Thursday, December 2, 2010
Saturday, November 6, 2010
Wahai suami, hargailah pengorbanan isteri2 (?) anda..
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)
Saturday, September 18, 2010
Apa akan jadi kalo kita berhenti dari memikirkan tentang orang lain??
Tuesday, August 31, 2010
Surat cinta
Sunday, June 27, 2010
Entri tentang kahwin!
Monday, June 21, 2010
Unta
Ramai orang tanya, kenapa taknak balik summer? Kenapa nak ke Egypt? Ada sesiapa ke kat sana? Siap yang soh aku cari jodoh dan mencari cinta pun ada. Haii.. macam2 komer ni.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Dear Atika ( ni tulis surat untuk diri sendiri ),
Moga Hijrahmu ke bumi anbiya bakal mencerahkan jalanmu ke akhirat sana. Aku harap dapat bertemu untaku yang hilang. wallahu a'alam.
Wednesday, June 16, 2010
cerita
Sunday, June 13, 2010
Melukut di tepi gantang
Monday, June 7, 2010
Nota Untuk Hati
Kucoretkan tulisan ringkas,
Wednesday, June 2, 2010
Positif dan postif.
"aku hrp ko xlah terlalu negative dgn diri ko sendiri smpai nk kata diri sendiri gila. cume ko perlu take time utk settle down n trima qada' qadar Allah dgn rasa terbuka n pasrah"Waktu tu ia bagaikan masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Masuk otak kanan- tak keluar2 dah lepas tu. Huu..
Be positive to yourself and be positive to others as well.Again, itulah sebenarnya yang Islam dah terlebih dahulu ajar kepada kita. Sekian.
Monday, May 31, 2010
Counting the Days..
Ini la hasilnya kalo takde keje.. huhu. Kira hari.
Tuesday, May 25, 2010
Roda Usia yang Berputar
Monday, May 24, 2010
Mak cik oh mak cik
Kalau minggu2 yang lalu, aku obses dengan newborn babies. Minggu ni aku mungkin menjadi obses kepada makcik2 tua plak. ( erk? apakah.. )
Thursday, May 20, 2010
Sesuatu yang tak disangka.Seperti Burung Kakak Tua
Kalau kita hafal quran, janganlah jadi seperti burung kakak tua. Lancar dan pandai menyebut, tapi tidak tahu apa yang diperkatakan.
Benarlah. kata-kata itu benar belaka. Bukan setakat Al-Quran sahaja. Apa2 yang dalam hidup kita, apa yang kita perkatakan hendaklah dengan kefahaman bukanlah hanya mengikut2/ mengajuk2 kata-kata orang sahaja.
Saturday, May 8, 2010
Kenyataan Rasmi
Dengan ini saya menyatakan kebanggaan saya yang tidak terhingga kepada kawan2 yang baru sahaja bergelar dokter minggu ini ataupun minggu lepas. Tahniah diucapkan.Terutamanya kepada geng2 pisau malik ( Merville + belgrove ) iaitu; Ili, Era, ,Ayun, San - yang kat PMC tu nanti aku buat statement baru sebab korang tak exam lagi. Didoakan moga Allah permudahkan semua urusan kalian.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memintapertolongan. (Al-fatihah, 1:5)
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (Ali-Imran, 3:160)
Monday, May 3, 2010
Cerita kecik-kecik
Kecik2 dulu kan, korang pernah tak masuk competition? musti pernah kan??
Sunday, May 2, 2010
R.I.S.A.U
Saturday, May 1, 2010
Stay in Focus
Hey, fokus2.
Ni la kejenya kalo dah takleh fokus study. Haha. Dah la tak study sangat pun, pastu nak claim takleh fokus. Camne tu??
Susah sebenarnya nak didik diri untuk fokus ni. Kadang2 kagum melihat kawan2 yang boleh stay 24 jam atau sedikit kurang daripada itu untuk membuat sesuatu perkara yang mereka suka. Syabbas diucapkan.
Aku ni, lima minit pertama ja semangat, 5 minit kedua rasa rimas, 5 minit ketiga.. zzzz.. tahap disiplin diri yang kurang.
Mcm biasa, di saat kurang daya fokus ni aku pun mulalah google. so skrg ni ada semangat baru.. memperkenalkan...
FIve More Rules...
Read FIVE MORE pages. Finish FIVE MORE topics. Work FIVE MORE minutes.
Friday, April 30, 2010
Kenapa perempuan takut kepada lemak??
"aku berazam, mulai hari ni dah taknak makan banyak dah, aku nak diet.."
