Friday, July 29, 2011

Rindu Ramadhan di sana...

Alhamdulillah, tahun lepas Allah kurniakan kesempatan kepadaku untuk menikmati nikmat Ramadhan di bumi Mesir. Tak dapat dinafikan, aku masih merindui bumi itu. Bumi yang serba sederhana, namun banyak pengalaman yang terukir buat kenang-kenangan.
Sungguh, kedatangan Ramadhan amat2 terasa- kawasan perumahan dihias dengan hiasan-hiasan sebagai lambang mengalu-alukan kedatangan Ramadhan... sungguh unik.
Awal pagi pertama Ramadhan, aku dikejutkan dengan ketukan tin dan suara anak-anak kecil riang berteriakan " sahara, sahara" . Teringat zaman aku kecik2 dulu. Time sahur pun boleh lagi tidur depan pinggan! MasyaAllah, bagaimanalah orang2 di sana mendidik anak-anak memuliakan Ramadhan, bahkan sungguh bersemangat menyambut bulan yang penuh barakah ini....

Setibanya di hospital ( untuk membuat medical elective ) muka-muka ceria doktor2 dan nurse mengucapkan "ramadhan kareem " kepada sesiapa sahaja yg mereka temui. Aku ikut team general surgery- jadi aku tengok mcmana doktor2 membaca Al-Quran di waktu senggang i.e menunggu ward round, menunggu set-up OT. Memang happening la. Dalam team aku tu pulak ada sorang budak German, yang dia pun akhirnya segan untuk meneguk air mineral di depan kami, bahkan ke tandas untuk minum air.

Bila tarawikh plak, adik2 yg aku tumpang rumah mereka bawa kami ke masjid ( ape ntah namanya ), berpusu2 orang turun Metro untuk solat di situ, ramai dan bersungguh2. Apa yang mereka lakukan sungguh membuatkan aku rasa kagum, ramai hamba Allah yang benar2 dan bersungguh2 menghayati dan merebut peluang barakah Ramadhan sedangkan aku sendiri kurang kesedaran seperti mereka, bahkan kadang2 rasa malas untuk tarawikh. owh, sungguh tertampar2..

Itu apa yang berlaku di bandar Sayyidah Zainab, di Madina Nasr plak, kelas talakki giat dijalankan oleh syeikh2 terkemuka. Malam harinya, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki yang datang dari jauh turut melebarkan tarbiyahnya yang cukup terkesan untuk anak-anak Malaysia/Indonesia, Brunei dan S'pore. Kuliah seusai solat tarawikh itu memenuhkan lagi diari Ramadhan hingga lewat malam. Bertuahnya pelajar-pelajar di sana..


[ bertuahnya pelajar-pelajar di sini. Dapat mendalami ilmu agama dengan ulama-ulama terkemuka- gambar sebelum ramadhan ]

Oleh kerana banyak benda yang berlaku di Madinah Nasr, aku mengambil keputusan untuk berulang alik dari sana ke Sayyidah Zainab setiap hari . Pagi-pagi jalan mengambil bas di simpang hadapan, pasti aku terjumpa seorang pakcik tua, berpakaian compang camping yang mencari-cari makanan di longgokan sampah di perumahan itu...Itu tidak dikira lagi anak-anak2 kecil dan makcik tua yang mengemis di sepanjang jambatan merentasi sungai Nil. Sedihnya melihat kondisi mereka...
Selepas Subuh, aku keluar menaiki bas, turun di depan Hospital Qasr al-aini, pasti aku takkan melepaskan peluang seketika untuk menikmati udara pagi segar di sekitar sungai Nil. Sungguh mengasyikkan..

Aku meninggalkan hospital selepas Zohor, untuk pulang semula ke Madinah Nasr. Time balik challenging sikit, sebab kena amik beberapa jenis transportation termasuklah tramco. Aku kurang gemar menaiki tramco sebab aku ni jenis tak ingat jalan, setakat Metro tu ok la sebab takde pusing-pusing mana. Di dalam Metro, ramai orang sibuk membaca Al-Quran masing2, terutamanya golongan muda. Subhanallah...Walaupun aku terpaksa travel sorang2 untuk naik tramco, tapi Alhamdulillah, sebab setiap kali ja aku naik, pasti ada ramai Malaysian yang nak ke kelas Syeikh Nuruddin. Jadi tak pernah lagi aku sorang-sorang ke Hayyu Sabi'...

Actually banyak giler kenangan terindah aku sewaktu ber-Ramadhan di sana. Ni tak citer lagi explorace aku bersama Najwa ke Iskandariah, perisitiwa hampir ditangkap polis di pejabat membuat visa and so on.. malangnya dah penat menaip. len kali if ada mood, I'll write again about my journey. The best journey ever. Sangat berharap dapat ke sana lagi..

Monday, June 6, 2011

Proses Menanam Anggur Bermula

Alhamdulillah, selamat sudah menjejakkan kaki di tanah air tercinta, setelah 6 tahun mencari ilmu di bumi orang. Hopefully, I can spend my time with my family and friends before start working. Untuk menjayakan misi ni," terpaksalah" saya bekerja sebagai penanam anggur buat sementara waktu. Dah keja nanti tatau la bila lagi nak dapat cuti..

Cant wait to see all my frens especially geng2 maahad dulu. ;)

Wednesday, March 23, 2011

Berapa kali nak memperbodoh dan diperbodohkan?

Salam.. fuiyyo tajuk ganaz. tapi tu la hakikatnya. naik mual baca spekulasi2 media ttg politik tanahair yg balik2 memperkenalkan isu-isu seks dan seterusnya memperbodohkan org lain. Dah le sikit2, bosan kot. Naik turun naik turun court- duit rakyat juga yg diperabihkan. Ramai org keja siang malam sampai keluarga terabai, apatah lagi kesihatan - untuk menyara hidup dan berbakti kepada negara terchenta dengan membayar tax- dan akhirnya duit tersebut digunakan utk bayar mahkamah yang tak selesai2. Udah2 ler tu.. perabih boras ja.

Tidak dinafikan- Zina itu haram. itu termaktub dalam al-quran. Tp banyak lagi benda lain yg haram seperti Riba, tidak mengaulakan hukum Islam dan sebagainya yang lagi berleluasa daripada isu sumbang skandal seks yang tak habis2 yang ntah betul entah tidak dan akhirnya menjadikan rakyat jelata terus mahu tutup telinga dan pejam mata kerana "kekotoran" dunia politik.

Bagi yang celik dan nak fikir, motifnya jelas sekali kenapa perkara sebegini terjadi. Jgnlah kita tergolong dalam golongan yang terus diperbodohkan. Masyarakat dunia telah menunjukkan suara rakyat mereka. Malaysia bila lagi? Keluarlah mengundi dan undilah org yg betul. ( hahaha, ala2 ahli politik plak )

p/s: serius nak muntah hijau baca paper. deh

Thursday, March 17, 2011

[ Kisah Seram ] Pronouncing death

Salam.

Seriusly random giler entry aku semenjak dua menjak ni. Stress induced kot. Nak final ni macam2 yang terpikir...

Oklah, sekadar nak share my experience time buat subintern. Time tu ikut intern aku oncall. Dapat bleep dari ward.Sorang patient telah meninggal. Seketika kemudian, kami pun tiba di tempat kejadian. Tugasnya hanyalah untuk mengesahkan kematian.

Time tu dah around pukul 9 mlm. Malam sunyi dah syahdu sebab semua visitors dah balik... Then intern aku tanya. Pernah pronounce death tak sebelum ni? Aku dengan muka letih dah blur cakap. "Tak pernah. macam mana tu?"
Intern aku " come on, take the glove "..
Aku pun ikut dia. Dup dap dup dap.. berdebar2 hatiku. Kami makin menghampiri curtain tempat kejadian. Aku dalam hati berbisik " eh nak baca doa apa ek utk org mati ni, mesti ruh dia tgh tengok apa aku buat.. erk, tapi dia org kafir.."
Kami masuk. Huish, meremang bulu roma aku. Penah ja tgk cadever sebelum ni dan bermandi dgn lemak cadever kat dissection room tu, tapi kali ini perasaan aku agak suspen. Dupdap dupdap..
Mayat tersebut kaku, pucat, seorang tua yang sgt kurus.. "Kullu nafsin zaaiqatul mautt.." aku membisikkan kepada diriku. " Macam mana la agaknya aku mati nanti?" hatiku terus berbisik.
" Ok now, what to do to confirm this?" intern aku memecahkan kesunyian.
Aku dengan sengih kerang busuk menggelengkan kepala - aku ni penakut, dok soh aku plak.
Pastu intern aku dgn pasrahnya tunjuk- check pupil reflex, pastu corneal reflex, pastu auscultate heart, then check pulse.
" Ok, now you do it "
Waaaaa.. hatiku dah mula mcm nak lari. Aku pun start with inspection, pale, stiff, palpate- cold. tgk la pupil dia, mmg dah takdak sinar mcm org hidup, check corneal reflex, takdak jugak. Pastu aku just mention i would like to auscultate the heart ( mengelat utk steteskop aku terkena mayat ), then lastly feel the pulse. And guest what? I can feel the pulse!!! Oh no. aku yang sedia kecut ni tros terkecut.. cuak giler. tapi aku maintain je depan mayat tu...

Kat Nurse Office aku memberanikan diri aku tanya intern aku, manalah tau sebenarnya mayat tu masih hidup ( hahaha, ntah hapa2 la aku ni ).
Aku : "Can u feel the pulse just now?"
Intern : Ofkos not
Aku : I think I could feel the pulse ( sambil buat muka cuak )
Intern : that's because you are nervous and you feel your own pulse.
Aku : <>

Hoho. Malam tu aku balik umah kol 11 mlm tunggu bas sorang2 sampai 1130. Allah saja yang tahu perasaan ini.

P/s: sepatutnya pengajaran yg perlu di ambil adalah, bilakah saat kita pula dan bersediakah kita menghadapi kematian. Bukannya cerita penakot ini. Full stop.

Friday, February 18, 2011

Puisi berbentuk Sains.

Salam alaik.

Entry kali ni berbentuk saintifik sikit. tiba-tiba ja teringat time dolu2, waktu aku darjah 5, menyertai Kem Sains Daerah Kubang Pasu kat BTN Kulim kot kalo tak silap. Time tu kami diperkenalkan dengan puisi berbentuk Sains. Aku masih samar-samar ingat, puisi tu tentang jantung. Then bila aku form 3, ada pertandingan menulis puisi berbentuk sains, aku dengan suka -sukinya mencedok cebis-cebis ingatan aku tentang puisi 5 tahun yang dulu. dan taraa.. keputusannya aku menang dapat nombor satu. Hehe. So harini sebagai insan yang pernah menang puisi berbentuk sains, aku nak wat satu lagi puisi sains ( lebih ke arah medic ) bertajuk metabolic acidosis. Tara...

Metabolic Acidosis

Metabolic acidosis...
Kerana engkau aku garu kepala..
Increase anion gap bukan main beriya
differential diagnosismu sungguhla banyak
Aku yang makin sangap mencari ilmu
makin teruja mengenangkan engkau;
metabolic acidosis

Metabolic acidosis..
Engkau punyai dua wajah
mungkin kau hilang bicarbonate
mungkin juga engkau ada penambahan acid
bila bicarbonatemu hilang- kau mula mencaci pada diarrhea, pada pancreatic fistula, pada renal tubular acidosis.
tapi, kenapa kau biarkan DKA, lactic acidosis, dan aspirin poisoning yang akan terus menjadikanmu metabolic acidosis?
mengapa? mengapa?


- luahan hati seorang pelajar medic yang sudah acidotic. I need a new ABG! a normal one-

p/s : entri berbentuk medic. maaf kpd non medics. tak perlu utk difahami
ABG bukannya bermaksud abang, tapi arterial blood gas. Jgn salah anggap okay.
wassalam

Tuesday, February 15, 2011

Layan gambar General Election 2011

Ireland akan mengadakan General Election tak lama lagi. Ni la rupa perang poster di sini. Cool and simple but the message delivered. Semua size poster sama, cuma dipasangkan di tiang letrik.




Bezakan dengan di negara kita??



Orang kita ni memang suka la bab-bab beriya ni. Ni baru pilihanraya. Tak masuk kenduri kawin yang nak ada semua benda bagai , sampai kadang-kadang membebankan pengantin sangat-sangat. Takke membazir namanya tu. Nanti duit sapa juga yang habis/ dihabiskan.. huhu

Friday, February 11, 2011

Apa jadi kalau anda "allergic" dengan politik ??

Politik kotor??
Politik tak telus!!
Politik untuk orang gila kuasa saja.
Malaslah aku nak join politik. Asyik-asyik nak kutuk orang. hentam sana hentam sini.


Macam-macam lagi kata-kata yang dikaitkan dengan politik. Kebencian kita terhadap politik mungkin memberi maksud sesuatu. Mahu atau tidak, bagi orang Islam, politik adalah salah satu cabang daripada kehidupan kita yang tidak boleh dipisahkan. Sunnah Rasullullah yang kita ikuti banyak mempamerkan kepentingan politik. Kepentingan negara Islam, kepentingan mempunyai pemimpin yang faham Islam. Bukan zaman nabi Muhammad S.a.w sahaja, namun, kalau kita lihat sirah-sirah nabi yang lain juga begitu.

Tapi kenapa zaman sekarang ramai orang yang membenci dan mencemuh politik? Kenapa nak memisahkan politik daripada kehidupan "islamik" yang kita idamkan. Cuba fikir; makan, tidur, pakaian, rumah adalah keperluan asas manusia. Apa akan jadi kalau kita tak suka tidur dan abaikan tido- tentu akan weng bukan? ( i cant imagine it - huhu). Begitulah kalau kita pisahkan politik dalam kehidupan. Mana mungkin lengkap. Dan sememangnya politik bukanlah sekadar pangkah kertas undi dan balik rumah goyang kaki. Namun ia adalah perjuangan menegakkan hukum Islam sehingga setiap insan merasa manisnya dan agungnya hukum berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah.

Berbalik kepada tajuk, apa akan jadi kalau kita allergic dengan politik? Bagi pendapat saya mungkin..

1- strategi kafir untuk menularkan fahaman sekular sudahpun berjaya dengan jayanya. Semua benda kita nak asingkan dari agama. akhirnya agama hanya tinggal solat,zakat,haji, puasa nikah kawin. tu pun brapa ramai yang confirm kusyu' solat setiap masa??

2-disebabkan peranan media yang melampau2. Saya pun frankly kalau baca akhbar kadang-kadang rasa macam nak muntah hijau..

3- disebabkan politician yang tak tunjukkan contoh yang baik. Tapi sebenarnya bukan politician je yang kene terlibat dalam politik. semua orang Islam ada peranan kita kat situ orait. Mereka hanyalah mengemudi sahaja.

Dan akibatnya...
Bila kita lihat tidak tertegaknya hukum islam, maka hidup, masyarakat, ekonomi segalanya terjejas. Maka tunggulah setiap kita untuk dipertanggungjawabkan kelak atas sikap kita yang menyisihkan keperluan agama.

Wallahu alam.

Thursday, February 10, 2011

Hidup "kau-kau" dan "aku-aku".

Sekarang, orang dah tak kesah nak lihat orang lain di dalam kesusahan asalkan kehidupannya tidak terjejas. Asal periuk nasi tidak diganggu itu sudah memadai. Asalkan anak isteri dan keluarga selamat; itu sudah memadai. Biar orang lain memperjuangkan nasib mereka sendiri; yang penting hidupnya aman bahagia makmur sentosa.

Hmm.. kenapa masyarakat kita berfikiran begini?

Manusia tak mampu hidup sorang2. Itu adalah hakikat dan fitrahnya. Namun, manusia cepat sangat lupa diri. Kadang2 dengan nikmat yang sedikit; pegangan mula goyah dan rapuh. Bersyukur itu perlu, tapi syukur yang sebenar adalah pada Tuhan bukan pada manusia. Cukuplah berterima kasih; namun terima kasih tidak semestinya perlu mengikut telunjuk sesetengah pihak. Yang salah tetap salah; dan kebenaran sudah semestinya perlu ditegakkan.

Perlukah keadaan kita menjadi seperti di Mesir, baru ramai-ramai bangun menegakkan hak dan kebenaran?Saya masih ingat semasa saya di Mesir. Tiap-tiap pagi on the way ke hospital, saya akan bertembung dengan seorang pakcik di tempat longgokan sampah mencari sesuatu untuk mengisi perut. sedih bukan? Itu tidak di kira dengan anak-anak kecil yang mengutip kotak/ tin dan barangan "recycle" untuk dijual. amat-amat menyedihkan. Di hospital pula, pesakit-pesakit tidak mempunyai wang untuk datang ke hospital apatah lagi membeli ubat dan hanya akan datang dalam keadaan yang sudah end-stage. Inilah kesan apabila kekayaan negara diuruskan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan perut dan periuk ( mungkin kawah ) masing2.

Perlukah negara kita menjadi seperti ini baru rakyat celik dan bangkit menegakkan kebenaran dan membanteras kebatilan? Apakah nilai kehidupan kita hanya pada suapan wang ringgit yang tak seberapa- lalu kita diam dan tunduk mengikut perintah; tanpa mempersoalkan what will happen to the next generation? Apa akan berlaku pada anak cucu kita kalau kita sendiri lembik dengan suapan wang ringgit dan kadang2 hanya dengan gula sekilo dan beras seguni?

Hidup "kau-kau"& dan " aku-aku " ( again lari tajuk hahaha ) sebenarnya hanya merugikan masa depan kita.Setiap daripada kita pastinya ada tanggungjawab kepada ummah ( not only to urself or your family or your country ); kerana kita dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi- dan bukan hanya dijadikan untuk makan-tido-keje-kawin-dan makan lagi dan tido dan keja lagi dan mungkin kawin lagi... renung-renungkanlah, dan carilah peranan anda yang paling sesuai untuk menyelamatkan ummah.

wallahualam.

"Apa hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? [QS Al-Maidah: 50]"

Sunday, February 6, 2011

Penuntut ilmu atau sekadar penghafal maklumat?

Ilmu itu sifatnya eksklusif. Hanya untuk mereka yang benar2 layak. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di sisiNya. Jalan ke syurga dipermudahkan oleh Allah bg penuntut ilmu. Seluruh Makhluk di muka bumi memohon keampunan kepadanya. Subhanallah, tingginya nilai penuntut ilmu di sisi Allah.

Ilmu tidaklah sama dengan maklumat.

Ilmu pastinya membuahkan amal yang positif, menjadikan kita lebih tawadduk dan yang pastinya menjadikan kita lebih takut kepada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (Fathir:28)

* ulama membawa maksud orang yang berilmu dalam plural.

Maka aku tertanya2. Apakah aku ini benar2 penuntut ilmu yang dianjurkan oleh agamaku? Ataukah hanya sekadar penghafal maklumat untuk dicatatkan di atas kertas peperiksaan? Atau sekadar membaca maklumat untuk survival kerjaya?

Jika selama ini, "ilmu" yang dituntut tidak dapat mendekatkan diriku dengan Tuhanku, maka- terlalu rugi masa yang aku telah aku habiskan untuknya. Terlalu banyak untuk direfleksikan.

Apakah betul aku study hanya kerana Allah? atau untuk ganjaran dunia? untuk dapat degree? untuk dapat career yang bagus? atau untuk apa?Kalau hanya untuk dunia maka bertambah rugilah aku.

**********

Aku yakin Ilmu itu hak mutlak dari Allah. Ilmu itu cahaya dari Allah, mana mungkin untuk dimiliki oleh individu2 yang sentiasa melakukan maksiat. Sepertimana syair Imam As-Syafie :

“Aku mengadu pada guruku Waqi, mengenai susahnya menghafal. Beliau memperingatkanku agar membersihkan diri dari maksiat, kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang Allah berikan. Dan cahaya itu tidak akan diberikan kepada orang yang ahli maksiat” [ref ]

Mungkin kerana maksiat menjadikan kita jauh dari Ilmu seterusnya tidak dikira sebagai "ulama" disisiNya?

Marilah sama2 bermuhasabah. Di manakah posisi kita sebenarnya. Wallahualam.





Friday, February 4, 2011

Tidak sedih dengan pemergian dunia dan tidak bergembira dengan kedatangannya.

Hari ni, exam results keluar. Ada yang melompat-lompat kegembiraan dan ada juga yang bermuram durja kerana kena resit or result tak seperti yang digambarkan. Apa2 pun , masing-masing ada reason why the react such way.

Kemudian ada terbaca tentang cerita-cerita orang yang dikategorikan zuhud. iaitu orang yg tidak pernah berbangga dengan dunianya dan tidak pula sedih apabila mendapat dunia. Bukanlah bermakna orang zuhud selalu kena jadi orang yang tidak hebat di kehidupan dunia, tapi akhlak orang yang zuhud adalah tidak terlalu taksub dengan dunia. Usaha dunia adalah wajib untuk memperolehi akhirat.

In that sense, aku terpikir. Kalau semua org pegang konsep ni, mungkin kita tak terlalu down apabila ditimpa musibah, dan orang yang mendapat kejayaan takkan bongkak dan sombong dengan kejayaan yang dikecapi.

Last but not least, buat peringatan diri sendiri dan kawan2

Allah berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنْ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang dingingi oleh nafsu iaitu perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)Ali Imran /14.

dan

Imam Ahmad berkata: Zuhud ialah tidak bergembira dengan kedatangan dunia dan tidak bersedih dengan pemergiannya.

Beliau telah ditanya tentang seorang lelaki yang mempunyai 1000 dirham, adakah dia seorang yang zuhud? Beliau menjawab.: "Ya, dengan syarat dia tidak bergembira apabila ia bertambah dan tidak bersedih apabila ia berkurangan."


p/s: nak jadi yang mana satu, pilihan di tangan kita

Wednesday, February 2, 2011

Fenomena di Mesir, JIHAD atau DEMO?

On je computer, got an Instant message from my friend.

Dia: nak tanya pendapat sikit boleh tak?
Saya: tanya je la
Dia: Awak rasa kat mesir tu JIHAD ke tak?
Saya * menggaru kepala yang tidak gatal.

Usaha Menggulingkan Kerajaan Zalim. Adakah itu satu jihad, atau sekadar demo semata?
Honestly, saya tak tahu apa jawapannya.
Para Ulama' Mesir; saya pasti terlebih dahulu telah memberikan fatwa mereka tentang ini.
Saya sangat sempit ilmu pengetahuan tentang perkara ini, tp saya rasa ada baca tentang penglibatan Ikhwanul Muslimin juga dalam rusuhan ini. adakah ia sekadar DEMO? atau apa?
Wallahu alam, saya tak tahu.

Kawan saya menyambung lagi : dah kalo jihad, sepatutnya orang yang kononnya berjuang nak tegakkan Islam sepatutnya join IM di sana utk jihad?


Dan andai ia Jihad, maka peluang menjadi syahid terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang menginginkannya.

169
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
169. Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup [248] disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. [248] Yaitu hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan- kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.
170
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
170. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka [249], bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. [249] Maksudnya ialah teman-temannya yang masih hidup dan tetap berjihad di jalan Allah s. w. t.

p/s:diharapkan entry ini tak menimbulkan controversi apa2.ia dibuat tanpa asas hukum yg dikeluarkan oleh alim ulama'. entry ini adalah semata2 untuk difikirkan oleh semua yang merasakan diri mereka jundullah/hisbullah/pejuang agama Allah dan sebagainya. Di mana posisi sebenar anda.fikir2kanlah.

Monday, January 31, 2011

Sesungguhnya Allah bersama kita.

Mulanya sedikit bimbang ( mungkin banyak ) memikirkan keadaan kawan2 saya di Mesir, setelah membaca tulisan2 blog dan sebagainya. Tak dapat dibayangkan betapa risaunya sanak saudara apatah lagi ibu bapa yang mempunyai anak2 yang menetap di bumi Anbiya itu.

Satu demi satu nombor telefon kawan2 saya, saya dial- Alhamdulillah berjaya menembusi 2x. Managed to talk to them, Alhamdulillah to hear bout their condition at the moment, eventhough they themselves don't know what's gonna happen next.

Manusia merancang, tapi perancangan Allah paling aula. From the conversations, I could say nothing much we can contribute physically. Duit pun diorang takleh nak amik kat ATM, kedai tutup, takleh kuar bla2. Pelajar2 rumah sewa telahpun di pindah ke asrama, di mana keadaan di sana lebih terjaga dibandingkan dengan tinggal di rumah masing-masing.

Dari apa yang saya dapat, InsyaAllah keadaan terkawal untuk student Malaysia, yang penting dan mampu untuk semua orang buat adalah berdoa kepada Allah , moga Alllah sejahterakan keadaan mereka dan permudahkan segala urusan mereka untuk dipindahkan sekiranya keadaan memerlukan. Sesungguhnya Allahlah sebaik2 pelindung. Ya Allah selamatkanlah sahabat2 saya di sana.


p/s: tetap merasakan kerajaan yang zalim patut dirobohkan. dengan cara apa? terpulanglah. mungkin rakyat di sana sudah lama menderita di bawah pemerintahan Hosni yg diktator. Berundur sajalah..

Thursday, January 27, 2011

Your Unique Differential Values

Setiap manusia dijadikan berlainan. Bermula dari struktur genetic yang sememangnya lain, menjadikan kita tidak serupa. Even monozygotic twin yg dikatakan mempunyai identical gene juga, mungkin ada mutation di mana2 or at least getting different intensity of exposure from the environment menjadikan kita adalah kita. Maha suci Allah yang menciptakan kita semua berlainan.

Memandangkan kita adalah kita, tentunya ada kelebihan dan kekurangan. Di situlah adanya " differential values" tersendiri. Orang yang pandai memanipulasikan differential values mereka akan nampak lebih tertonjol dari yang lain. Mungkin kita lebih tahu apa yg kita lemah, apa yang kita pandai.


Skop pemikiran yang terlalu exam oriented menjadikan kita hanya tertumpu kepada hanya beberapa perkara. Orang yang excel exam dikatakan bagus, pandai, terbaik dan segalanya. Hakikatnya, dunia kita lebih luas. Lebih luas dari dunia akademik. Ntahlah, kadang2 kehidupan manusia yang terlalu mementingkan akademik ni menjadikan manusia mementingkan diri semata2 nak score exam. Contoh mudah adalah; time exam ramai mengelat utk nak buat tugasan rumah, taknak buat itu dan ini hanya kerana nak menggeledah buku dari kulit ke kulit. Itu bukanlah sepatutnya yang berlaku. Akademik adalah salah satu cara saja yg diatur oleh manusia untuk kita memperoleh sesuatu, tapi bukan segala2nya.

Berbalik kepada tajuk, (hihi, as always slalu lari topik). Our differential value makes us special, and unique. Find it & polish it. Its all yours.



Sunday, January 23, 2011

Jalan yang boleh dipilih.

Saya boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya bekerja di atas dasar monthly payment yang kononnya agak berbaloi, dapat elaun untuk oncall dan enjoy dengan cuti-cuti sedikit yang disediakan

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang doktor yang hanya buat kerja dengan bagus semata2 untuk mengelakkan any medicolegal cases. Takut kena saman menjadikan saya buat semua necessary investigations and provide the best treatment for every of my patients.

Saya juga boleh memilih untuk menjadi seorang yang workaholic yang hanya memikirkan soal kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya. Saya boleh memilih untuk tidak memperdulikan orang lain, dan memilih untuk melakukan apa sahaja untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Saya juga bole2 h memilih untuk buat lebih kurang terhadap pesakit yang saya temui, jadi doktor yang " garang " supaya pesakit tak naik kepala, kurangkan senyum untuk save my energy .. bla2..

Akhirnya saya boleh memilih untuk memilih sesuatu, namun berbaloikan pilihan saya untuk hanya memilih kehidupan dunia yang hanya sebuah persinggahan? Wallahu a'lam.

Wednesday, January 19, 2011

Mencari Hati yang Hilang

Pencarian
Bukanlah episod indah
Hidup tanpa sejahtera

Hati yang hilang
di tengah lumpur pekat
Tak bisa untuk kugapai

Andai dipinggir
sekeping hati
mungkinkah hambar
sebuah kehidupan

Hati yang meniti hari
Mencanang suka dan duka
Tak pernah bercerita

Hati yang usang
terus hilang
tanpa cahaya.