Kalau minggu2 yang lalu, aku obses dengan newborn babies. Minggu ni aku mungkin menjadi obses kepada makcik2 tua plak. ( erk? apakah.. )
Harini, aku start rotation geriatric ( perubatan untuk orang tua2 ). Not too bad la.. Seronok tengok makcik2 membebel. Memang ternyata, pesakit perempuan yang dah berumur memang suka membebel. Banyak la nak komen itu dan ini, sakit situ dan sini. Comel plak aku rasa.
Pesakit lelaki plak, Hepi go lucky je gayanya. Kena cancer pun sempoi sahaja. Paling suka kalo student pompuan senyum kat dia ( amboi pakcik, sempat lagi menggatal )
Hai.. macam2 gaya manusia. Ada yang mudah difahami dan ada yang sukar dimengertikan. Ada yang degil, ada yang tak kesah. apa2 je la..
Tadi aku tengok ada makcik tua ni, jalan sendiri pun dah bersusah payah, kemudian di depannya ada kerusi roda, di atasnya ada seorang makcik yang lagi tua- yang tidak mampu berjalan. Dan makcik tua yang tadinya menolak kerusi roda itu dengan bersusah payah. Terharunya. Itulah namanya kasih sayang yang tak bersempadan. Naseb baik la ada pak cik security cepat2, gi tolong makcik yang tadi tu. Terharunya aku.
1 comment:
comelnye makcik dlm gambo tu..bagus la u enjoy ur rotation.my GP em not that bad..die director GP specialist training kat sini..huhu
Post a Comment