Biasa la kan kita dengar pengakuan2 sebegini, dari semasa ke semasa.
Lemak bukanlah sesuatu yang disukai oleh wanita, walaupun asal usul perkataan emak adalah daripada lemak yang lama kelamaan hilang pronounciation "l" di hadapan kerana kewujudan L menjadikan baby yang mula nak belajar bercakap sukar nak pronounce.( tak percaya ka? silalah percaya fakta ini )
Kenapa tiba2 aku ter bercerita tentang lemak?
Begini, tadi kami student2 telah di offer secara percuma utk ukur berapa berat lemak yang ada dalam badan ni. Pengukuran dilakukan melalui Bioelectrical impedance analyser. Basically dia sukat flow elektrik yang melalui badan kita yang kita tahu setiap bahan mempunyai tahap resistance elektrik yang berbeza.
Jadinya, lepas ukur tu, kami pun dapat la result. Berapa berat lemak, berat muscle, lemak kat kaki berapa kilo, kat tngan berapa kilo etc..
Ok berbalik kepada tajuk entry, kenapa perempuan takut kepada lemak? itu adalah satu naluri yang wajar. Kalau nak tau.. terlalu banyak lemak ( means obesity- not for those yang rasa gemuk tapi sebenarnya tinggal tulang je lagi ) boleh memberi banyak masalah. Especially kepada yang ingin mendapat cahaya mata. Perempuan yang obese, selalunya akan mempunyai masalah untuk mengandung dan lebih banyak terdedah kepada penyakit semasa mengandung seperti kencing manis, darah tinggi, masalah kepada kandungan dan banyak lagi.
Jadi I would conclude that perempuan yg takutkan lemak adalah satu naluri keibuan yang positif. Keep it up!
p/s: gud luck for my frens with summer project diet. Jangan tinggai tulang sudah.
Thursday, April 29, 2010
Hey Little Twin!
Wednesday, April 28, 2010
CV oh CV..
Tuesday, April 27, 2010
World of Cuteness. Subahanallah..
Then dapat tutorial on neonatal exam- was really good; cumanya baby tu pegang sikit nangis. sikit2 nangis. mcm la org nak kidnap dia..
Disebabkan curiosity yang tinggi utk mencari tips mcmana nak senyapkan kanak2 rebina ni, maka mulalah diri ini menggoogle.. and I found a really good and easy to remember tips from medscape..
Ada 5 S semuanya..
swaddling
side/stomach positioning in the parents' arms,
shushing,
swinging,
and sucking
Cute huh?
[14]
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [ al-mukminun ]
Monday, April 26, 2010
Alhamdulillah...Kutemui cintaku di sini
Bukan mudah, utk hati yang sekeras batu ini untuk jatuh cinta. Tapi kali ini, aku kalah pada mainan perasaan. Perasaan benci yang selama ini menjadi tembok kebal yang membutakan padangan ku pada cinta kini bagaikan pecah berkecai.
[190]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Tuesday, March 30, 2010
Exam oh exam
Friday, February 26, 2010
Menjenguk kembali
Busy. Alasan tipikal untuk lupa menjenguk blog sendiri.Tapi actually depends jugak, kadang2 tu sebab takde idea nak tulis apa2 atau sibuk membaca blog orang sampai terlupa plak rupa2 ada blog sendiri yang diabaikan.
Cumanya lately rindu nak balik Malaysia semakin menjadi2. Tak pernah merasa homesick cenggini. Rindu nak jumpa famili di Malaysia. Rindu nak tgk anak buah yg baru etc.. hmm..
Tapi masalahnya aku sudah memilih utk tidak balik summer ni, sebab mulanya rasa kuat utk buat elektif di negara orang tapi fikir2 balik, maksudnya I have more than a year before going home .... mampukah aku? tapi semua dah apply, accomodation dah dapat, tiket dah beli... wahai hati, tabahlah!
Rasa tak sabar pula nak menamatkan pengajian di Ireland and balik Malaysia for good................
what a random entry!
wassalam.
Sunday, January 31, 2010
Making other's life easier ;)
Jika kita telah diamanahkan sesuatu tugas, maka laksanakanlah. Jangan biarkan orang lain menanggung tugasan kita.
Jika kita berjanji dengan orang lain, maka tunaikanlah, jangan biarkan orang lain menunggu kita untuk tunaikan janji.
Terlalu banyak perkataan jangan yang saya utarakan. Namun mungkin ramai yang tidak gemar perkataan "jangan" kerana ia seakan2 mengongkong. Tetapi ingat, tidak semua istilah jangan bermaksud mengongkong. Jangan itu mungkin bermaksud istilah tegas, sebagaimana perkataan "la" yang bermaksud jangan dalam Al-quran. Larangan tegas dan keras bagi manusia yang faham.
Maka, untuk memudahkan kerja manusia lain di alam sejagat ini, marilah kita berusaha menjadi manusia yang harum dan cantik dengan mengikis daki "pentingkan diri sendiri"
Ayuhlah bermuhasabah dan tingkatkan darjat kita di sisi Tuhan.
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.. Maka orang yang bertakwa sudah pastilah takut untuk menyusahkan hidup orang lain dengan mementingkan diri sendiri.
wallahu a'alam.
Wednesday, January 6, 2010
Lawak satu Malaysia
- kehilangan 2 enjin pesawat seperti kehilangan 2 skru pesawat sahaja, kerana berjaya "disembunyikan" dengan jayanya selama 2 tahun. syabbas! [ sumber: berita harian ]
-nilai sebenar enjin jet adalah lebih kurang RM20 juta ++ je, bukan RM50 juta ok! so jangan claim lebih2. [ sumber: mstar ]
- tak perlulah nak dengar cakap2 org luar utk menubuhkan jawatankuasa khas plak nak siasat.
Buang Masa!
Monday, January 4, 2010
Mencari Makhroja*
Diri
Lemas pada palitan lumpur
Lekit yang menghanyirkan
Naluri
Terpagar pada kebekuan
tasik hati yang mendingin
Emosi
meronta dirantai
keluh kesah yang tak pernah sudah
Hati
Teriaknya berkali-kali
Mana makhroja!
lalu bilakah!
Minda
haus berputar
pada litar usang berkarat
Jasad
dibaluti bayang mati
biar gelap gempita
hilang derita
Lalu mana makhroja itu?
Biadap lidah
yang menjelir tanpa tulang
Mana sabarmu
wahai manusia hina
pada anugerah tuhan itu
engkau menggapai buta
Biar sejuta kali
ruku' dan sujudmu
takkan membuahkan apa-apa
andai semua itu bukannya untuk Dia
lalu mana makhroja yang kau cari;
Maka berserahlah.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[ At-Talaq]
Saturday, January 2, 2010
Bersediakah kita untuk berubah??
Umur semakin berubah mendekati mati.
Sel-sel badan silih bertukar ganti.
Udara juga berubah mengikut tindakbalas kimia.
Ubah ertinya Hijrah.
Hijrah itu Sunnah jika ianya ke arah kebaikan.
Ini bukan entri maal hijrah.
Ini entri tentang kehidupan. Kehidupan yang sentiasa berubah.
Bersediakah kita?
Kadang-kadang, kita terlalu leka dengan kesenangan sementara, dan tidak mahu bergerak untuk berubah. Keselesaan dunia membuatkan kita beku, pekak dan tuli pada apa yang berlaku di sekeliling kita.
I like this video so much. titlenya : Who Moved My Cheese, adaptasi daripada tulisan Spencer Johnson,. Menarik. "An A-Mazing Way to Deal with Change in Your Work and in Your Life"
Check out this video: HMMC
Friday, January 1, 2010
Atikah binti Zaid bin Amr; srikandi teladan.
Keluarganya pun dirahmati Allah, saudara Atikah, Said bin Zaid disebutkan Rasul sebagai ahli syurga di depan para sahabat dan isterinya Said, adalah Fatimah bin Khattab, adik Umar bin Khattab yang menyebabkan Umar masuk Islam. Subhanallah.. semoga karunia Allah dicurahkan bagi keluarga ini...
Dengan mewarisi cara berfikir ayahnya dan akhlak-akhlak mulia, ‘Atikah binti Zaid tumbuh menjadi besar. Ia telah mewarisi kefasihan, kemampuan bersyair, kelembutan perasaan, ketajaman hati, kesucian jiwa untuk beriman dari ayahnya. Karena ketika Islam mulai memancarkan cahayanya di Makkah, ‘Atikah mempercayainya. Kemudian, beliau memeluk Islam dan berbai’at kepada Rasulullah. Ketika perintah berhijrah datang, ia ikut keluar berhijrah. Syairnya banyak berkisar menggalakkan Muslimin berjuang, terutama memberi semangat kepada suaminya yang keluar berperang. Beliau berkahwin dengan beberapa orang sahabat dan semuanya syahid di jalan Allah. ALLAHU AKBAR!
[3;170] mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
[3;171]Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman