehidupan kita sewaktu kita kecil.

Korbankanlah sedikit masa kita untuk mereka sepertimana mereka korbankan seluruh jiwa dan raga mereka untuk membesarkan kita.

tak lupa juga, janganlah pernah berasa jijik untuk menukar lampin mereka sepertimana mereka tak pernah jijik menguruskan kebersihan kita sewaktu kecil.

dan ingatlah walaupun kita dah buat semua yang tadi tu, sebenarnya takkan pernah terbalas sedikit pun segala apa yang pernah mereka korbankan kepada kita.

Insaflah wahai anak yang selalu sahaja melupai jasa ibu bapamu. Wallahu a'lam.

No comments: